Kepentingan kalimah Bismillah dalam kehidupan kita

Tuesday, November 24, 2020


Assalamualaikum wbt..
Membaca kalimah Bismillah takala apa saja yang kita lakukan sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam kehidupan kita. Allah SWT sendiri telah memerintahkan para malaikat untuk mencatat pahala kepada umat manusia yang melafazkan kalimah Bismillah..

✅Semua pekerjaan perlu dimulakan dengan kalimah Bismillah.
Sesuatu pekerjaan akan menjadi tidak sempurna tanpa menyebut kalimah Bismillah terlebih dulu.
Kalimah Bismillah ibarat pati Al-Quran kerana semua surah kecuali surah Al-Taubah dibuka dengan lafaz Bismillah.
Kalimah Bismillah boleh menjadi asbab untuk beroleh keberkatan daripada Allah SWT.
Menunjukkan keindahan Islam apabila nama Allah sering disebut-sebut sebelum melakukan apa saja perkara / perbuatan.
Allah mempunyai 99 Asmaul Husna dan dalam kalimah Bismillah, ada tiga nama Allah di situ.
Kalimah Bismillah menjadi lafaz yang mengeratkan hubungan antara hamba-Khalik.
Kalimah Bismillah boleh melindungi diri daripada azab neraka kerana Abdullah Bin Mas'ud pernah menjelaskan bahawa neraka dijaga oleh 19 malaikat dan kalimah Bismillah juga mempunyai 19 huruf.
Kalimah Bismillah menjadi pemberat mizan.
Menyebut kalimah Bismillah sebelum berwuduk dikatakan dapat menghapus dosa yang dilakukan oleh anggota wuduk.
Terlindung daripada syaitan, seperti contoh, menyebut kalimah Bismillah sebelum makan, maka syaitan tidak dapat makan bersama-sama..


Wallahu'alam.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



15 comments

  1. Dimulai dengan bismillah. Terima kasih atas perkongsian ni kak Shikin :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah . thankyou for sharing kak

    ReplyDelete
  3. Thanks atas peringatan. Mudah2an membaca bismillah ni akan jadi habit kita semua

    ReplyDelete
  4. Bismillah dan Alhamdulillah.. kalau boleh biar la sentiasa dimulut kan

    ReplyDelete
  5. betul.. jadikan habit ehh sepatutnya bukan habit dah. wajib..
    lama2 jadila amalan wajib. semua pun kita mulakan dengan namaNya..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih untuk peringatan ini.. moga kita semua sentiasa ringankan mulut jadikan kalimah bismillah sebagai amalan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  8. semoga kita istiqamah mengamalkannya :)

    ReplyDelete
  9. Dimualakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah. Eh ternyanyi pula.

    ReplyDelete
  10. betul tu.
    pe pun kita nak buat, mula kan la dgn bismillah.
    kerana Allah. demi Allah.
    baru la apa yg kita buat tu ikhlas, ada keberkatannya dan yg penting pada aida, dihindarkan dari apa apa bahaya.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧