Gunung berapi ais

Thursday, February 18, 2021

Assalamualaikum wbt..
Kita dah biasa melihat bagaimana gunung berapi dibentuk, bagaimana ianya membesar dan macamana ianya meletus, kan..? Tapi awak pernah tengok tak gunung berapi ais..?


Inilah dia gunung berapi yang dimaksudkan....

Gunung berapi ais yang setinggi 14 meter ini terletak di antara perkampungan Kegen dan Shyrganak, yang mengambil masa kira-kira empat jam daripada ibu kota Kazakhstan, Nur-Sultan. Struktur gunung berapi ini agak unik kerana ianya kelihatan seperti gunung berapi bersaiz kecil dan yang uniknya adalah aliran lavanya adalah air dan bukannya lava panas seperti lava gunung berapi yang biasa kita tengok. 

Keunikan gunung ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara terutama pada waktu musim sejuk malah ada di antaranya sanggup memandu daripada jauh semata-mata untuk datang bergambar dengan gunung berapi ais ini..


Menurut perkongsian salah seorang pelancong dekat Instagram baru-baru ini, gunung berapi ais ini adalah hasil daripada mata air bawah tanah yang menyemburkan air sepanjang tahun. Pada waktu musim sejuk iaitu ketika suhu  turun di bawah sifar, air di situ akan membeku sehingga membentuk struktur ais. 

Pada waktu musim panas pulak, air di situ menjadi punca tumbuhan hijau mekar sejauh puluhan meter di sekitarnya...

Subhanallah.. Cantik betul ciptaan Allah kan... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



13 comments

  1. Unik. Selalu gunung berapi digambarkan di kawasan biasa.

    ReplyDelete
  2. cntiknya, selalu nampak glacier je tapi dia macam air pancut. yang ni ada 'gunung' dia

    ReplyDelete
  3. Subhanallah....terujanya nak pergi kawasan berais. Kalau gunung berapi biasa tu mesti tak berani pergi😅

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tau kewujudan gunung berapi ni.

    ReplyDelete
  5. First time dengar gunung berapi ais...

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah. Ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. :)

    ReplyDelete
  7. mesti sejuk giler..bawah sifar tu suhu dia..

    ReplyDelete
  8. Memang unik gunung berapi ais ni. Pertama kali tahu kewujudan gunung ais. Tq share kak :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧