Assalamualaikum wbt..
Lelaki sering dikaitkan suka berjaga malam, sama ada menonton perlawanan bola sepak kegemaran atau leka melayari internet, mereka sebenarnya terdedah kepada risiko kesihatan. Adakah awak tahu, wahai abang-abang dan adik-adik sekalian, kurang tidur yang kronik boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, obesiti, kemurungan, pengeluaran hormon yang tidak teratur, sistem imun yang lemah, masalah daya ingatan dan cepat marah berterusan. Menurut Presiden American Academy Of Sleep Medicine (AASM), Dr. Mary Susan Ester, tidur yang cukup penting untuk meneruskan hidup seperti mana kita memerlukan makanan.
Justeru, adakah awak semua menghabiskan masa kualiti dengan tidur yang mencukupi..? Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan orang lelaki perlu tidur yang mencukupi :
Tidak lapar untuk makan tengah hari
Kurang tidur boleh membuatkan awak sentiasa ingin makan lebih banyak, atau kerap berasa tidak lapar.
Tidak fokus
Awak mungkin mempunyai 'Attention Deficit Disorder'. Kekurangan tidur boleh menjejaskan fokus anda untuk melakukan beberapa perkara harian.
Tidak ingat di mana meletakkan kunci kereta
Otak awak memerlukan tidur untuk segar dan bekerja semula. Justeru itu, tanpa tidur yang cukup, memori jangka pendek awak mungkin akan terjejas. Berjaga di tengah malam jarang memberikan kualiti lebih baik berbanding awak melelapkan mata.
Tidak boleh bersembang dengan baik
Bekerja pada Sabtu malam misalnya, awak nampak kelihatan seperti profesional. Namun kekurangan tidur menyebabkan awak bersembang dengan kata-kata yang pelik atau lari daripada topik yang dibualkan.
Mengantuk ketika memandu
Sewaktu memandu awak cuba melawan rasa mengantuk. Sebaiknya atasi rasa mengantuk sebelum memulakan pemanduan dengan minuman berkafein dan mendengar muzik rancak ataupun berehat dulu sebelum memulakan perjalanan..
Rasa tidak sihat
Sistem imun awak akan mengalami proses pembaikan ketika sedang tidur. Tanpa tidur yang cukup awak mungkin akan berasa tidak sihat. Jadi, awak mungkin perlu mengambil suplemen untuk memastikan kecergasan tubuh awak..
good sharing ni kak shikin, tapi mata atie dekat LEO hahaha
ReplyDeleteKadang kadang faktor usia pun ye jugak. tidur yang cukup memang buat kita lagi sihat sebab dah recharge energy :)
ReplyDelete