7 cara untuk berkomunikasi dengan pasangan pesakit kronik

Wednesday, January 20, 2021


Assalamualaikum wbt..
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya... Lumrah seorang isteri atau seorang suami yang gemar dibelai dan dimanjakan, apatah lagi jika salah seorang daripada pasangan mengalami waktu yang sukar seperti menghidap penyakit yang kronik.

Sebagai insan yang terdekat dengannya, kita seharusnya perlu bijak memainkan peranan bagi berkomunikasi yang berkesan dengannya.

Jadi, bagaimana untuk kita berkomunikasi dengan pasangan kita yang sedang menghadapi kesukaran ini..? Semoga tips ini akan dapat membantu sedikit sebanyak dalam komunikasi antara suami isteri.

CUBA FAHAMI
Jika kita mampu untuk kurangkan kesakitan yang dialami pasangan kita, sudah tentu kita akan buat.. Memang mustahil untuk kita lakukan tapi memadailah kita cuba untuk fahami situasi yang dialaminya. Jika dia ingin beristirehat di rumah, maka kita ikutlah apa yang dia kehendakinya. Gunakan komunikasi yang berkesan agar dirinya rasa dihargai kala ini.

BERBINCANG BERSAMA
Jika kita takut dengan apa yang bakal terjadi kepadanya, cuba ambil jalan tengah dan buatlah perbincangan bersama. Luahkan apa yang terbuku di dalam hati kita seperti perkara yang kita dan si dia takuti. Perkara ini pasti akan mengukuhkan hubungan awak berdua dan seterusnya membuka ruang komunikasi yang lebih baik.

JANGAN BERSELINDUNG
Sebaiknya di saat getir seperti ini, kita seharusnya meluahkan segalanya tanpa berselindung  biarpun hanya sekelumit. Jangan jadikan perasaan malu sebagai benteng untuk kita menyembunyikan perkara sebenar darinya. Berkat kita berterus terang serta mendengar masalah yang dialami masing-masing bakal membuatkan di dia dapat melupakan bebanan yang ditanggung selama ini.

BANTUAN PAKAR
Biasanya apabila terdapat ahli keluarga atau pasangan jatuh sakit, kita pasti akan dapat bantuan daripada doktor untuk mendapatkan penerangan yang sewajarnya. Langkah ini amat penting agar kita dan si dia tahu  apakah tindakan yang perlu diambil. Bekerjasamalah dengan doktor untuk mengetahui situasi sebenar yang dialami pasangan dan apakah rawatan atau peluang yang masih ada untuknya.

SENTIASA BERI SOKONGAN
Sesungguhnya menyesuaikan diri dengan penyakit kronik bakal mengambil masa. Sebagai insan yang paling rapat, kita seharusnya bersabar dan terus memberi sokongan yang tak berbelah bagi untuknya. Malah. berikan sedikit ruang pada pasangan kita untuk melakukan apa yang dia sukai.

MENJADI PEMBANTU SETIA
Selain daripada menjadi pendengar dan penyokong yang setia, kita juga seharusnya menjadi jururawat atau pembantu peribadi yang terbaik untuk pasangan kita. Sentiasalah menemaninya di kala susah dan senang. Harus diingat, biarpun kita penat, janganlah kita merungut di depan pasangan kita kerana mungkin dia akan berkecil hati bila mendengarnya.

LAYAN SEBAIKNYA
Setiap saat mulai sekarang, kita seharusnya memanjakan pasangan kita sebagaimana yang dia inginkan. Jangan sesekali pinggirkan kepentingan dirinya kala ini. Berikan dia lebih perihatin dan belaian. Tiupkan kata-kata semangat untuk dia terus kuat menghadapi ujian Allah.

Semoga dengan tips ini akan dapat membantu awak untuk menghadapi pasangan awak yang sedang berjuang untuk sakit kronik ini..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



7 comments

  1. hmmm selalunya org pesakit kronik ni mmg suka berahsia kan

    ReplyDelete
  2. Communication is the key dalam berumahtangga ni :)
    Terima kasih atas perkongsian tips ni. Bagus kalau ada semuanya.

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang susah hendak luahkan kerana sedih.

    ReplyDelete
  4. Tq shiking ..sharing tips ni :) boleh guna mana yg berkaitan :)

    ReplyDelete
  5. Kadang ada jenis yang susah nak meluahkan apa yang terbuku di hati. Dan ada jenis yang suka berahsia. Mungkin sebab tak nak orang lain risau

    ReplyDelete
  6. tq shikin kongsi pasal ini..
    Mungkin meluahkan pada orang asing lebih mudah berbanding yang dekat dengan diri pesakit..

    ReplyDelete
  7. Ilmu ni kena ada supaya Kita lebih tahu utk berkomunikasi

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧