Pasport Jepun paling berkuasa

Saturday, January 23, 2021

Sumber gambar : Google Images


Assalamualaikum wbt..
Pasport adalah satu benda yang paling penting jika kita nak travel ke mana-mana negara.. Bila dah ada pasport, jadi senanglah kita nak travel dan bila hilang pasport, mau sasau kejap sebab dah jadi macam pendatang haram pulak kan...

Awak nak tau tau, menurut laporan terbaru daripada Indeks Pasport Henley membuat penilaiaan bahawa pasport dari negara Jepun adalah pasport yang paling berkuasa sekali.. Indeks Pasport Henley adalah sebuah badan organisasi yang bertanggungjawab untuk meneliti pasport perjalanan paling mesra dan paling banyak akses di dunia ini.. Tapi menurutnya lagi senarai penarafan ini tak mengambil kira pada sekatan perjalanan sementara yang dilaksanakan semasa COVID-19...

Menurut badan organisasi nie, pemegang pasport Jepun adalah dibenarkan untuk masuk ke 191 negara TANPA VISA atau menerusi visa semasa ketibaan (VOA).. Negara Singapura pulak menduduki tempat kedua dalam senarai dengan membolehkan pemegang pasport negara itu boleh masuk ke 190 negara TANPA VISA.. 

Di tempat ketiga pulak diberikan kepada pemegang pasport negara Korea Selatan dan negara Jerman dengan membolehkan pemegang pasport boleh masuk ke 189 negara tanpa perlu memohon visa terlebih dulu.. 

Negara kita pulak menduduki tangga ke 13 dalam senarai Indeks Pasport Henley iaitu kedudukan yang sama seperti tahun lalu, dengan akses bebas visa ke 178 negara... 

Indeks Pasport Henley juga menyenaraikan lima pasport di kedudukan terburuk iaitu Korea Utara dengan dengan hanya boleh masuk sebanyak 39 negara saja, Libya dan Nepal, berkongsi kedudukan dengan hanya boleh masuk sebanyak 38 negara, Palestin pulak dengan hanya dapat masuk ke 37 buah negara saja. Manakala Somalia dan Yemen jugak berkongsi kedudukan dengan hanya dapat masuk ke 33 negara saja dan yang paling tercorot sekali adalah negara Pakistan dengan hanya dapat masuk 32 negara saja.. 

Pengukuran nilai ini adalah berdasarkan bilangan negara yang menetapkan akses bebas visa, visa semasa ketibaan atau kelulusan visa elektronik dalam masa tiga hari bekerja...

Untung betul orang-orang negara Jepun kan... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



7 comments

  1. Susahkan kalau hanya dapat masuk beberapa negara.

    ReplyDelete
  2. Memang untunglah rakyat negara Jepun boleh pergi banyak negara.

    ReplyDelete
  3. Orang jepun la boleh travel paling banyak negeri. Kalau ikut Eza, guna passport Malaysia baru 4 negara pergi. Lama lagi nak full 178 tu.. Hihi

    ReplyDelete
  4. baru tahu..menarik kalau dpt pasport dr jepun ni..

    ReplyDelete
  5. Senang la org jepun nak pi travel kn

    ReplyDelete
  6. memang power la passport jepun. tapi beruntung juga passport malaysia pun power juga :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧