Cara untuk motivasi diri

Tuesday, February 09, 2021


Assalamualaikum wbt..
Kita selalu tertanya-tanya, apakah di sebalik rahsia seseorang yang berjaya memotivasikan diri walaupun orang tue mengalami kegagalan..

Setiap manusia pasti akan mengalami kegagalan sekurang-kurangnya sekali dalam kehidupan, tapi itu tak menjadi kelemahan pada orang yang berfikiran positif.. Contohnya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang pernah mengalami kegagalan dalam kehidupan di masa lalu, tapi kini namanya tersenarai dalam orang terkaya di Malaysia dan di Asia Tenggara, malah namanya turut tercatat dalam senarai orang terkaya di dunia.. 

Apakah yang menjadi pegangan hidup mereka yang berjaya hingga mampu bangkit menentang kegagalan sekaligus mengatur langkah yang pernah tersungkur..? Cubalah ikuti cara untuk memotivasikan diri daripada seorang penceramah motivasi, Taidin Suhaimin...

  • Baca buku motivasi terutama biografi orang-orang yang berjaya.
  • Tulis artikel motivasi.
  • Dirikan solat sunat khusus untuk mendapat keampunan, taufik hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT.
  • Cipta satu semangat kata-kata, seperti contoh, "jika orang lain boleh lakukan, aku pun pasti boleh lakukannya."
  • Dengar lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi.
  • Bermain muzik kegemaran sekiranya kita pandai bermain alat muzik.
  • Tatap gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru.
  • Melakukan meditasi.
  • Sekiranya kita kekurangan tenaga, kelesuan atau kebosanan, tidurlah dengan selesa sehingga kita berasa benar-benar sihat.
  •  Melakukan senaman atau aktiviti fizikal sekurang-kurangnya tiga kali seminggu supaya badan dan minda kita sentiasa sihat, cergas dan cerdas.
  • Bertekad untuk menyiapkan semua kerja tertunggak atau menyelesaikan masalah dihadapi dengan penuh kesungguhan hingga selesai.
  • Buat dan kaji semula perancangan  hidup ataupun kerja seharian.
  • Susun atur semual kedudukan perabot di pejabat, rumah, kelas, ataupun susun fail mengikut kategori dan sebagainya.
  • Jumpa dengan seorang kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
  • Jumpa dengan kawan-kawan yang positif untuk mendapat nasihat, pandangan dan semangat positif.
  • Keluar makan dengan keluarga atau dengan rakan-rakan rapat.
  • Pergi beriadah, bersiar-siar dengan keluarga.
  • Ikuti seminar dan kursus berbentuk motivasi.
  • Adakan kenduri doa selamat.
  • Pergi melancong di dalam negara atau luar negara.
  • Selalulah bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan bantuan.

Semoga dengan cara ini, akan memberikan kita semangat untuk memotivasikan diri.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



3 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧