Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya dah lama produk nie berada dalam shopping listing saya memandangkan ianya selalu berlegar-legar kat status whatsapp.. Hihihi dan kali nie saya berjaya dapatkannya..
Memperkenalkan...
BALQISH FABRIC PERFUME
Balqish fabric perfume nie adalah sebuah haruman yang perlu ada pada setiap rumah.. Awak tentu pernah dengar dengan haruman yang disembur pada tudung kan... Inilah salah satu produk yang perlu awak miliki...
Kerana apa..?
Kerana wangian ini bukan saja boleh disembur pada tudung awak, malah hampir kesemua fabrik boleh digunapakai seperti sofa, tilam, kasut, cadar, helmet, tudung,, langsir, sejadah, telekung, kusyen kereta dan lain-lain jenis fabrik..
Ada 6 jenis wangian yang awak boleh pilih, iaitu Sweet Rose, Sweet Daisy, Sweet Blossom, Sweet Jasmine, Sweet Orchid dan Sweet Lily..
Produk nie juga didatangkan dengan 3 jenis bentuk, iaitu bentuk Pen Pocket (10ml) yang boleh diletakkan dalam beg tangan, bentuk Mini Travel (60ml) yang sesuai digunakan semasa nak travel ke mana-mana dan boleh dimuatkan dalam beg ataupun diletakkan di dalam kereta, serta bentuk Home Use (250ml) yang sesuai digunakan di dalam rumah...
Yang menariknya Balqish Fabric Perfume nie adalah ianya merupakan anti hapak, anti bakteria, bauannya adalah tahan lama, mesra solat, tak perlu dibilas dan yang paling penting ianya takde kesan pada fabrik.. So memang sesuai sangat untuk digunakan pada fabrik terutama pada tudung...
Macam saya sendiri, pada yang mana ada bela kucing kat rumah tentu mengalami situasi yang sama dengan saya.. Pernah tak bulus-bulus awak 'menghadiahkan' sesuatu yang tak dijangka seperti poo-poo kat tilam.. atau dia merenjiskan 'air wangian' dia pada tilam... hihihi tentu ada kan... Samalah macam situasi saya.. Jadi saya cubalah semburkan pada tilam, Ya Allah, harumannya melekat sampai ke baju.. Haruman yang saya pakai semasa sembur pada tilam adalah jenis Sweet Jasmine..
Malah bukan tue saja, saya gunakan haruman Balqish nie semasa tengah menaip jurnal nie kat laptop... Haruman pilihan saya adalah jenis Sweet Orchid dan saya gunakan bersama Air Humidifier berkapasiti air sebanyak 260ml.. Cara gunakan Balqish Fabric Perfume akan saya tunjukkan di dalam VIDEO ini.. Sila lihat pada mode web version untuk melihat video ini atau boleh klik pada link youtube di bawah...
Untuk kegunaan dalam rumah pulak, saya juga menggunakan Air Humidifier dengan kapasiti air sebanyak 500ml dan haruman yang menjadi pilihan saya adalah Sweet Blossom.. Cara menggunakan Balqish Fabric Perfume untuk air humidifier 500ml nie sama saja dengan video yang saya paparkan tue, cumanya untuk kapasiti 500ml nie awak gunakan sebanyak 2 penutup untuk mendapat wangian yang maksimum...
Takde air humidifier...? Takde masalah.. Awak boleh beli secara kombo air humidifier bersama dengan Balqish Fabric Perfume dengan harga yang cukup berpatutan dengan mampu milik...
So, awak boleh dapatkan Balqish Fabric Perfume ini di
Ataupun awak boleh beli Balqish Fabric Perfume dengan agen yang berhampiran...
Hehe ada. Baru sahaja anak kucing kencing pada karpet. Terfikir macam mana hendak hilangkan bau.
ReplyDeletewahhh wangiii nyaaa
ReplyDeleteMesti best je bau wangi..
ReplyDeleteWahh.. comel ada versi pen pocket. Mudah dibawa ke mana saja (masuk poket)!
ReplyDeletecomelnya ada macam2 saiz. menarik juga nak cuba, mesti wangi :)
ReplyDeleteMenarik jugak ni. Eza baru tahu mengenai produk ni.
ReplyDeletecantik nyaa botol dia
ReplyDeleteWah boleh guna untuk diffuser gak.. Best ni..
ReplyDeleteBila shikin kate wangi giler tu..terasa wangi dia heheee tah bau ape nih ^_^
ReplyDeletewah bestnya akak mmg suka menda2 wangi ni
ReplyDeleteNanti nak cuba la. kalau kena dengan taste boleh beli seterusnya hee
ReplyDelete