Tidak Prihatin Halal dan Haram

Friday, March 12, 2021


Assalamualaikum wbt...


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Akan datang pada suatu  zaman, manusia ketika itu tidak peduli lagi dari mana dia mendapat sumber harta sama ada halal atau haram". (HR Bukhari No: 1941) Status: Hadis Sahih

PENGAJARAN

1.  Keimanan seseorang berkait rapat dengan segala amalan sama ada amal lisan mahupun perbuatannya.

2.  Apabila iman pada seseorang telah hilang, soal halal dan haram tidak dihiraukan lagi.

3.  Sekarang ini ada dalam kalangan manusia yang tidak kesah atau tidak ambil berat soal halal dan haram dalam pemilikan harta. Ada yang berpegang pada prinsip asal bergaya dan berharta. Ada peluang rembat.  Bukan banyak pun ambik! RM 10K je. Orang lain ambik berjuta!

4.  Halal dan haram bukan kerana sedikit atau banyak. Yang haram tetap haram. Kita bimbang taubat tidak diterima atau tak sempat bertaubat.

Allah S.W.T. berfirman dalam mencari dan menggunakan harta:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Wahai orang-orang beriman! Janganlah kalian saling memakan harta sesama kalian dengan jalan yang batil. Tetapi dihalalkan mendapatkan harta dengan cara jual beli secara suka rela. Janganlah kalian membunuh diri kalian sendiri. Sungguh Allah Maha Penyayang kepada kalian. (An-Nisa: 29)

Ibnu Katsir menjelaskan:  cara batil yang dilarang dalam mencari harta adalah cara-cara yang tidak sesuai dengan syariah. Antaranya melalui amalan rasuah,  menipu,  mencuri, riba, perjudian dan sebagainya.

Ketahuilah setiap sen yang kita perolehi dan kita belanjakan akan ditanya oleh Allah di hari akhirat nanti dari mana sumber tersebut. Justeru berhati-hatilah setiap sen yang kita perolehi dan kita belanjakan.

Wallahualam..

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



8 comments

  1. Betul tu.. yang haram tetap haram.. bukan boleh ambil mudah..

    ReplyDelete
  2. Berwaspadalah jika ianya melibatkan wang ringgit. Pastikan dari sumber yang halal.

    ReplyDelete
  3. yg penting jgn was was , kalau was was jatuh haram

    ReplyDelete
  4. Makan dan minum pun kena pastikan halal.

    ReplyDelete
  5. Kena lebih peka dan prihatin bab halal haram ni..selagi kita hidup didunia ini!

    ReplyDelete
  6. Harus berjaga jaga dengan lebih selepas ini. Good sharing sis :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧