Assalamualaikum wbt..
Cara pernafasan yang betul dapat membantu si ibu melalui tempoh bersalin. Teknik yang betul bukan saja dapat memaksimumkan kadar kandungan oksigen dalam badan malah dapat membantu mengatasi rasa sakit semasa bersalin. Sebaliknya cara pernafasan yang salah boleh mengganggu proses bersalin. Selain itu ia turut membuatkan kita tak mampu nak bertenang.
Jom kita belajar camne cara pernafasan yang betul bagi memudahkan kita yang tengah sarat hamil nie bersalin dengan selamat.
Cara pernafasan yang salah mengakibatkan ;
- Apabila si ibu tak relaks dan berada dalam keadaan takut, secara tak langsung ianya boleh menyebabkan pernafasan menjadi cepat dan pendek.
- Otot-otot tubuh yang berkait rapat dengan proses kelahiran menjadi sangat tegang. Cara bernafas cepat menjadi pendek atau lebih dikenali sebagai panic breathing hanya akan mengurangkan bekalan oksigen dalam darah dan juga bayi.
- Segelintir ibu hamil tak bernafas dengan betul kerana mencuri nafas lalu menyebabkan bayi masuk semula ke saluran peranakan sehingga menyebabkan proses kelahiran menjadi lambat dan panjang.
- Risiko komplikasi semasa proses kelahiran, bahu bayi tak melepasi faraj sedangkan kepala sudah berjaya keluar.
- Ibu mudah keletihan, jadi ibu diingatkan agar tak meneran terlalu banyak sehingga terpaksa mencuri nafas. Si ibu perlu lebih relaks.
Penglibatan suami ;
- Suami digalakkan untuk sama-sama belajar dan berlatih melakukan teknik bernafas dengan betul.
- Tujuannya adalah suami orang yang lazimnya menjadi teman ketika di bilik bersalin. Dia jugalah yang akan menjadi pembakar semangat ketika hendak meneran selain daripada membantu mengurangkan ketidakselesaan dialami isteri setiap kali kontaksi menjengah.
- Jika dibandingkan dengan jururawat, kita tentu lebih selesa bersama dan mendengar arahan daripada suami. Dengan memegang tangan suami, kita berupaya untuk menuruti arahan dan tunjuk ajarnya untuk sama-sama bernafas dengan betul.
- Suami perlu tahu teknik yang betul dan sama-sama bertenang agar pernafasan kita menjadi lancar dan berupaya untuk mengurangkan ras sakit dialami diri.
Pernafasan masa meneran
- Ikut gesaan yang datang melalui kontraksi untuk meneran apabila cukup 10cm.
- Boleh meneran beberapa kali selagi masih berasa gesaan untuk meneran.
Langkah teknik pernafasan
- Fasa 1 - Air ketuban pecah
- Fasa 2 - Kontraksi bermula dan menyebabkan kita berasa tak selesa. Mulakan teknik pernafasan yang dipelajari.
- Fasa awal kontraksi - Mulakan pernafasan dalam.
- Masa tiada kontraksi - Lakukan pernafasan normal.
- Semasa kontraksi - Lakukan pernafasan dalam
- Cukup 10cm dan bayi dah bersedia untuk keluar - Kontrasi, curi nafas dan tunggu arahan meneran. Pernafasan dalam dan teran sambil hembus kuat. Pernafasan normal dan tunggu kontraksi kedua dan lakukan pernafasan dalam dan teran.
Persediaan teknik pernafasan betul
- Awak dan suami digalakkan mengikuti kelas antenatal yang mempunyai slot khusus bagi mengajar teknik bernafas yang betul.
- Ahli fisioterapi turut mengambil bahagian dalam kelas antenatal bagi mengajar persediaan sewaktu bersalin ketika dalam wad bersalin kelak.
- Seawal minggu ke-25 kehamilan, awak dan suami dah boleh mengikuti kelas antenatal dan belajar teknik pernafasan yang betul.
- Perlu lebih kerap bersenam untuk memastikan diri kita sentiasa segar, bertenaga dan ada stamina.
APA ITU?
PERNAFASAN DALAM
- Tarik nafas melalui hidung dan sebut di dalam hati dengan perkataan '-re....'
- Hembus nafas melalui mulut dan sebut perkataan 'laaaaks...'
PERNAFASAN NORMAL
- Tarik nafas melalui hidung.
- Hembus nafas melalui mulut.
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada ibu yang sedang hamil, tapi apapun dapatkan nasihat daripada doktor pakar jika awak mengalami apa-apa masalah.
Assalamualaikum wbt..
Jom join giveaway daripada rakan saya nie..
Macam biasa klik pada banner untuk join...
"Selamat Hari Lahir diucapkan kepada awak tuan empunya blog ini, semoga awak dikurniakan kesihatan yang baik, semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi awak sekeluarga..."
Best of luck...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Agak mustahil untuk kita menjalani kehidupan seharian tanpa ada sebarang masalah. Tapi sejauh manakah kesempurnaan hidup yang diperolehinya?
Janganlah kita lupa, kesempurnaan tidak akan lengkap tanpa hidup yang lebih sihat. Beberapa tips yang akan saya kongsikan ini ianya akan memberi manfaat dalam kehidupan kita..
TANGANI STRES
Menurut kajian daripada Harvard Medical School, perasaan marah boleh membuatkan kita berasa penat, stres dan boleh merosakkan paru-paru. Kajian yang dilakukan selama lebih 8 tahun terhadap 700 orang mendapati mereka yang sering marah atau bertengkar boleh menyempitkan aliran darah ke dalam paru-paru.
MAKAN IKAN PANGGANG / REBUS
Pengambillan ikan mackerel, sardin dan salmon yang dipanggang atau direbus boleh membuatkan denyutan jantung yang lebih baik. Hasil kajian daripada ahli gizi di Amerika telah membuktikan ikan yang dipanggang atau direbus jauh lebih baik berbanding dengan yang digoreng atau dikeringkan.
AMBIL VITAMIN D
Menurut Dr. Marilyn Glenville, seorang pakar nutrisi dari King's College London mengatakan tanda penuaan boleh kelihatan pada wanita yang kurang mengambil vitamin D. Ini kerana vitamin D membantu menurunkan tekanan darah, meningkatkan kekebalan badan dan melindungi daripada penyakit kanser dan jantung. Antara sumber vitamin D adalah seperti sinaran matahari, suplemen minyak ikan, salmon, tuna dan udang.
KOMBINASI ZAITUN
Masukkan kekacang, ikan, sayuran dan buah-buahan dalam menu harian. Pengambilan makanan segar yang ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan kita kelihatan muda dua tahun daripada usia sebenar.
KATAKAN 'SALAM' PADA KAWAN-KAWAN
Sapaan ini boleh dilakukan setiap hari kerana ia dapat meredakan stres dan membantu melepaskan hormon endorphin. Selain itu, menyapa dengan senyuman merangsang lebih daripada 30 otot-otot wajah dari kedutan.
LUAHAN PERASAAN
Gunakan diari untuk kita meluahkan apa yang ada dalam fikiran dan perasaan kita agar tahap stres kita berkurangan.
JAUHI DARI SOFA
Berehat terlalu lama di sofa juga tidak baik. Menurut kajian terbaru di Amerika mendapati apabila seseorang itu yang duduk lebih daripada 6 jam setiap hari dapat meningkatkan risiko kematian berbanding dengan mereka yang duduk kurang dari 3 jam.
BERTEMAN
Satu kajian yang dilakukan lebih dari 20 tahun mendapati apabila seseorang yang mengikat hubungan sosial dengan baik akan kurang memperolehi penyakit kerana hubungan itu mampu membuatkan seseorang itu menjadi awet muda dan sihat.
GANTIKAN PUTIH KEPADA COKLAT
Mungkin ada boleh membuat perubahan dengan menggantikan gandum putih kepada gandum coklat sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengurangkan 16 peratus risiko diabetes tahap 2. Kajian daripada Harvard School Of Public Health mendapati lebih baik jika tambahkan bijian seperti barli dalam menu utama makanan.
LEBIHKAN SAYURAN
Belilah buah dan sayuran yang masih segar. Bersihkan terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Ini untuk mengelakkan kerosakan kandungan vitamin C daripada pelbagai makanan di dalamnya.
Belilah buah dan sayuran yang masih segar. Bersihkan terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Ini untuk mengelakkan kerosakan kandungan vitamin C daripada pelbagai makanan di dalamnya.
SENAMAN KETIKA BERBELANJA
Senaman juba boleh dilakukan ketika kita membeli belah. Caranya adalah dengan membawa sendiri barang-barang perbelanjaan ke tempat meletak kenderaan.
NIKMATI TEH HIJAU
Menurut kajian Cina, seseorang yang kerap minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun berbanding mereka yang minum teh hijau hanya secawan dalam sehari. Tambahkan dengan perasa lemon untuk memberi kekuatan pada badan dan melawan penyakit.
KIRA GULA DAN GARAM
Garam dan gula adalah lemak jahat yang dapat menyumbat arteri sehingga naiknya tekanan darah. Jadi kita boleh meneliti label makanan yang ingin dibeli.
TEGAK
Usia yang semakin meningkat akan membuatkan postur badan turut berubah. Badan akan membongkok akibat tulang belakang yang kurang fleksibiliti. Menurut jurulatih yoga, Lynne Robinson, beberapa gerakan boleh dilakukan untuk regangan tulang punggun dan peha.
Assalamualaikum wbt..
Jika dulu, wanita sememangnya terkenal dengan perangai yang suka bercakap.. Tetapi pada zaman sekarang orang lelaki pun sama saja perangai dengan wanita.. Bab bersembang, memang kedua-duanya sama saja, sembanglah apa-apa saja perkara termasuklah mengumpat..
Mengumpat sememangnya diharamkan dalam agama Islam.. Seperti firman Allah SWT ;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Yang bermaksud ;
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujurat ; 12)
Jadi, bagaimana kita nak menggelakkan diri daripada mengumpat..?
Selalulah mendengar tazkirah tentang dosa-dosa mengumpat. Hadirlah selalu ke kuliah kerana mendengar kuliah ini ada kekuatan. Kalau seminggu sekali kita mendengar, seminggu sekali kita selamat. Tontonlah video yang memaparkan ceramah agama tentang dosa-dosa mengumpat.
Kalau hari-hari kita mendengar orang mengajar, maka ada kekuatan. Hendak main, mainlah. Hendak meniaga, meniagalah. Tetapi dalam sehari mesti hadir kuliah. Apabila kita hadir, malaikat akan mendoakan kekuatan bagi kita dalam menjana Islam dalam diri kita.
Kemudiannya, kita kenal pasti kawan-kawan yang suka mengumpat. Jadi jangan lepak dengan mereka. Memang tidak seronok. Lebih-lebih lagi jika kita jenis yang petang-petang suka pergi ke rumah jiran. Memang "seronok" bersembang cerita buruk orang. Ada hadis yang menyebut dosa mengumpat nie Allah takkan ampunkan melainkan dia kena beritahu dan meminta ampun kepada orang yang diumpat itu. Jika orang yang diumpat tue masih hidup, kita ada peluang untuk mintak maaf dengannya tapi jika orang tue dah meninggal dunia, sampai kiamat kita berdosa dengan orang tue dan sehingga kiamatlah Allah takkan ampunkan dosa kita.. Susah..? Memang susah...
Manusia nie bila hatinya dah mulai kotor, dia suka bercerita keburukan orang lain. Kalau hatinya bersih, dia tak suka bercerita. Jadi, kalau kita nak kenal hati kita samada kotor ataupun bersih, perhatikan sama ada kita suka bercerita keburukan orang lain atau tidak? Ataupun kita suka tumpang dengar cerita keburukan orang lain.
Oleh sebab itulah, kalau kita pergi ke rumah orang, apabila dibawa cerita kebaikan orang, orang tak mahu mendengarnya. Tapi bila bercerita tentang keburukan orang, oran akan suka mendengarnya.
Contohnya, semasa kenduri kahwin, apabila pengantin lelaki berkulit hitam dan pengantin perempuan berkulit putih, kita mengata. Apabila pengantin lelaki segak tapi pengantin perempuannya bertubuh gempal, kita mengata jugak. Ini semua kerana hati kita kotor. Sepatutnya kita mendoakan kesejahteraan mereka dan bukannya mengata.
Jadi bersihkanlah hati kita semula. Apabila semua kejadian yang kita nampak kenalah kita bersangka baik.
*Sumber petikan daripada Ustaz Azhar Idrus, personaliti dakwah.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Selalu berasa letih dan tak bersemangat untuk bersenam atau melakukan perkara yang disukai.. Awak boleh cuba trik nie..
Apa yang perlu awak buat adalah cuba pejamkan mata awak selama tiga saat dan kemudian awak kerdipkan mata awak secara perlahan-lahan selama tiga saat. Pergantian yang cepat antara suasana terang dan gelap nie dikatakan mampu memberikan kesan yang segar kepada bahagian otak kita...
Jom, sama-sama kita cuba...
Stay safe, stay healthy...
Assalamualaikum wbt..
Sekarang nie kita berada dalam fasa cuaca yang agak panas.. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kita kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka akan berterusan sehingga pertengahan bulan Mac 2021. Jadi, dalam keadaan cuaca yang panas nie, strok haba boleh berlaku pada sesiapa saja..
APAKAH ITU STROK HABA
Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius dan dianggap sebagai satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa akibat kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation). Ciri utama strok haba adalah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkait rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ di mana kebiasaannya proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.
SIMPTOM-SIMPTOM STROK HABA
- Sakit kepala berdenyut
- Mual
- Denyutan nadi pantas
- Kurang atau sedikit berpeluh dalam cuaca panas
- Otot lemah
- Muntah
- Kulit kering dan kemerahan
- Sawan
- Pitam
SIAPAKAH YANG BERISIKO UNTUK STROK HABA
- Kanak-kanak kecil
- Golongan tua yang menghidap penyakit jantung, paru-paru atau mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan mereka kurang cecair dalam badan
- Golongan atlet
- Golongan yang bekerja di luar semasa cuaca panas
Secara umumnya pendedahan yang berpanjangan kepada suhu melebihi 90° F (32.2° C) atau kelembapan melebihi 60 peratus memberikan risiko terbesar terhadap kewujudan penyakit yang berkaitan dengan haba. Penyakit strok haba ini juga boleh berlaku di bawah persekitaran yang lebih sederhana kerana mekanisme penyejukan yang tidak mencukupi tapi ianya juga boleh berlaku di kawasan yang bersuhu udara yang tinggi.
RAWATAN UNTUK STROK HABA
- Pastikan pesakit dipindah ke kawasan yang teduh dan gantikan pakaian pesakit kepada pakaian yang kering.
- Basahkan kulit pesakit dengan air sejuk atau semburkan badan pesakit dengan air untuk menurunkan suhu badan pesakit.
- Gunakan kipas untuk membantu pesakit membuang haba di badan.
- Ais batu juga boleh digunakan kepada permukaan badan untuk mengurangkan suhu badan.
- Galakkan pesakit untuk minum air yang sejuk dan minuman berelektrolit untuk membantu menambah kadar cecair dan elektrolit badan. Elakkan daripada minum air berkafein atau minuman keras.
PENCEGAHAN UNTUK STROK HABA
- Sentiasa minum banyak air untuk elakkan diri daripada dehidrasi.
- Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas. Sekiranya terpaksa melakukan aktiviti lasak, sila pastikan awak minum air yang banyak atau minum air minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi.
- Berehat secara kerap untuk memastikan badan kita dapat menambah cecair badan dengan minum air kosong.
- Disaran untuk memakai pakaian yang longgar dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan serta pakai topi untuk mengelak daripada sakit kepala akibat kepanasan.
Jadi, sama-samalah kita menjaga diri daripada terkena serangan strok haba ini, mencegah adalah lebih baik daripada mengubat..
Stay safe.. Stay healthy...
*Sumber daripada Dr. Mohammed Fauzi Abdul Rani, Consultant Chest Physician, Tropicana Medical Centre.
Assalamualaikum wbt..
Awak ada pernah hilang dompet tak..? Kalau pernah hilang, selalunya ianya akan hilang terus tanpa dikesan, betul tak..? Lebih-lebih lagi jika dompet kita hilang di tempat yang kita tak berapa nak kenal sangat kawasan tue..
Sama jugaklah dengan seorang lelaki Amerika nie..
Dia pernah hilang dompetnya semasa dia bertugas sebagai ahli meterologi Tentera Laut AS di pangkalan saintifik di Pulau Ross, Antartika pada bulan Oktober 1967 sehinggalah bulan November 1968..
Paul Grisham, yang kini berumur 91 tahun tak menyangka sama sekali akan 'bertemu' semula dengan dompetnya.. Ini kerana veteran tentera ini dihubungi oleh seorang individu yang ingin memulangkan dompetnya melalui kiriman pos. Difahamkan dompet Grisham dijumpai di belakang sebuah lokar semasa kerja-kerja untuk merobohkan pangkalan itu pada tahun 2014.
Setelah diperiksa, dompet itu mengandungi kad perakuan Tentera Laut milik Grisham, lesen memandu dan kad catuan bir serta berkeadaan yang baik.
Tak sangka, kan.. Individu yang memulangkan dompet tue pun agak baik dan beramanah jugak sebab sanggup nak hantar semula dompet pada tuannya...
Assalamualaikum wbt..
Kita dah biasa melihat bagaimana gunung berapi dibentuk, bagaimana ianya membesar dan macamana ianya meletus, kan..? Tapi awak pernah tengok tak gunung berapi ais..?
Inilah dia gunung berapi yang dimaksudkan....
Gunung berapi ais yang setinggi 14 meter ini terletak di antara perkampungan Kegen dan Shyrganak, yang mengambil masa kira-kira empat jam daripada ibu kota Kazakhstan, Nur-Sultan. Struktur gunung berapi ini agak unik kerana ianya kelihatan seperti gunung berapi bersaiz kecil dan yang uniknya adalah aliran lavanya adalah air dan bukannya lava panas seperti lava gunung berapi yang biasa kita tengok.
Keunikan gunung ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara terutama pada waktu musim sejuk malah ada di antaranya sanggup memandu daripada jauh semata-mata untuk datang bergambar dengan gunung berapi ais ini..
Menurut perkongsian salah seorang pelancong dekat Instagram baru-baru ini, gunung berapi ais ini adalah hasil daripada mata air bawah tanah yang menyemburkan air sepanjang tahun. Pada waktu musim sejuk iaitu ketika suhu turun di bawah sifar, air di situ akan membeku sehingga membentuk struktur ais.
Pada waktu musim panas pulak, air di situ menjadi punca tumbuhan hijau mekar sejauh puluhan meter di sekitarnya...
Subhanallah.. Cantik betul ciptaan Allah kan...
Assalamualaikum wbt,
Aktiviti mendaki kini semakin digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat tak kira lelaki mahupun perempuan, malah ada juga membawa keluarga sekali.
Bagi awak yang baru nak berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki, panduan ini boleh membantu awak untuk memastikan pendakian awak menjadi lebih selamat..
- Mendaki di laluan sedia ada dan perlu bergerak dalam kumpulan. Dalam hal ini, sistem berpasangan boleh diamalkan.
- Jika awa baru berjinak dalam aktiviti ini, awak perlu elakkan untuk mendaki pada sebelah malam kerana ianya lebih mencabar.
- Memakai pakaian yang nipis, longgar dan diperbuat daripada kapas untuk keselesaan ketika berjalan selain memakai stokin yang panjang untuk mengelak daripada serangan pacat.
- Jangan membuat bising ketika mendaki kerana ianya boleh mengganggu hidupan liar.
- Elakkan daripada membawa beban barangan di tangan, kerana ianya senang untuk memegang, memaut, menarik, menampan, menyentuh dan menepis ketika mendaki.
- Jika awak tersesat atau tersalah jalan, amalkan STOP iaitu Stop (berhenti), Think (berfikir), Observe (perhati) dan Plan (merancang).
- Jangan berpecah dalam kumpulan dan sentiasa berada bersama dalam kumpulan supaya awak semua mudah dicari serta ditemui jika berlaku dalam kecemasan.
- Sentiasa berwaspada ketika melangkah, berpijak atau berpaut.
- Kawal tingkah laku dan jangan terlalu gembira, jaga tutur kata dan jangan celupar ketika berada di hutan.
- Rancang pendakian sebaiknya dan bawa bekalan makanan secukupnya.
- Jika awak terserempak dengan hidupan liar, elakkan pertembungan secara berhadapan dengannya. Sebaik-baiknya berundur secara perlahan-lahan dan jangan sesekali melakukan pergerakan yang boleh membuatkan ia terkejut atau rasa tercabar.
- Jika berlaku hujan lebat, angin kuat, guruh atau petir, tangguhkan dan hentikan segera aktiviti atau perjalanan. Cari tempat perlindungan seperti tapak khemah atau stesen henti berdekatan. Dirikan tempat perlindungan sementara samada khemah atau fly sheet. Elakkan berlindung berhampiran dengan pokok besar dan perhatikan aras dan arus sungai kerana di kawasan hutan kejadian kepala air atau kenaikan mendadak air sungai mudah berlaku.
Semoga panduan ini dapat membantu awak bagi yang nak mencuba untuk melakukan aktiviti mendaki ini..
Assalamualaikum wbt..
Filem nie agak lama ditayangkan iaitu pada tahun 2008 tapi saya baru tengok filem ini.. Filem psychological thriller ini adalah ditulis dan diarahkan oleh orang yang sama iaitu M. Night Shyamalan sememangnya mendebarkan para penonton.. So, apakah filem itu..? Jom..
The Happening
Mengisahkan secara tiba-tiba bandar New York menjadi huru hara apabila penduduknya dikatakan mati secara tiba-tiba.. Kejadian pertama berlaku dekat taman rekreasi yang disedari oleh seorang wanita yang berasa pelik dengan sikap orang-orang yang berada di taman itu..
Mengisahkan secara tiba-tiba bandar New York menjadi huru hara apabila penduduknya dikatakan mati secara tiba-tiba.. Kejadian pertama berlaku dekat taman rekreasi yang disedari oleh seorang wanita yang berasa pelik dengan sikap orang-orang yang berada di taman itu..
Secara tiba-tiba mereka menjadi keras kaku seperti sebuah patung dan seorang demi seorang berjalan secara mengundur.. Wanita itu berasa pelik dan dia bertanya pada rakannya tapi secara tiba-tiba rakannya mula mengeluarkan kata-kata aneh dan seterusnya rakannya itu membunuh diri dengan mencucuk leher menggunakan penyepit rambut bentuk chopstick.
Kemudian, berlaku kisah lain pulak di bandar New York, pekerja pembinaan seorang demi seorang membunuh diri dengan terjun daripada bangunan yang sedang dibina.. Bingung dengan keadaan itu, keadaan menjadi huru hara..
Manakala di sebuah sekolah tinggi, semasa Elliot Moore (Mark Wahlberg) seorang guru sains sedang mengajar, dia dipanggil oleh guru besar dan mereka semua diberi taklimat tentang perkara ini.. Bimbang perkara buruk berlaku, mereka membuat keputusan untuk pelajar dibenarkan pulang ke rumah.. Dia bersama dengan rakan gurunya Julian (John Alberto Leguizamo) mula mencari tempat untuk melarikan diri.. Julian membawa anaknya Jess dan memujuk Elliot serta isterinya Alma Moore (Zooey Deschanel) untuk mencari isteri Julian di Philadelphia.
Semasa menaiki keretapi, mereka dapat tahu yang daerah itu telah dijangkiti dengan perkara yang sama.. Keretapi yang mereka naiki telah berhenti di sebuah bandar kecil dan mereka semua tak dapat teruskan perjalanan ke Philadelphia.. Bimbang dengan keselamatan isteri, Julian meminta Elliot untuk menjaga anak perempuannya Jess sementara dia pegi mencari isterinya. Tetapi semasa dalam perjalanan, Julian terserempak dengan mayat-mayat yang bergantungan dan disitulah dia berasa yang hayatnya akan berakhir dan akhirnya dia mati dengan mengelar tangannya menggunakan kaca setelah kereta yang dia naiki itu berlanggar pada sebuah pokok..
Sementara itu, Elliot bersama dengan Alma dan Jess dan beberapa orang yang terselamat telah memulakan perjalanan untuk mencari tempat yang selamat, tapi seorang demi seorang yang bersama-sama dengan mereka akhirnya membunuh diri.. Elliot mendapati udara yang mereka sedut ini adalah merupakan udara beracun dan apabila angin meniup, ianya akan membawa udara beracun sekaligus sesiapa yang menghirup udara itu akan mengalami perkara aneh yang kemudian akhirnya mereka membunuh diri mereka...
Apakah yang sebenarnya berlaku..? Apakah bahan kandungan udara itu hingga menyebabkan manusia yang menghirup udara itu akan membunuh diri...? Adakah Elliot, Alma dan Jess terselamat daripada bencana itu..?
Mula-mula saya tengok filem nie rasa macam suspens jugak, mana taknya.. Udara yang kita sedut nie menjadi racun kepada manusia sejagat.. Tapi tak tau apakah punca sebenar udara beracun sebab pada akhir cerita nie, kota Paris jugak diserang dengan udara ini... Meremang jugaklah bila tengok filem ni..
Assalamualaikum wbt..
Hey guys... Cuya is back.. Jom kita join ramai-ramai..
Macam biasa, klik pada banner dan ikutilah syarat yang mudah...
Best of luck...
Mana tau dapat hadiah yang comel daripada Cuya...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Siapa sangka yang pembalut plastik makanan boleh dibuat pelbagai barangan dan pakaian seperti gaun..
Buktinya...
Dekat Tokyo, Jepun seorang pelajar berjaya membuat rekaan gaun dengan menggunakan sebanyak...
4,000 pembalut plastik makanan...!
Fesyen gaun yang dipanggil sebagai Mantua yang dikatakan diinspirasi daripada zaman Eropah pada abad ke17 dan ke-18 dan dikatakan seni rekaan pakaian yang paling terperinci dalam sejarah manusia. Gambar rekaan yang dimuat naik oleh Kyo dalam akaun Twitter @nokyo memaparkan gaun itu direka dengan menggunakan 4,000 pembalut plastik makanan yang berwarna oren.
Kyo menggunakan 150 beg mengandungi pembalut plastik itu tanpa menggunakan pita pelekat untuk menyambungkan semua pembalut itu, sebaliknya dia menggunakan pemanas haba untuk menyambungkan plastik..
Cantik kan gaun ini.. Agaknya ada tak orang nak pakai..?
Bercerita tentang gaun, saya ada berkongsi cerita tentang gaun...
Assalamualaikum wbt..
Pada bulan lepas, Lionel Messi telah menerima kad merah pertama dalam kariernya bersama pasukan Barcelona ketika final Piala Super Sepanyol menentang Athletic Bilbao. Pemain Argentina itu dibuang padang susulan melakukan kekasaran ke atas Asier Villalibre yang menyaksikan Barcelona tewas 3-2 selepas masa tambahan.
Messi berdepan penggantungan sebanyak 12 perlawanan tapi terlepas daripada hukuman itu apabila cuma digantung sebanyak dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol.
Awak tau tak, bukan Messi saja yang pernah digantung perlawanan sebelum ini, malah ada lagi pemain bola sepak yang terkenal pernah digantung perlawanan malah ada di antaranya disenaraikan pergantungan yang terpanjang dalam sejarah bola sepak mengikut dalam portal GiveMeSport...
Siapakah mereka yang pernah digantungkan perlawanan..? Jom...
Peter Swan, Tony Kay, David Layne - Penggantungan seumur hidup tapi dikurangkan kepada 7 tahun
Trio Sheffield Wednesday ini dikatakan terbabit dalam satu daripada skandal paling dramatik pada era tahun 60-an. Trio ini dikatakan bertaruh ke atas pasukannya untuk kalah pada pertembungan menentang Ipswich Town pada bulan Disember 1962 dan ternyata pasukan itu tewas 2-0. Pada tahun 1964, skandal yang mengatur perlawanan ini terbongkar akhirnya menyaksikan ada yang dipenjarakan dan digantung seumur hidup daripada bolak sepak. Tiga pemain ini pada mulanya digantung seumur hidup tapi dibenarkan untuk kembali bermain selepas 7 tahun digantung.
Diego Maradona - penggantungan selama 15 bulan
Lagenda bola sepak ini adalah seorang yang sering mencetuskan kontroversi sepanjang kariernya. Maradona pernah didapati positif efedrin pada Piala Dunia tahun 1994 dan digantung selama 15 bulan sekaligus kariernya bersama Argentina musnah sama sekali.
Mark Bosnich - penggantungan selama 9 bulan
Bosnich adalah salah seorang lagi bekas pemain Chelsea yang digantung apabila dia didapati positif kokain dan pemain itu mengakui yang dia menghabiskan 5,000 pound (RM27,000) setiap minggu kerana tabiatnya itu. Penjaga gol Chelsea itu telah gagal ujian dadah pada bulan September tahun 2002 dan telah digantung selama 9 bulan.
Eric Cantona - penggantungan selama 9 bulan
Tendangan 'kungfu' Eric Cantona kekal menjadi antara detik yang paling mengejutkan dan paling gila dalam sejarah bola sepak Inggeris. Pada tahun 1995 Cantona menjadi terkenal apabila menyerang penyokong Crystal Palace dengan melompat melintasi papan iklan dan menendang pada bahagian dada penyokong malang itu. Cantona terlepas daripada hukuman penjara tapi dia diperintahkan menjalani servis komuniti untuk 120 jam selain digantung daripada bermain bola sepak selama 9 bulan.
Rio Ferdinand - penggantungan selama 8 bulan
Tidak menjalani ujian dadah yang ditetapkan mungkin akan mengubah karier pemain dan itu yang berlaku kepada Rio Ferdinand. Dia terlepas pada ujian dadah yang telah dijadualkan pada 23 September 2003 tapi dia kemudiannya digantung selama 8 bulan serta didenda sebanyak 50,000 pound (RM277,000) oleh FA. Mengikut kata Maurice Watkins, pengarah Manchester United menyifatkan tempoh penggantungan ini sebagai 'hukuman yang terlalu keras dan tidak dijangka' tapi nyata hukuman yang dijalankan itu kekal walaupun kelab terbabit mengemukakan rayuan.
Patrice Evra - penggantungan selama 7 bulan
Lagenda bola sepak Manchester United dikenali sebagai seorang pemain yang sentiasa bersemangat ketika di EPL, namun semangatnya yang 'terlebih' memakan diri ketika dia bersama dengan Marseille. Semasa sesi memanaskan badan untuk aksi Liga Europa pada bulan November 2017, pertahanan Perancis itu dikatakan telah menendang penyokong di bahagian kepala dan disebabkan itu dia digantung oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sehingga Jun tahun berikutnya.
Adrian Mutu - penggantungan selama 7 bulan
Mutu dan Chelsea terperangkap dalam drama yang panjang selepas penyerang Romania itu didapati positif kokain pada bulan September tahun 2004. Bukan setakat digantung daripada bermain saja, malah Mutu terpaksa membayar 9.6 juta pound (RM53 juta) kepada Chelsea kerana melanggar persetujuan dalam kontraknya.
Kolo Toure - penggantungan selama 6 bulan
Dalam usaha untuk mengawal berat badannya, Toure mengambil sedikit ubat yang digunakan isterinya. Namun, pemain Ivory Coast itu tidak sedar yang ubat berkenaan mengandungi bahan terlarang dan akhirnya dia digantung selama 6 bulan oleh FA pada bulan Mac tahun 2011. Toure tidak dapat beraksi pada pentas final Piala FA antara Manchester City menentang Stoke dan kemudian dia mendakwa yang dia sedar tentang pil tablet mengawal berat badan itu adalah bahan yang terlarang. Kata Toure, dia mengatakan berat badan dia tidak stabil dan ada masanya berat badannya naik tiga hingga empat kilogram. Jadi dia membuat keputusan untuk mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan dia kerap ke tandas. Dia tidak tahu yang dia melakukan kesalahan ini dan apabila Toure sedar mengenainya, dia berasa terkejut.
So, inilah pemain yang pernah digantung daripada bermain bola sepak...
*Sumber gambar daripada Google Images
Tersenarai dalam 55 Best Blogs You Need To Follow in 2021 by Farhana Jafri
Friday, February 12, 2021
Assalamualaikum wbt..
Semalam masa saya check in kat facebook, saya terbaca satu posting daripada rakan blogger yang memang kami dah kenal lama, mungkin ada di antara awak dah mengenali kelibat, beliau.. Namanya Farhana Jafri...
Kat posting wall dia, dia cakap dia dah siapkan satu data untuk masuk list untuk entri terbaru kat blog dia...
Tajuknya adalah .....
So, tadi saya berkesempatanlah singgah ke entri dia dan tak disangka-sangka, nama saya turut tersenarai dalam listing tue...
Sebenarnya saya tak sangka yang nama saya tersenarai, maklumlah nama saya tak segah seperti orang lain, niche jurnal saya pun tunggang langgang, hihihi.. Sebab saya cuma jadikan jurnal saya nie sebagai suka-suka saja, bagi sesetengah blogger yang lain, inilah lubuk rezeki mereka, melalui penulisan review dan buat job sebagai ghost writer, ambil upah untuk design blog dan sebagainya...
Apapun saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Farhana kerana sudi mencalonkan nama akak di dalam listing awak.. hihi cuma ada sedikit kesilapan fakta kat situ.. Adoiii, nasib baiklah akak tak kena luku kepala dek hubby akak.. Firstly, akak bukanlah isteri kepada abang bomba, sebaliknya akak bekerja di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, sebagai pembantu pustakawan di situ.. Secondly, akak menetap di Salak Tinggi, Sepang dan bekerja di Putrajaya, bukannya akak menetap di Perak.. Perak tue sebenarnya negeri kelahiran hubby akak dan akak pun berasal daripada Terengganu... hihihi tue jealah pembetulan fakta.. Tapi nasib baik awak dah edit semula.. hihihi
Kalau awak nak blogwalking ke blog yang best untuk tahun nie, bolehlah singgah ke entri Farhana Jafri, and jangan lupa untuk follow Farhana sekali..
Sebabnya blog Farhana nie penuh dengan review filem dan drama dari dalam dan luar negara, so memang sesuai sangat bagi orang yang suka menonton filem dan drama.. Saya pun selalu singgah ke blog Farhana untuk mengetahui filem yang terbaru..
So, jemputlah singgah ke sini...
Assalamualaikum wbt..
Once more, saya nak ajak awak untuk sama-sama kita join segmen daripada rakan blogger saya, Puan OM.. hihi tue nama glamer blogger nie..
Macam biasa jugak, klik pada banner dan ikutlah syarat mudah...
Tarikh segmen ini berlangsung sehingga 8 Mac 2021..
Best of luck..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Okey, saya nak ajak awak untuk join segmen daripada rakan blogger saya...
Macam biasa, klik pada banner kat atas dan ikutilah syarat yang diberikan, sebenarnya cukup mudah syaratnya..
Tarikh akhir segmen ini adalah pada 28 Februari 2021..
Best of luck...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons