Hari 1 - Terangkan personaliti anda | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal

Sunday, January 03, 2021

Hari 1 - Terangkan personaliti anda | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal


Assalamualaikum wbt..
So, inilah cabaran pertama saya, iaitu tentang personaliti saya... Nak tahu saya nie camne orangnya..? Jom...

PEMALU DAN TAK PANDAI MEMULAKAN PERBUALAN
Kalau diikutkan saya nie mempunyai personaliti introvert.. Jika orang yang kurang mengenali saya, mungkin beranggapan yang saya nie seorang yang sombong padahal hakikat yang sebenar adalah saya nie seorang yang pemalu dan tak pandai nak mulakan perbualan.. Tapi bila dah kenal rapat, segala macam perbualan boleh dibualkan dan ada saja cerita yang boleh dikongsikan (membawang pun ada jugak sikit², hihihi).. Tapi jika orang yang tak kenal, saya cuma bagi senyuman pada seseorang (bukan senyuman gedik yea..) tanda hormat pada seseorang tue.. Gaya berjalan pun saya akan tunduk ke bawah.. (hihihi memang dari kecik lagi suka berjalan sambil tunduk ke bawah)... Apa yang awak nampak dalam jurnal nie memang tak sama dengan apa yang di sebaliknya.. 

BELAJAR SESUATU DENGAN MEMERHATI
Saya seorang yang jenis belajar dengan memerhati dan akan praktiskan sehingga jadi.. Contohnya macam blog ini, kalau diikutkan saya memang zero tentang coding blog.. Masa tue, blog saya tue penuh dengan widget super duper cute.. Saya try and error dalam bab coding dan hasilnya adalah seperti sekarang... Blog library pun saya kendalikan daripada A-Z.. Tapi, bila 'tang' masak tue, even banyak kali memerhati orang buat pun takkan jadi sepenuhnya, hihihi..Tue yang fail tue dalam bab masakan.. Ummie saya selalu cakap, "tengok camne ummie masak, pastu ikutlah," huhuhu jenuh dah tengok tapi tak jadi dan tak sama dengan masakan ummie saya... Yealah, masakan seorang ibu mana boleh challenge, betul tak...?

PENDIAM
Personaliti saya yang jenis pendiam nie memang sejak daripada remaja lagi.. Mungkin kerana bentuk fizikal saya yang agak gempal membuatkan saya tak berkeyakinan untuk berdepan dengan orang, tapi in the end, I don't care what the people say to me...  Saya sendiri tak tahu bila saya dapat pecahkan tapi rasanya setelah saya membuat perkhidmatan urutan terapi buang angin.. Memang betul dalam bidang saya sendiri (kepustakawanan) memerlukan perbualan dengan orang ramai, tapi hanya jika seseorang tue memerlukan bantuan saja.. Jadi, ianya tak membantu sangat untuk pecahkan tembok pendiam.. So, dengan perkhidmatan urutan terapi nie banyak membantu saya untuk pecahkan tembok pendiam.. Yealah, nak tahu sejarah sakit client kita perlu bertanya itu ini, berkongsi petua yang saya tahu, dan macam-macam cerita lagi yang boleh dibualkan.. Even ada jea client saya yang jenis pendiam, tapi kebanyakannya memang jenis yang suka bercakap.. Katanya, diorang taknak lena diulit intan dek urutan yang best (hihihi angkat bakul sendiri).. Nama pun urutan terapi buang angin kan.. Mestilah saya berurut dengan penuh gemalai tapi dapat mengurangkan angin dalam badan seseorang yang menyebabkan badan kita tak selesa... 

BUKAN JENIS PEMARAH
Personaliti saya yang seterusnya saya bukan yang suka nak marah² orang, tapi jangan cuba cari pasal dengan saya, orang kata sarang tebuan jangan dijolok.. Jika ada sesuatu hal yang tak puas hati, bercakaplah di depan saya, bukan di belakang saya, ini kerana jika ada orang lain yang sampaikan, kebiasaannya dia akan menokok tambah cerita dan menjadi batu api dalam penceritaan tue.. Disebabkan itulah saya tak percaya orang lain menyampaikan cerita buruk tentang saya, melainkan tuan yang empunya badan sendiri bercerita pada saya.. Tapi jika saya marah, selalunya perasaan marah tue saya dah pendamkan sekian lama, sebab saya bukan jenis yang suka balas 'time' tue jugak.. Orang kata tak elok kita pendam marah kita, yang nie susah sikit nak ubah (jangan ikut tau perangai buruk nie), tapi Insha Allah akan diubah sedikit demi sedikit.. 

SUKA MENYENDIRI DAN TAK SUKA SUASANA BISING
Lagi, orang yang jenis introvert nie suka menyendiri dan tak suka pada suasana bising.. Yes, memang betul.. Kebiasaannya jika saya balik daripada opis, dan jika takde keperluan untuk beli apa² barangan keperluan, saya akan terus balik ke rumah.. Even kalau pergi shopping sekalipun saya bukanlah sejenis yang suka belek² lama pada barangan tue.. Saya jenis yang simple, beli, bayar dan balik.. Selalu jugak saya ikut rakan saya pergi shopping, and biasalah nama pun perempuan kan (hihihi saya pun perempuan jugak), mesti akan belek lama pada barangan tue.. Tapi selalunya saya akan cakap dengan rakan saya, yang saya berada di luar.. Macam si suami duduk di luar sementara si isteri sakan shopping..hahahaha.. Camtulah saya.. Dalam hidup saya nie takde istilah window shopping.. Part yang paling best tue kan, saya cuma pergi ke Alamanda Putrajaya semata-mata nak beli Burger King, dah habis beli, balik semula ke opis... Hahahahaha kan.. Orang cakap la, best pergi Uptown, Downtown, Jom Heboh dan sebagainya tapi ianya tak menarik minat pada saya pun, sebab saya tak suka dengan suasana sesak² sebegitu. Rasa macam rimas semacam jea... 

BERKEYAKINAN
Saya memang yakin boleh lakukannya...! Itulah ayat yang selalu saya tanamkan dalam fikiran saya.. Dulu, saya bukan yang jenis berkeyakinan, lebih² lagi dengan keadaan fizikal saya yang bertubuh gempal.. Bukanlah tak pernah lakukan pelbagai diet tapi semuanya tak berjalan dengan lancar.. Tapi in the end, I don' care what the people say to me.. Sebab bagi saya, diorang tak tahu di sebalik apa yang telah saya lakukan dalam kehidupan ini.. Even saya bertubuh gempal, Alhamdulillah, Allah telah menganugerahkan kesihatan yang baik untuk saya, dalam erti kata lain, saya tak mengalami apa² sakit yang kronik seperti, tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung, kolesterol yang tinggi dan seumpamanya.. Pernah sekali saya kena buat blood test banyak kali (untuk test kolesterol, diabetes dan darah tinggi) kat klinik kerajaan kerana doktor tak percaya pada results pada blood test saya, disebabkan keadaan fizikal saya yang gempal... Tapi results tetap sama, paras darah saya adalah normal, even for the cholesterol.. Rahsianya..? Saya cuma kawal pemakanan, itu jea dan jangan makan atau minum terlalu banyak benda² manis... Bukan tak boleh tapi kena berada dalam kawalan kita... Awak nak tahu tak, gula paket yang 1kg kat dalam rumah saya nie, makan masa 5 bulan untuk dihabiskan... Kalau family datang bertandang di rumah, barulah cepat habis sepeket gula tue, kalau tak memang lama lah nak dihabiskan.. Saya dengan suami memang tak minum air manis dalam rumah, boleh dikatakan setiap masa kami hanya minum air sejuk jea dalam hidangan makanan kami.. Kalau singgah ke kedai makan, barulah kami minum air manis, tapi selalu order yang kurang manis lah.. Itu bab makanan.. Bab diri ini pulak, memandangkan saya bekerja dalam sektor perkhidmatan pelanggan (library kan selalu dikunjungi ramai orang), secara tak langsung, saya berkeyakinan dalam kehidupan... Saya boleh berdikari dengan kaki sendiri, sejak mula² saya bekerja di sektor awam.. Bayangkan, semasa berusia 20 tahun, tak pernah keluar daripada kampung dan negeri kelahiran, tiba² dapat pekerjaan di rantau negeri orang, walaupun ada saudara mara, tapi ianya tak sama dengan keluarga kita sendiri.. Apatah lagi, kita sebagai anak sulung dalam keluarga dan keluarga mengharapkan pertolongan daripada kita.. Memang berat ketika itu, apatah lagi seorang ibu nak melepaskan anak gadis dia pergi merantau di negeri orang.. Sejak saya merantau di negeri orang, sejak itulah keyakinan saya untuk teruskan kehidupan teguh berdiri, walau ada masa hampir kecundang di pertengahan jalan, dek dugaan kehidupan..  Camtu jugak di depan kamera, orang kata malu² kucing (ahakss).. Tapi hanya di dalam kamera pegun la, kamera video masih lagi tak berkeyakinan (hahahaha)... 

Cemerkap (Clumsy)
Yang nie memang betul saya jenis clumsy, ada masa saya akan jadi too perfect ada masa saya akan jadi so clumsy dan selalunya di dalam kerja seharian dan memasak.. Tang masak tue, memang saya akan jadi clumsy sangat², time tue lah ada perencah yang tertumpah, time tue la terjatuh pinggan.. Hihihi

Terlalu fokus pada sesuatu pekerjaan
Yang nie pun memang betul, contohnya kerja saya sebagai pembantu pustakawan sendiri.. Bila kita dah buat job cataloging rasa macam tak lengkap kalu tak siapkan sesuatu task.. Biasanya saya akan buat job cataloging nie untuk satu troli buku, kalau boleh dalam masa satu hari saya nak siapkan cataloging buku, tapi bergantung pada kelajuan internet.. Bayangkan, bila dah sampai masa untuk balik rumah dan kita melihat ada 2 atau 3 buah lagi buku yang belum dikatalog, mesti kita akan rasa, "nie last buat kerja,".. Bila dah siap katalog, tetiba dalam fikiran, "print lah dulu barkod, esok nanti senang nak tampal jea." Bila dah print, rasa macam nak teruskan kerja untuk menampal.. hihihi itulah saya.. Tapi bak kata suami saya, kalau terlalu fokus nanti tak perasan janggut dah tumbuh panjang.. hahahaha even tau perempuan takkan tumbuh janggut.. 

Okay, itulah serba sedikit tentang personaliti saya.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



13 comments

  1. Alhamdulillah
    kebanyakannya positif
    teruskan cabaran.

    ReplyDelete
  2. Biasa suka menulis blog ni jenis byk cakap berceloteh hehe. Good luck next challenge

    ReplyDelete
  3. Sama, saya suka menyendiri. Rasa penat sangat dengan orang.

    ReplyDelete
  4. bab pemalu/introvert tu saya setuju! Teringat awal2 dulu kita contact kak shikin dekat whatsapp hehe

    ReplyDelete
  5. ada yang sama dengan cik ash la hihihi...

    ReplyDelete
  6. Cik TK pun sama juga introvert. Susah nak bercakap dengan orang.. kurang gemar dengan suasana ramai dan bising

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..selamat ber blogging dan teruskan perjuangan dalam bidang ini..:)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..personaliti yang baik. saya pun introvert juga. kita geng kak!

    ReplyDelete
  9. wah satu perkongsian diri yang menarik. Macam ada yang sama je personaliti kita.

    ReplyDelete
  10. Wah, introvert selalunya lebih cenderung buat hal sendiri.. Masuk dunia orang bila perlu je. Hehe

    ReplyDelete
  11. Ada beberapa yg sama dgn shida :) hehee

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧