Doa membatalkan sihir

Sunday, January 31, 2021


Assalamualaikum wbt..
Doa ini boleh bacakan kepada anggota keluarga atau kepada orang yang terkena sihir pada waktu kecemasan sekiranya tiada ustaz atau perawat Islam lain yang berdekatan pada masa kejadian tersebut. Boleh dibaca doa ini terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya dengan ustaz atau perawat Islam selepas itu.

Jika awak mengesyaki suami atau isteri awak terkena sihir, bolehlah dibacakan padanya, dan kemudian dihembuskan pada ubun-ubunnya. Insha Allah jika sihir yang baru sahaja dikenakan dan belum lagi menjadi teruk pada peringkat awal. Insha Allah dengan izin Allah SWT boleh sembuh. Lakukan ketika semasa ia tidur. (Jika ada jin atau makhluk halus dalam tubuh badannya, akan diketahui) kerana makhluk halus akan menderita serta sakit bila dibaca doa ini).

Jika keadaan sudah menjadi teruk, eloklah bawa berjumpa dengan mereka yang lebih arif tentang pengubatan ilmu sihir yang terdiri dari ustaz-ustaz di pusat rawatan Islam.

Cara membatalkan sihir
  • Ambil wuduk dahulu sebelum memulakan rawatan.
  • Kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali
  • Baca surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali
  • Baca Ayatul Kursi sebanyak 1 kali
  • Kemudian baca doa di atas ini sebanyak 3 kali dan dihembuskan pada ubun kepala dan kemudian diseluruh tubuh. Tekan perlahan pada bahagian yang sakit jika ada sekiranya diberitahu oleh pesakit. Jika perlu tekan dan ulang baca doa sambil menekan hingga hilang kesakitan. Jika awak mempunyai lemah semangat, maka jangan diakukan perkara ini. Bacaan-bacaan ini hendaklah dibaca dengan betul tajwidnya.
Semoga ianya memberi manfaat.. Kita hanya berusaha , yang memulihkan HANYA ALLAH SWT... 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



5 comments

  1. saving this doa just in case :) tapi Kai lemah sangat hahaha. Thanks share!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. perkongsian yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. Moga bermanfaat pada mereka yang memerlukan...

    ReplyDelete
  4. waalaikmussalam terima kasih kak share doa ini

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧