Dosa Yang Tidak Ditunda Balasannya

Friday, March 12, 2021


Assalamualaikum wbt..


عَن أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ  صلى الله عليه وسلم قال  : كلُّ ذنوبٍ يؤخِرُ اللهُ منها ما شاءَ إلى يومِ القيامةِ إلَّا البَغيَ وعقوقَ الوالدَينِ أو قطيعةَ الرَّحمِ يُعجِلُ لصاحبِها في الدُّنيا قبلَ المَوتِ 

Daripada Abu Bakrah RA, dari Nabi SAW bersabda: Setiap  dosa akan ditunda balasannya oleh Allah SWT hingga hari kiamat, kecuali al-baghy (zalim), durhaka kepada orang tua dan memutuskan silaturahim, Allah akan menyegerakan di dunia sebelum kematian menjemput.” (HR Al Hakim, Al Mustadrak No 7345). Status: Hadis Sahih 

PENGAJARAN

1.  Setiap dosa seorang insan akan menerima balasan azab daripada Allah melainkan mendapat keampunan Allah.

2.  Ada diantara dosa daripada perbuatan maksiat seorang hamba itu akan dipercepatkan balasannya semasa hidup di dunia lagi di samping azab di hari akhirat antaranya:

a.  Dosa al-baghy (sifat tercela dan perbuatan melampau batas yang mempunyai akibat negatif sama ada pada pelaku dan masyarakat antaranya menuntut sesuatu yang tidak halal,  pemberontak, rasuah dan sebagainya)
b.  Dosa durhaka kepada orang tua 
c.  Dosa memutuskan silaturahim

3.  Rasuah jelas merupakan satu daripada perbuatan zalim (baghy) dan melanggar hak orang lain yang tidak membayar rasuah dan tidak mendapat haknya. Mereka yang terlibat dengan rasuah diancam dengan azab Allah di dunia dan di akhirat mendapat siksa yang lebih berat. 

Berusahalah menjauhi perbuatan dosa yang akan disegerakan balasannya semasa hidup lagi.

Wallahualam..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



11 comments

  1. Azab di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsiannya..

    ReplyDelete
  3. Sentiasalah berbuat baik kepada kedua ibubapa dan menjaga hubungan sesama manusia. InsyaAllah. Perkongsian yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsiannya..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam kak
    Terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  6. Sentiasa beringat. Terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas peringatan shikin :)

    ReplyDelete
  8. Thanks for the sharing kak shikin!

    ReplyDelete
  9. Terimakasih atas perkongsian ini. membuka mata :D

    ReplyDelete
  10. Katakan tidak pada rasuah.. semoga kita dijauhi daripda perkara2 yg mendatangkan kemurkaan Allah aamiin

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧