Assalamualaikum wbt..
Sekarang nie adalah zaman yang memerlukan internet untuk kegiatan kerja-kerja harian kita.. Tapi kita kena fikirkan keselamatan Wifi hotspot di rumah agar ianya tidak disalahguna oleh pihak yang tak bertanggungjawab..
So, pagi nie saya nak berkongsi dengan awak tips bagaimana nak menjaga keselamatan wifi hotspot di rumah.. Jom kita selidik..
Matikan penyesuai WiFi anda
Apabila awak tidak berada di rumah atau di tempat kerja, adalah tindakan bijak untuk mematikan sambungan WiFi. Jika tidak, komputer awak mungkin menyambung ke Hotspot berniat jahat secara automatik tanpa awak sedari.
Pastikan firewall aktif
Firewall membantu melindungi PC dengan menghalang pengguna lain mengakses komputer awak menerusi rangkaian WiFi. Ia bertindak menghalang maklumat atau membenarkan ia melaluinya.
Gunakan Virtual Private Network (VPN)
Apabila memilih untuk menggunakan sambungan WiFi, pastikan ia dilengkapi dengan bentuk kunci keselamatan. Maklumat yang dihantar melalui rangkaian ini lebih sulit dan salah satu alternatifnya menggunakan VPN.
*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Share Center - Set up a new connection or network. Pilih Connect to a Workplace – Next - Use my internet connection (VPN). Taip alamat IP dan nama sambungan pada bahagian Destination.
Masukkan nama pengguna serta kata unik sebelum klik Connect.
Sulitkan data
Awak boleh melindungi fail dengan menjadikannya sulit. Membuka dan mengubah suainya memerlukan kata laluan. Laksanakan prosedur hanya ke atas satu fail pada satu masa. Pertimbangkan untuk lindungi fail yang hanya digunakan semasa bekerja di tempat awam.
Gunakan HTTPS dan SSL
Kini, banyak laman web menggunakan HTTPS dan SSL untuk menyedia sambungan selamat. Ia protokol perhubungan komunikasi sulit. Akses laman web atau e-mel dengan dimulai https://.
Melumpuhkan perkongsian fail dan pencetak
Perkongsian fail dan pencetak ialah ciri yang membolehkan komputer lain dalam rangkaian mengakses sumber pada komputer anda. Apabila awak menggunakan PC mudah alih awak di tempat Hotspot, lumpuhkan fail dan pencetak daripada perkongsian dan serangan penggodam.
*Pengguna Windows 7 - Klik Start - Control Panel - Network and Internet - Network and Sharing Center - Homegroup and sharing options - Change advanced sharing settings - File and printer sharing - Turn off file and printer sharing - Save changes.
Pemantauan pintu akses
Jika terdapat kemudahan WiFi, awak pasti terdorong melakukan sambungan. Ia akan menyambung ke pusat akses dan menghubungkan awak ke sistem berwayar utama untuk Internet. Untuk memastikan sambungan betul, konfigurasi PC awak untuk membolehkan awak meluluskan pusat akses sebelum menyambung.
Privasi folder awak
Apabila folder pada PC mudah alih awak diprivasi, ia adalah lebih sukar bagi penggodam untuk mengakses fail awak.
*Pengguna Windows 7 - Start - Control Panel - Dalam kotak carian, taip Network - Network and Sharing Center - Change advanced sharing settings - Klik pada V untuk memperluaskan profil rangkaian semasa anda. Di bawah Public folder sharing - Turn off Public folder sharing (people logged on to this computer can still access these folders) - Save changes.
OS dan aplikasi ‘up to date’.
Hampir setiap minggu ada kemas kini keselamatan terbaru diumumkan dan tidak terhad di bahagian sistem OS Windows atau pun program Office sahaja. Kebanyakan virus dan worm berniat jahat telah merebak dan tersebar melalui e-mel, jadi berhati-hati terutamanya ketika membuka lampiran.
Gunakan Antivirus
Seharusnya tidak perlu diberitahu lagi, cuma mengingatkan. Pastikan peranti akses WiFi awak dipasang perisian antivirus. Ini untuk kawalan malware dan memastikan awak terlindung dari bahaya lain apabila mengakses WiFi secara terbuka.
Semoga ianya memberi manfaat...
Akak kan Shikin, setiap malam sebelum tido memang offkan wifi rumah...risau apa2..so far pasword x simply2 bagi kat sesapa especially anak- anak buah..siapa balik rumah ni kena mengadap akak kalau nak password..hahahaha
ReplyDeletenice tips!
ReplyDeletesdr2 dah lembap line rupanya ada org tumpang skali hihi, nice tips shikin
ReplyDeletebtw sha dah tukar domain nnt free minta tlg syikin add/edit blog sha tau..www.opzzpinky.my ke www.opzzpinky.com, terima kasih..muahh hihi
Nice tips! :)
ReplyDeleteBagus perkongsian shikin ini..
ReplyDeleteTerima kasih atas tips ini shikin :)
ReplyDeleteThanks for the sharing kak shikin, memang perlu untuk kita semua tahu.
ReplyDeleteNice sharing ada beberapa tips tu Mrs. A kena mulakan nih! so far tak pernah buat hahahaa...
ReplyDeletePassword wifi rumah Eza ni panjang sangat. Eza sendiri tak ingat. Kira strong tak password tu? HAHA.
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeleteThis is very educational content and written well for a change. It's nice to see that some people still understand how to write a quality post! Bobcat 300
ReplyDelete