Etika menjawab panggilan telefon

Saturday, January 30, 2021


Assalamualaikum wbt..
Menjawab panggilan telefon adalah salah satu perkara yang kita lakukan pada setiap hari takala kita bertugas di pejabat. Jadi, menjawab panggilan telefon kena ada etika yang betul  kerana melalui nada suara kita, cara kita bercakap dan cara kita meletakkan telefon boleh memberi satu spekulasi kepada pemanggil.. 

So, saya nak berkongsi dengan awak camne cara nak menjawab panggilan telefon dengan lebih beretika, sama ada kita dalam situasi duduk di pejabat ataupun di rumah (jika melibatkan kerja-kerja rasmi)..

Jom..

Mulakan perbualan dengan sapaan 
Setiap kali kita menjawab panggilan telefon, mulakan perbualan dengan ucapan salam atau sapaan, seperti, 

"Assalamualaikum, selamat pagi."

Jangan terus menerjah walaupun kita tidak kenal pada si pemanggil kerana ianya akan memberi satu kejutan pada si pemanggil.. Mungkin dia menyangka yang kita sedang marah..  

Nyatakan pengenalan diri, pengenalan tempat kerja dan menawarkan bantuan
Setelah kita memberi sapaan kepada si pemanggil, kita hendaklah menyatakan pengenalan diri, tempat kerja dan menawarkan bantuan kepada si pemanggil seperti contoh,

"Nama saya Shikin daripada Unit Pusat Sumber, boleh saya bantu encik / puan?"

Senyum
Walaupun kita hanya bercakap di dalam telefon yang tak dapat memperlihatkan wajah, tapi kita perlu senyum takala kita becakap. Ini kerana apabila kita mengukir senyuman, si pemanggil akan dapat merasakan keramahan kita takala bercakap. Senyuman akan menjadikan perbualan kita lebih mesra dan membuatkan si pemanggil berasa selesa untuk berbual dengan kita. Walaupun kita berasa stres dengan keadaan sekeliling, kita perlu menjadi seorang profesional takala menjawab panggilan telefon.

Jaga nada suara
Nada suara melambangkan pelbagai emosi. Takala menjawab panggilan telefon, jagalah nada suara kita kerana si pemanggil akan dapat merasai emosi kita. Jangan sesekali becakap dengan nada yang keras kerana ianya boleh menyebabkan orang di hujung talian berkecil hati. Lazimnya, orang yang bekerja yang mempunyai urusan dengan orang ramai akan mudah tertekan apabila terlalu banyak yang perlu diselesaikan dalam masa satu hari. Jadi, bila kita tengah beremosi hingga terbawa-bawa, dapat pula panggilan telefon, kita secara dengan tidak sengaja akan menjawab telefon dalam keadaan yang marah. Jadi, cuba elak dengan situasi sebegini.

Putuskan talian secara berhemah
Apabila semua urusan telah selesai, akhirilah perbualan telefon dengan ucapan salam ataupun ucapan terima kasih.  Jangan sesekali memutuskan talian secara tiba-tiba apatah lagi jika si pemanggil belum habis bercakap. Sikap profesional perlu diterapkan dalam apa-apa jua keadaan demi menjadi seorang pekerja yang beretika.

Semoga dengan tips ini akan membantu kita untuk menjadi seorang pekerja yang beretika. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



3 comments

  1. Terutama sekali pegawai2 awam/swasta yang bekerja di kaunter hadapan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak!! Sikap profesional itu perlu walau hanya jawab panggilan.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧