Apakah itu Ovarian Cyst?

Sunday, January 31, 2021


Assalamualaikum wbt..
Ada sesiapa pernah merasai kesakitan pada bahagian ari-arinya? Sakitnya boleh dikatakan mencucuk pada bahagian ari-ari.. Berkemungkinan awak menghidap ovarian cyst.. 

Apakah itu ovarian cyst?

Ovarian cyst berlaku apabila wujudnya kantung berisi lendir ataupun air pada kilang telur ovari seorang wanita. Penyakit ini biasanya berlaku di dalam kalangan wanita muda. Kebanyakan pesakit ini tidak sedar tentang masalah ini kerana ianya kurang menunjukkan sebarang gejala. Kebanyakan kes ini hanya dapat dikesan apabila seorang wanita itu melakukan ujian ultra bunyi yang dikaitkan dengan masalah kesuburan. 

Masalah cyst ini berkait rapat dengan proses reproduksi seorang wanita. Untuk kes yang ringan, cyst mengandungi telur dan apabila ianya telah matang, tiub fallopio akan melepaskan telur untuk tujuan persenyawaan. Kewujudan cyst ini akan memberi masalah besar apabila ianya tidak pecah dan semakin membesar di dalam kilang ovari seorang wanita. Pada masa inilah, cyst akan menjadi lebih serius dan membahayakan. 

Jenis-jenis ovarian cyst

Follicular Cyst - Ketumbuhan ini mengandungi air dan bermula sebagai karung telur. Namun ianya tak pecah sewaku tempoh subur dan ianya akan membesar sehingga mencecah lima sentimeter TETAPI AKAN PECAH SENDIRI  dann airnya diserap oleh tubuh. Ketumbuhan jenis ini tidak perlu dibedah.

Corpus Luteal Cyst - Ketumbuhan ini bermula daripada bekas kantung telur yang telah pecah dan pesakit hamil. Peranan corpus adalah untuk menguatkan kehamilan pada peringkat awal sebelum uri mengambil alih peranan tersebut. Ia mampu membesar sehingga lapan sentimeter tetapi akan pecah dengan sendiri tanpa menganggu kesihatan dan kehamilan penghidapnya.

Hemorrhagic Cyst - Ketumbuhan ini mengandungi darah di dalamnya. Bermula daripada ketumbuhan biasa seperti follicular atau corpus luteal cyst, pendarahan akan berlaku dan kemudiannya pecah. Darah melimpah sehingga ke dalam perut dan mengakibatkan berlakunya kesakitan. Pesakit PERLU DIBEDAH DENGAN SEGERA bagi mengelakkan masalah yang serius berlaku.

Ruptured Ovarian Cyst - Penghidapnya akan mengalami kesakitan dan perlu dibedah dengan segera.

Endometriotic Cyst Ovary - Ketumbuhan ini mengandungi darah kotor di dalamnya dan boleh menyebabkan kerosakan ovari, saluran tiub fallopio dan rahim.

Dermoid Cyst Ovary - Ketumbuhan ini mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, gigi atau tulang. Pesakit yang menghidap ketumbuhan ini juga perlu dibedah.


Benarkah penghidap ini tidak subur?

Awak tak perlu bimbang...! Kebanyakan kes ketumbuhan ini tidaklah begitu serius dan ianya bukan penyebab seorang wanita itu tak mampu untuk hamil. Kebanyakan kes ovarian cyst yang tidak serius tidak mengganggu proses ovulasi. Tetapi seandainya pesakit menghidap ketumbuhan yang dipanggil Endometriosis atau Polycystic Ovaries atau lebih ringkasnya PCOS ianya mungkin boleh menyebabkan pesakit ini mengalami masalah kesuburan.

Hampir 95 peratus daripada kes ketumbuhan ini adalah terdiri daripada jenis benign iaitu tidak berbahaya. Keadaan ini bukan penyakit dan bersifat semulajadi bagi fisiologi seorang wanita. Awak tau tak kebanyakan daripada kita mempunyai ovarian cyst terutama pada tempoh subur kita..? Walaupun ianya tak begitu serius, tapi ianya boleh memberi kesan kepada kesihatan seorang wanita itu seperti sakit kepala, rasa kembung pada perut dan berasa tidak selesa pada payudara. 

Adakah saya berisiko?

Masalah ini boleh dikatakan kerap berlaku pada kebanyakan wanita. Tapi tak perlu bimbang dengan perkara ini kerana ianya adalah perkara normal dan tidak begitu rumit, pun begitu jika ketumbuhan cyst ini berlaku kepada wanita yang lebih berusia, keadaan ini amat merbahaya dan ianya akan cenderung untuk menjadi kanser.

Agak sukar untuk kita mengenal pasti gejala ovarian cyst ini kerana ianya tidak menunjukkan sebarang simptom. Tapi beberapa simptom boleh dikenal pasti dan jika berlaku dengan kerap, rujuklah segera dengan pakar sakit puan. Antara simptom yang boleh diberi perhatian adalah :-
  • sering muntah ataupun loya
  • mengalami sakit perut yang berulang
  • kerap ataupun sukar untuk membuang air kecil
  • merasa bahagian perut sedikit 'penuh' dan tidak selesa
  • berat pada bahagian ari-ari
  • rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin

Bolehkah penyakit ini berulang?

Untuk merawat penyakit ini, pesakit perlu dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut.  Ianya boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari. Kaedah ini dikenali sebagai cystectomy iaitu satu keadaaan apabila hanya ketumbuhan itu saja yang dipisahkan daripada ovari. Kesuburan seorang wanita itu kekal jadi tak perlu ada alasan untuk tidak membuang ketumbuhan tersebut. 

Walaupun begitu, ketumbuhan ini boleh berulang dan ianya berlaku di bahagian ovari yang sama atau di bahagian sebelahnya selepas pembedahan cystectomy. Jika keadaan ini berterusan dan menjadi bahaya kepada kesihatan wanita, doktor pakar sakit puan biasanya akan menyarankan wanita itu untuk membuang ovarinya. 

Bilakah waktu terbaik untuk lakukan pembedahan?
Pembedahan dilakukan dengan tiga tujuan iaitu : -

Tujuan pertama - untuk melakukan biopsi. Seandainya doktor mengesyaki ketumbuhan tersebut adalah kanser, maka pembedahan dilakukan bagi mengambil sedikit tisu untuk menentukan sama ada ianya adalah barah ataupun tidak.

Tujuan kedua - untuk membuang ketumbuhan tersebut. Pembedahan hanya akan dilakukan apabila ia memberi kemudaratan kepada pesakit sepeti sakit perut yang keterlaluan ataupun mengalami gangguan kitaran haid. Satu lagi situasi yang memerlukan pembedahan adalah apabila ketumbuhan mencecah lima sentimeter ke atas kerana dikhuatiri ia akan pecah dan 'berkembang'. 

Tujuan ketiga - pembedahan harus dilakukan apabila ketumbuhan yang dianggap biasa itu sudah menjadi kanser yang berbahaya. Masalah ovarian cyst tidak memerlukan risiko ovari dibuang tapi jika sudah menjadi barah, ianya harus dilakukan. Pertimbangan yang wajar dilakukan oleh para doktor sebelum sesuatu pembedahan dijalankan, antaranya :
  • Ketumbuhan berlaku pada kedua-dua belah ovari
  • Saiz ketumbuhan melebihi lima sentimeter atau tiga inci
  • Ketumbuhan kekal ada walaupun sudah melepasi dua atau tiga kitaran haid
  • Ujian ultra bunyi menunjukkan ketumbuhan itu bukan jenis biasa (functional ovarian cyst
  • Pesakit mempunyai ketumbuhan pada ovari dan mempunyai masalah-masalah yang lain seperti golongan remaja atau wanita yang tidak pernah datang haid, wanita yang telah mengalami menopaus dan wanita yang menggunakan pil perancang kehamilan.

Apakah rawatan lain bagi mengatasi masalah ini?

Rawatan untuk penyakit ini biasanya bergantung kepada jenis cyst yang dialami. Bagi  ketumbuhan jenis folikular cyst atau corpus luteal cyst, biasanya doktor akan mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'. Mereka akan memantau sama ada ianya akan semakin membesar atau sebelum mengambil langkah perawatan seterusnya. Jika sudah mencapai tahap yang serius, maka pembedahan akan disarankan. Antara lain, pesakit akan diberikan terapi hormon bagi membantu untuk mengawal pertumbuhan cyst pada sesetengah wanita. 

Jadi, setiap wanita seharusnya menjadi lebih peka dengan tahap kesihatan masing-masing. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



5 comments

  1. thanks for the sharing! susah nak tahu ada cyst ke tak, takut ingatkan sakit biasa je tapi cyst rupanya.

    ReplyDelete
  2. Tq sharing shikin, dapat sikit ilmu harini mgenai ovarian cyst.

    ReplyDelete
  3. Thanks for the sharing kak shikin!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧