Hari 10 - Rumah Idaman | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal

Tuesday, January 12, 2021

Hari 10 - Rumah Idaman | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, keep going.. So.. Hari nie berkenaan dengan rumah idaman.. Saya rasa semua orang mengimpikan rumah idaman masing-masing, kan.. Samalah dengan saya...

Tapi masalahnya saya dah memiliki rumah... hahahahaha... Camne tue..? Okeylah, saya akan cerita serba sedikit berkenaan dengan rumah idaman saya, biarpun saya dah memiliki rumah.. 

Rumah yang saya idamkan adalah takdelah sebesar alam, cukuplah sekadar selesa untuk saya dan ahli keluarga yang datang menziarahi kami.. Rumah saya nie mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air.. Tapi memandangkan tak lama lagi saya nak buat renovation rumah, so bilik air tetamu akan saya pecahkan kepada dua pintu, bermakna sebuah bilik mandi dan sebuah bilik tandas.. Kiranya takde lah istilah berebut bilik air.. hihihi.. Lepas tue, dalam plan renovate saya nanti, akan saya buatkan satu tempat khas untuk laundry dan workstation saya.. Kalau ikutkan saya nak buat satu lagi bilik tapi memandangkan bajet tak berapa nak cantik, so saya gabungkan workstation plus mini library... Insha Allah, nanti bila rumah baru dah siap, saya akan upload gambar, okay... Satu lagi ruangan impian saya tapi tak dapat dilaksanakan jugak, ianya adalah ruangan solat yang memang saya impikan sejak mula² saya beli rumah.. Insha Allah satu hari nanti ruangan solat tue akan saya usahakan jugak.. Camne... Hanya Allah saja yang tahu bila ianya akan dilaksanakan.. Rumah saya sekarang nie sebenarnya dah berusia 10 tahun, so biasalah lama kelamaan ianya akan rosak itu dan ini.. Jadi alang-alang nak baiki rumah yang rosak tue, saya nak buat sedikit renovation.. 

Okay, itu saja cerita untuk hari nie.. So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



17 comments

  1. Semoga Allah permudahkan impian shikin 😊

    ReplyDelete
  2. saya berkenan dengan tiny house. rasa nak beli untuk letak kat laman. bila serabut2 saya boleh lari dalam tu hehehe

    ReplyDelete
  3. Kalau saya dapur mesti besar dan terbuka ke ruang tamu. Dapur ada banyak kabinet dan pantri.
    Harap suatu hari dapat merealisasikan ruang solat dan bilik baru banti.

    ReplyDelete
  4. Rumah memang sentiasa perlukan penyelenggaraan dari semasa ke semasa. kadang2 rosak sikit, kalau tak dibaiki nnt jadi besar kerosakannya

    ReplyDelete
  5. Somoga Allah permudahkan segala urusan akak.. waaa dah nak habis cabaran menulis.. sy belum siap2 lagi huhu

    ReplyDelete
  6. Rumah idaman wak ialah rumah yang wak diami sekarang.

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak tgk gambar baru rumah kak lepas renovation nanti :)

    ReplyDelete
  8. didoakan semua akan beroleh rezeki dapat rumah idaman masing2..

    ReplyDelete
  9. Excited nak renovate rumah. Dapat deko deko lepas tu. Semoga dipermudahkan urusan renovate rumah nanti. Aaminn

    ReplyDelete
  10. wah seronok renovate rumah. takpe slow nanti buat bilik sembahyang pula

    ReplyDelete
  11. Menarik juga..idea shikinn :) moga tercapai semuanya shikin!

    ReplyDelete
  12. Workstation eza kat rumah ni masih kat master room. Belum ada ruangan khas lagi. Renovation ni memang banyak perlu duit. Semoga kak shikin sekeluarga dimurahkan rezeki melimpah ruah untuk capai apa yang diimpikan. Amiin YRA.

    ReplyDelete
  13. Semoga dipermudahkan urusan Akak untuk renovate rumah. Dapat rumah seperti yang kita idamkan, adalah antara impian wanita juga tu. Haha

    ReplyDelete
  14. kalau citer pasal rumah idaman aida, nak istana! tapi tu la, bajet tak brape nak "istana" ha ha ha ha... so rumah yg sekarang akan aida realisasikan jadik best.
    so far, settle dah major renovation dlm dan luar.
    last ari tu uruskan awning luar bulan November. RM11k ke situ je - awning kayu balau & atap genting. alhamdulillah. kosong bank dek kerana menjadikan rumah ni rumah idaman kalbu.
    this PKP, aida sedang kemas sana sini la. susun atur. baru setahun 8 bulan dok sini, shikin. masih dlm rentak susun atur. semua lom confirm :)

    ReplyDelete
  15. ruang solat khas tu pun is one of my favourites, shikin.
    just xde ruang yg ada utk itu.
    bilik 4. anak 3. pepaham kan. kalau la ada, best nyer lah :)

    ReplyDelete
  16. Semoga dipermudahkan semua urusan renovate rumah...

    ReplyDelete
  17. Wah.. tak sabar nak tengok workstation plus mini library tu..
    Semoga semua perancangan ubahsuai rumah shikin dipermudahkan.. Aamiin..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧