Assalamualaikum wbt..
Sekarang nie kita berada dalam fasa cuaca yang agak panas.. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kita kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka akan berterusan sehingga pertengahan bulan Mac 2021. Jadi, dalam keadaan cuaca yang panas nie, strok haba boleh berlaku pada sesiapa saja..
APAKAH ITU STROK HABA
Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius dan dianggap sebagai satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa akibat kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation). Ciri utama strok haba adalah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkait rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ di mana kebiasaannya proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.
SIMPTOM-SIMPTOM STROK HABA
- Sakit kepala berdenyut
- Mual
- Denyutan nadi pantas
- Kurang atau sedikit berpeluh dalam cuaca panas
- Otot lemah
- Muntah
- Kulit kering dan kemerahan
- Sawan
- Pitam
SIAPAKAH YANG BERISIKO UNTUK STROK HABA
- Kanak-kanak kecil
- Golongan tua yang menghidap penyakit jantung, paru-paru atau mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan mereka kurang cecair dalam badan
- Golongan atlet
- Golongan yang bekerja di luar semasa cuaca panas
Secara umumnya pendedahan yang berpanjangan kepada suhu melebihi 90° F (32.2° C) atau kelembapan melebihi 60 peratus memberikan risiko terbesar terhadap kewujudan penyakit yang berkaitan dengan haba. Penyakit strok haba ini juga boleh berlaku di bawah persekitaran yang lebih sederhana kerana mekanisme penyejukan yang tidak mencukupi tapi ianya juga boleh berlaku di kawasan yang bersuhu udara yang tinggi.
RAWATAN UNTUK STROK HABA
- Pastikan pesakit dipindah ke kawasan yang teduh dan gantikan pakaian pesakit kepada pakaian yang kering.
- Basahkan kulit pesakit dengan air sejuk atau semburkan badan pesakit dengan air untuk menurunkan suhu badan pesakit.
- Gunakan kipas untuk membantu pesakit membuang haba di badan.
- Ais batu juga boleh digunakan kepada permukaan badan untuk mengurangkan suhu badan.
- Galakkan pesakit untuk minum air yang sejuk dan minuman berelektrolit untuk membantu menambah kadar cecair dan elektrolit badan. Elakkan daripada minum air berkafein atau minuman keras.
PENCEGAHAN UNTUK STROK HABA
- Sentiasa minum banyak air untuk elakkan diri daripada dehidrasi.
- Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas. Sekiranya terpaksa melakukan aktiviti lasak, sila pastikan awak minum air yang banyak atau minum air minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi.
- Berehat secara kerap untuk memastikan badan kita dapat menambah cecair badan dengan minum air kosong.
- Disaran untuk memakai pakaian yang longgar dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan serta pakai topi untuk mengelak daripada sakit kepala akibat kepanasan.
Jadi, sama-samalah kita menjaga diri daripada terkena serangan strok haba ini, mencegah adalah lebih baik daripada mengubat..
Stay safe.. Stay healthy...
*Sumber daripada Dr. Mohammed Fauzi Abdul Rani, Consultant Chest Physician, Tropicana Medical Centre.
Oh baru tahu makna sebenar strok haba.
ReplyDeleteini bahaya, perlu ambik penting bab ni
ReplyDeletetime cuaca panas kena banyakkan minum air. btw nice sharing :)
ReplyDeleteBahaya tau strok haba ni. Memang perlu bekal air, minum air secukupnya. Jangan sampai dehydrated.
ReplyDeleteTake care semua skrg mmg tgh music panas ni
ReplyDeletebetul kita kena ambil tahu..bahaya strok haba ni..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Musim panas kena extra jaga kesihatan. bahaya strok haba ni.
ReplyDeleteMusim panas ni kena minum banyak air kosong
ReplyDeletestrok haba memang bahaya..
ReplyDelete