Assalamualaikum wbt...
Apa yang awak buat jika terlupa nak hantar buku yang dipinjam di perpustakaan..? Terus buat-buat lupa ataupun pulangkan buku tersebut...?
Dekat New York, Amerika Syarikat, seorang wanita yang kini berusia 74 tahun telah tergerak hari untuk memulangkan semula buku yang dipinjamnya pada 63 tahun yang lalu... Betty Diamond telah meminjam buku cerita dongeng yang bertajuk 'Ol Paul, The Mighty Logger yang ditulis oleh Glen Rounds semasa Betty berusia 10 tahun...
Kalau diikutkan, Betty perlu pulang semula buku yang dipinjam pada 10 Julai 1957 tapi dia terlupa untuk memulangkan semula buku tue.. Menurut Betty, buku cerita nie pernah hilang dalam simpanannya dan bila dia jumpa semula buku tue, dia mengambil keputusan untuk menyimpannya di rumah..
Tapi disebabkan rasa amanah dan tanggungjawab dalam diri Betty, dia mengambil keputusan untuk memulangkan semula buku cerita tue setelah dia menyimpannya dalam tempoh 63 tahun, di Perpustakaan Awam Queens dan menyumbangkan wang tebusan sebanyak AS$500 sebagai tanda dia mengakui kesilapannya itu..
Menurut Nick Buron, yang merupakan Ketua Perpustakaan Awam Queens, tindakan Betty yang meminjam buku terlalu lama amat jarang berlaku. Kalau diikutkan polisi perpustakaan awam itu, jika buku tersebut tidak dipulangkan dalam tempoh tujuh tahun, maka maklumat buku tersebut akan dibuang daripada sistem mereka. Menurut Buron lagi, peminjam buku yang lewat untuk mengembalikan buku tak perlu risau tentang denda kerana bukan tujuan perpustakaaan awam itu untuk mendapatkan wang..
Jadi, sekali lagi, sikap amanah masih menjadi ukuran dalam kehidupan kita.. Samalah macam yang pernah saya ceritakan dalam entri cerita yang lalu...
Walaupun jangka masa yang agak lama untuk pulangkan buku tue, tapi wanita ini masih lagi bertanggungjawab untuk memulangkan buku tue, siap bagi duit denda lagi sebagai tanda kemaafan daripada wanita warga emas ini.. Sikap ini perlu dicontohi oleh kita dan terapkan pada anak-anak agar dapat menjadi insan yang lebih baik...
Lama sungguh.
ReplyDeleteContoh orang yang jujur. Saya pun pernah lambat pulangkan buku yang dipinjam diperpustakaan. Tunggu bulan pengampunan.
ReplyDeleteLama betul baru pulangkan buku. Tapi dia seorang yang jujur. Bagus.
ReplyDeleteKalau saya, saya pulangkan jugak bukunya hehehe.
Ya. Kita akan ditanya mengenai amanah serta hutang di dunia kalau tidak langsaikan di akhirat.
ReplyDeleteBila hak orang belum dikembalikan memang bila tersedar atau teringat memang nak pulangkan semula.
ReplyDeletelepas 63 tahun yang lalu baru dia pulang kan tudiaaa
ReplyDeleteWah lamanyaaa!!! 63 tahun tuuu!
ReplyDeletelama betul baru dia ingat tak pulangkan lagi buku tu..haha
ReplyDeletemmg responsible walaupun tunggu 63 tahun huhu.. AS$500 byk juga tu
ReplyDeleteAAAAAAAAAAAAA serius dia baik. pegang amanah dan pulangkan amanah walaupun lambat.
ReplyDelete