Assalamualaikum wbt..
Jika dulu, wanita sememangnya terkenal dengan perangai yang suka bercakap.. Tetapi pada zaman sekarang orang lelaki pun sama saja perangai dengan wanita.. Bab bersembang, memang kedua-duanya sama saja, sembanglah apa-apa saja perkara termasuklah mengumpat..
Mengumpat sememangnya diharamkan dalam agama Islam.. Seperti firman Allah SWT ;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Yang bermaksud ;
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujurat ; 12)
Jadi, bagaimana kita nak menggelakkan diri daripada mengumpat..?
Selalulah mendengar tazkirah tentang dosa-dosa mengumpat. Hadirlah selalu ke kuliah kerana mendengar kuliah ini ada kekuatan. Kalau seminggu sekali kita mendengar, seminggu sekali kita selamat. Tontonlah video yang memaparkan ceramah agama tentang dosa-dosa mengumpat.
Kalau hari-hari kita mendengar orang mengajar, maka ada kekuatan. Hendak main, mainlah. Hendak meniaga, meniagalah. Tetapi dalam sehari mesti hadir kuliah. Apabila kita hadir, malaikat akan mendoakan kekuatan bagi kita dalam menjana Islam dalam diri kita.
Kemudiannya, kita kenal pasti kawan-kawan yang suka mengumpat. Jadi jangan lepak dengan mereka. Memang tidak seronok. Lebih-lebih lagi jika kita jenis yang petang-petang suka pergi ke rumah jiran. Memang "seronok" bersembang cerita buruk orang. Ada hadis yang menyebut dosa mengumpat nie Allah takkan ampunkan melainkan dia kena beritahu dan meminta ampun kepada orang yang diumpat itu. Jika orang yang diumpat tue masih hidup, kita ada peluang untuk mintak maaf dengannya tapi jika orang tue dah meninggal dunia, sampai kiamat kita berdosa dengan orang tue dan sehingga kiamatlah Allah takkan ampunkan dosa kita.. Susah..? Memang susah...
Manusia nie bila hatinya dah mulai kotor, dia suka bercerita keburukan orang lain. Kalau hatinya bersih, dia tak suka bercerita. Jadi, kalau kita nak kenal hati kita samada kotor ataupun bersih, perhatikan sama ada kita suka bercerita keburukan orang lain atau tidak? Ataupun kita suka tumpang dengar cerita keburukan orang lain.
Oleh sebab itulah, kalau kita pergi ke rumah orang, apabila dibawa cerita kebaikan orang, orang tak mahu mendengarnya. Tapi bila bercerita tentang keburukan orang, oran akan suka mendengarnya.
Contohnya, semasa kenduri kahwin, apabila pengantin lelaki berkulit hitam dan pengantin perempuan berkulit putih, kita mengata. Apabila pengantin lelaki segak tapi pengantin perempuannya bertubuh gempal, kita mengata jugak. Ini semua kerana hati kita kotor. Sepatutnya kita mendoakan kesejahteraan mereka dan bukannya mengata.
Jadi bersihkanlah hati kita semula. Apabila semua kejadian yang kita nampak kenalah kita bersangka baik.
*Sumber petikan daripada Ustaz Azhar Idrus, personaliti dakwah.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Terima kasih beri tips.
ReplyDeleteKadang-kadang masalah terdengar orang mengumpat.
Thanks kongsi tips, selagi boleh elak kita elak..dugaan nak mengumpat tu banyak
ReplyDeleteInsyaAllah akan sentiasa berwaspada dalam hal ni. Kadang tak sedar pun terjebak dalam mengumpat, seronok sgt bercerita.
ReplyDeleteThanks kak shikin atas perkongsiaan🤗
Thanks for sharing.. selagi termampu cubalah elak. tapi biasalah bila dah berkumpul mesti ada juga tercuit sedikit sebanyak
ReplyDeletejadilah macam saya, 24jam earphone on! heheheh
ReplyDeleteelakkan mengumpat.
ReplyDeletekalau saya selalu main phone je, malas nak dengar orang mengumpat.
ReplyDeletenice sharing :)
Terima kasih share :D kalau saya malas nak dengar mengumpat, saya tengok youtube
ReplyDeleteSelalu busykan diri nak perbaiki diri, jadi tak da masa nak tengok/umpat orang lain. Busy kerja dah sekian. Semoga sentiasa terpelihara dari perangai mengumpat ni.
ReplyDeleteDosa yg dtg dari kulit la yg paling susah nak.taunat. nauzubillah minta dijauhkan
ReplyDeletexde keje betul nk mgumpat ajer huhuuu
ReplyDeletetq kongsi tips ni :)
Elakkan berjumpa dengan orang yang mengumpat. Bila orang cerita, dengar je. Tak perlu tambah nasi :)
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian sebagai peringatan bersama.
Kurangkan berjumpa dengan orang yang suka mengumpat. Kalau lepak ngan diorang, dengar je. Jangan ikut mengumpat sekali
ReplyDeleteterima kasih kongsi tips nie shikin..
ReplyDelete