Assalamualaikum wbt..
Di Rom, seekor anjing yang bernama Spelacchia telah melahirkan lima ekor anak anjing yang comel.. Apa yang mengejutkan adalah, salah seekor daripada anak anjing tue mempunyai warna bulu yang amat berbeza sekali daripada adik beradiknya..
Nak tahu warna apa..?
HIJAU....
Huhh..? Pelik kan.. Anak anjing yang diberi nama Pistacchio ini mempunyai bulu berwarna hijau manakala empat beradik yang lain mempunyai bulu yang berwarna putih seperti warna baka ibunya.. Menurut kata tuan anjing yang bernama Christian Malocci, Pistacchio akan dipelihara oleh keluarganya manakala adik beradiknya yang lain diserahkan untuk dijadikan haiwan peliharaan angkat.
"Kami akan menjaganya walaupun ianya berbeza dengan anak anjing yang lain, kami pasti Pistacchio membawa tuah kepada kami," ujar Malocci.
Tapi awak tahu tak, ini bukan kali pertama anak anjing nie mempunyai warna bulu yang pelik..
Pada bulan Januari yang lalu di Carolina Utara, seekor anjing dari spesis German Shepherd telah melahirkan anak anjing yang begitu berbeza sekali daripada anak-anaknya.. Warna bulu anak anjing nie adalah warna hijau limau atau lime green..
Ada lagi, pada tahun 2017 seekor anjing dari spesis Golden Retriever di Scotland jugak telah melahirkan anak anjing yang berbulu hijau.. Beza kan daripada anak-anak anjing yang lain..
Fenomena ganjil ini dipercayai berlaku ketika anak anjing yang bulunya berwarna terang bersentuhan dengan biliverdin iaitu pigmen hijau yang terdapat pada hempedu. Pigmen ini telah menyebabkan bulu anak anjing menjadi warna hijau tapi warna ini akan menjadi pudar dari masa ke semasa...
Comel pulak warna anak-anak anjing nie, kan...
*Sumber gambar daripada Google Images
Ingat kain bulu tadi.
ReplyDeleteunik!!! so cute warna hijau... alamakkk.. nak satuuuu heheh
ReplyDeleteComelnya warna hijau.. lain dan unik..
ReplyDeleteWah uniknya warna hijau!!!
ReplyDeletewow mmg rare dan comel. mesti ada penjelasan saintifik ni
ReplyDeletekejadian Allah :)
ReplyDeleteistimewa!
Unik nya anjing tu warna hijau , menarik
ReplyDeletememang rare betul yg warna hijau tu
ReplyDeletedulu2 p pasar tani selalu tngk peniaga jual anak ayam kaler2..
ReplyDeleteitu tahu kena spray.. ni warna ijau macam mana ni ? hahaha mak dia vegan ke time bunting.. unik toi.. hehe..
So unik and special bila anjing berbulu warna hijau ni.
ReplyDelete