Assalamualaikum wbt...
Melanjutkan pengajian sebaik tamat alam persekolahan mungkin memerlukan remaja meninggalkan keluarga. Baik tinggal di kolej mahupun rumah sewa suasananya pasti tidak sama dengan tinggal di rumah sendiri. Masalah biasa yang dihadapi ketika ini adalah berhadapan dengan 'housemate' atau rakan serumah atau sebilik yang tidak sebulu dengan kita. Ada saja perkara yang dilakukan yang agak menjengkelkan. Bukan sahaja soal kebersihan malah kerajinan membantu di dapur juga sering kita persoalkan. Semua itu disebabkan sikapnya yang degil dan pemalas sepanjang tinggal bersama di rumah sewa. Awak berhadapan teman serumah begini, pasti kita tidak tahan. Justeru, apakah saranan terbaik yang boleh kita praktik untuk menanganinya? So, awak boleh ikuti panduan ini.
Komunikasi
Masalah pertelingkahan mahupun permusuhan dalam diam yang dialami rata-ratanya disebabkan masalah komunikasi. Kegagalan berkomunikasi dengan baik membuatkan kita tidak dapat meluahkan apa yang dirasai dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, awak perlu belajar untuk berkomunikasi dengan baik.
Kawan awak mungkin tidak sedar bahawa dirinya diperhatikan dan menjadi musuh awak dalam diam. Baginya, apa yang dilakukan itu adalah yang terbaik dan betul untuk dirinya tanpa mengetahui bahawa perkara itu mengundang kebencian di hati awak. Justeru, berkomunikasilah dengan tepat, tegur dirinya dengan penuh hati-hati agar dia tidak merajuk dan menjauhi kita. Awak berdua adalah rakan serumah andai berlaku pertelingkahan pasti keharmonian tidak lagi wujud.
Teguran berhemah
Bukan semua orang mempunyai kebolehan untuk menegur secara berhemah. Paling penting, lapangkan dada dan banyakkan bersabar serta berfikirlah secara terbuka. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan. Pastikan juga awak mengetahui apakah kelebihan teman serumah. Dahulukan ucapan teguran itu dengan memujinya terlebih dahulu. Kemudian barulah awak menegur bentuk kesilapan yang telah dilakukan sepanjang dia menjadi teman serumah kita.
Jangan pula awak senaraikan kesalahannya sekali gus. Tetapi terangkan satu persatu tanpa disedarinya. Misalnya semasa awak dan dia berada di dapur atau menonton televisyen. Sampaikanlah teguran itu dalam bentuk gurauan. Semoga kawan kita akan memahami gurauan yang membawa maksud teguran itu.
Belajar menerima kekurangan kawan
Bukan sahaja teman serumah, ada ketikanya kita juga ada kekurangan di pandangan mata kawan. Sebaik-baiknya awak saling bertukar pandangan dan emosi mengenai apa yang awak dan kawan awak lalui. Dengan cara itu, mungkin hubungan persahabatan akan menjadi lebih akrab. Awak perlu belajar dan memahami kesukaran yang dihadapi dan pastinya kawan awak juga akan berusaha untuk memahami kita.
Semoga panduan ini akan dapat membantu awak dalam menangani masalah dengan housemate ataupun roomate awak..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Mesti ramai yang tak pernah dengar apabila disebut asam susur tetapi bila sebut sebagai roselle, mesti ramai di kalangan kita yang tau kan..? Sudah terbayang di fikiran akan kesegaran airnya serta kemerahan bunga yang diketahui mengandungi banyak khasiat. Dipercayai, tumbuhan ini berasal dari benua Afrika. Saiz pokoknya boleh mencapai ketinggian lebih kurang empat sentimeter sementara batangnya pula berkayu di bahagian pangkal. Cara menanamnya mudah sama ada menggunakan biji atau keratin dahan. Pucuk dan daun mudanya boleh dituai selepas tiga bulan ditanam sementara kaliks pula boleh dipetik dalam jangka masa 15 hingga 20 hari selepas bunga-bunganya dihasilkan.
Bahan Makanan
Kaliks boleh dijadikan sirap, jem dan agar-agar malah boleh diguna semula selepas dikeringkan dengan betul. Sementara itu, bijinya boleh dipanggang dan sesuai dijadikan pengganti minyak masak. Begitu juga pucuk dan daun muda yang boleh dimakan mentah atau dimasak biarpun rasanya sedikit masam dan berlendir.
Penawar
Rebusan kaliks boleh dijadikan minuman untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan kolesterol dalam darah selain merawat masalah arteriosklerosis. Bijinya pula ditumbuk hingga lumat kemudian ditelan bagi melawaskan air kencing dan air besar. Dipercayai, biji asam susur ini mengandungi unsure vitamin A, B dan C yang sangat bagus untuk kesihatan mata, sekaligus memelihara kecantikan kulit. Sesuai juga dibuat syampu dan tonik penyubur rambut. Sementara itu, bahagian akarnya boleh direbus dan diminum untuk dijadikan pembuka selera, mengubat masalah ulser usus seterusnya merawat atrteriosklerosis.
Manfaat tumbuhan
Selain bagus untuk kesihatan, tumbuhan ini boleh dijadikan sumber serabut seperti jut untuk dijadikan tali, guni dan industri pemprosesan kertas.
*INFO : Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh. Ia merupakan minuman masyarakat orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.
Mesti sedap diminum takala berbuka puasa..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt,
Saya nak ajak awak semua untuk join giveaway daripada rakan saya... Hadiah dia agak menarik jugak...
Tarikh giveaway ini berlangsung daripada 23 April sehingga 29 April 2021... So, masih ada masa lagi...
Macam biasa, untuk join giveaway ini, awak perlu klik pada banner kat atas nie..
Best of luck, folks..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Awak tau tak, esok akan dijalankan satu program Jom Membaca Bersama 10 minit akan dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia. Program ini akan berlangsung selama 10 minit tepat pada jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi.
Pengenalan Program
Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”. Perpustakaan Negara Malaysia selaku Urus Setia Gerakan Membaca Kebangsaan telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan keilmuan di seluruh negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga tahun 2000. Kempen Membaca ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan.
Mulai tahun 2006 di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya. Slogan Kempen Membaca “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya” mula digunakan secara meluas di seluruh negara sehingga ke hari ini.
Bermula pada tahun 2018 sehingga 2020 Kempen Membaca Kebangsaan dimantapkan lagi melalui pemerkasaan persekitaran asas galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif sebagai asas kukuh bagi merealisasikan pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030. Dengan slogan #MalaysiaMembaca, DMK bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca menjelang tahun 2030 dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia dan akhirnya dapat meningkatkan peratusan rakyat yang membaca.
Bagi mencapai hasrat ini, pelbagai program galakan membaca dilaksanakan di seluruh negara meliputi pelbagai kumpulan sasar antaranya:
1. KOMUNITI DAN INSTITUSI KELUARGA
- Perpustakaan Keluarga / Sudut Membaca di rumah (‘1 Keluarga, 1 Perpustakaan’)
- Sudut Bacaan di Kawasan Kejiranan Rukun Tetangga
- Perkhidmatan Perpustakaan Pintu ke Pintu
- Apresiasi Kesusasteraan
- Kelas Literasi Dewasa
- Sejarah Tempatan
- Library In the Box
- Makerspace
- Sukarelawan Sahabat Perpustakaan / Rakan Buku
- Program Semarak Jawi Tulisan Jawi – Klinik Jawi dan Kaligrafi Jawi (Cina, Jawi dan India)
2. BAYI & PRASEKOLAH
- Program “Reading Seeds“
- Sesi Bercerita (Storytelling)
- “Read Aloud”
- Sudut Membaca Taska / Tabika
3. SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
- Program Literasi Media dan Maklumat
- Program Bacaan Kegemaran Saya
- Kem Tulisan Jawi
4. BELIA
- Program Literasi Media dan Maklumat
- Program Bacaan Kegemaran saya
- Forum Belia
- Kem Belia Membaca
- Karnival Generasi Muda Membaca
- Kem Tulisan Jawi
5. PENJAWAT AWAM
- Jom Baca Bersama 10 Minit
- WORLD #QuranHour
- Perkhidmatan Perpustakaan Meja ke Meja
- Program Literasi Media dan Maklumat
- Explorasi Digital
- Sudut Bacaan@Lanai Baca
- Bual Bicara dan Ulasan Buku
- Program Bacaan Kegemaran Saya
- Pinjaman Berkelompok (dari PNM)
- Hari Terbuka Perpustakaan
- Anugerah (Peminjam Terbanyak & Pengguna Aktif)
- Penyusunan Karya Ilmiah
- Mengarang Karya dalam Buletin
- Membaca dan Ulasan Buku sebagai SKT
- Ikon Membaca Penjawat Awam
6. GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS
- Bacalah Kamu Masih Di Hati (Penghuni Penjara)
- Bacalah Kamu Sinar Hidupku (OKU Penglihatan)
- Sudut Bacaan OKU
- Aktiviti Bersama-sama Warga Emas
- Aktiviti Bersama-sama Anak Yatim
- Pusat Aktiviti Warga Emas
- Program Bersama-sama Ibu Tunggal
7. INDUSTRI PERBUKUAN
- Anugerah Penerbit
- Anugerah Penulis Muda
- Anugerah Pembaca Terbaik Peringkat Negeri & Kebangsaan
- Peruntukan Dana Penulis (Pembelian Terus dan Mengikut Bidang)
- Projek Terjemahan Buku Karya Tersohor oleh Penterjemah
- Perhimpunan Penulis
- Insentif Khas dari Segi Pengecualian Cukai kepada Pengeluar Buku
- Bengkel Penulis & Pelukis Muda
- Pesta Buku (Negeri)
- Jom semarakkan budaya membaca dengan menyertai 'Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2021'
*Sumber daripada laman web Perpustakaan Negara Malaysia
Awak juga boleh menonton siaran langsung program ini menerusi saluran PNM TV Channel di https://youtube.com/user/pnmytube. Jangan lupa subcribe tau channel nie!
So, Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, JBPM pun akan mengadakan program ini, dan kami buat program ini secara dalam talian... Ianya dibuka kepada semua kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara..
Cantik tak banner kami...? hihihi
So, jom kita sama-sama memeriahkan program ini dan sesuai dengan slogan pada tahun ini, membaca adalah satu terapi.. Tak lama pun, hanya 10 minit jea masa yang perlu diambil untuk sertai program ini..
Assalamualaikum wbt..
Saya nak ajak awak suma untuk join giveaway daripada rakan saya nie.. Hadiah dia agak menarik dan syarat pun takdelah ketat mana...
Macam biasa, klik pada banner di atas dan ikutilah syarat yang diberikan..
Tarikh penyertaan adalah bermula daripada 20 April sehingga 30 April 2021...
Dalam entri nie, sis Shafyqah nak tau apa impian raya kita untuk tahun nie.. So, bagi akak lah, takde impian sangat sebab memandangkan kita masih lagi dalam mood PKPB / PKPP dan masih belum boleh rentas negeri, so kita berayalah sendiri-sendiri.. hihihi.. Apapun akak doakan semoga kita semua dilindungi Allah daripada segala penyakit dan musibah yang melanda kita sekarang...
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt...
Pengguna telefon bimbit mungkin akan keliru dengan pelbagai jenama dan jenis power bank mudah alih yang terdapat di pasaran jika tidak biasa dan mempunyai kurang pengetahuan berkenaan bateri. Secara amnya, power bank berbeza-beza antara satu sama lain walaupun kapasiti bateri adalah sama.
Pelbagai variasi power bank semakin kerap dihasilkan pengeluar berikutan ada permintaan yang mahukan lebih kepelbagaian dalam pilihan. Perbezaan tersebut dapat dilihat daripada segi saiz, harga, kualiti sel bateri, gred sel bateri, kesesuaian, sistem keselamatan serta reka bentuk litar keselamatan PCB.
Kemusykilan itu penting
Oleh sebab itu, kebarangkalian untuk pengguna tersilap membeli adalah amat tinggi. Dengan tawaran yang dilihat seakan-akan tidak munasabah, pengguna sepatutlah lebih peka dan kemusykilan berkaitan tawaran patut ada. Setiap perniagaan mahukan keuntungan. Janganlah kita pula menjadi mangsa.
Selain itu, pengetahuan pengguna mestilah lebih terutamanya jika ia melibatkan tawaran yang bernilai tinggi. Berikut ialah beberapa kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh pengguna semasa pemilihan dan pembelian power bank. Jadikan panduan supaya kita tidak turut sama terlibat di masa akan datang.
Pilihan berdasarkan kapasiti - Salah satu sebab utama pembelian power bank yang perlu dirujuk kembali adalah kerana ia mudah dibawa ke mana-mana. Jadi, pilihlah yang memudahkan urusan seharian. Lihat kepada kapasiti yang bersesuaian dengan penggunaan seharian kita. Usah beli power bank dengan kapasiti yang besar, serta berat semata-mata ingin kelihatan mewah.
Hiraukan kualiti sel bateri - Sel bateri ialah aspek utama yang perlu kita lihat selain perkara di atas. Sesetengah pengguna memilih power bank kerana jenama yang sedia ada di pasaran atau harga yang murah tetapi tidak menghiraukan berkenaan sel bateri yang digunakan. Kualiti sel bateri merupakan elemen utama yang akan menentukan jangka hayat power bank itu.
Kapasiti besar harga murah - Tawaran sebegini sering kali mengaburi mata pengguna. Sama ada di pasaran terbuka atau pun di pasaran dalam talian. Dengan tawaran kapasiti besar dengan harga murah yang seakan-akan mustahil, pengguna selalunya melihatnya sebagai peluang keemasan tanpa melihat spesifikasi lain. Oleh itu, selidik terlebih dahulu dan kalau boleh, soal penjual kenapa ia terlalu murah daripada kebiasaan.
Tiada ciri keselamatan - Pensijilan UL memastikan power bank tersebut memiliki standard kawalan kualiti dan output yang sebenar akan membuatkan peranti kita selamat. Selain itu, ciri-ciri keselamatan tambahan seperti perlindungan khusus seperti yang diterangkan dalam artikel sebelum ini banyak membantu memastikan pilihan kita berbaloi untuk digunakan dalam tempoh masa yang lama.
Sambungan tiruan - Kadang kala, sesetengah power bank memiliki pelbagai jenis sambungan, dan tidak semuanya asli. Jika kita melihat ini sebagai aspek yang tidak penting, maka kita salah. Sambungan tiruan dan tidak berkualiti boleh mengakibatkan litar pintas. Apa yang sebetulnya, gunakan sambungan peranti original kerana ia lebih selamat dan stabil.
Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua untuk memudahkan urusan pembelian power bank.
Assalamualaikum wbt...
Saya nak ajak awak join contest daripada Cik Alien Oren kita nie.. Hadiah dia agak menarik jugak...
Macam biasa, nak join contest nie, awak klik pada banner kat atas nie...
Best of luck, folks...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No: 1944) Status: Hadis Sahih
Oleh itu...
1. Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.
2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.
3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan sama ada yang diucapkan atau yang ditulis dan ditularkan yang kotor, lucah dan buruk serta hina.
4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.
5. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang menyenangkan, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.
6. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:
a. Gembira ketika berbuka puasa
b. Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya yang diterima.
Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Marilah kita semarakkan ibadah kita agar ia menjadi pemacu perubahan diri kita kepada yang lebih baik. Berusahalah melakukan amalan terbaik. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian dan seandainya ini adalah bulan Ramadhan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.
Assalamualaikum wbt...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih
Apabila Ramadhan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:
1. Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
2. Ramadhan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa).
3. Ramadhan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan, akan disediakan padanya dengan rahmah Allah syurga.
4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadhan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadhan, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.
5. Bulan Ramadhan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.
Ahlan Ya Ramadhan. Ramadhan Kareem. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian..
Assalamualaikum wbt...
Wah, rakan saya ada buat Giveaway yang cukup menariklah.. Jom join ramai-ramai, mana tau ada rezeki untuk dapat sampul raya hipster yang cukup limited edition nie...
Tarikh mula pernyertaan adalah pada 5 April sehingga 12 April 2021...
Macam biasa, nak join, awak klik pada banner kat atas...
Best of luck..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Okey, seperti biasa saya akan umumkan pemenang Top Commentator untuk bulan April.. Sebelum tue saya nak ucapkan bebanyak terima kasih pada awak semua kerana masih sudi untuk membaca jurnal saya walaupun saya tak dapat nak bagi komitmen yang jitu pada jurnal ini ekoran daripada kerja-kerja hakiki dan membantu ketua unit saya memandangkan dia masih lagi dalam proses pembelajaran... hihihi
Anyway, TAHNIAH diucapkan kepada 10 orang Top Commentator yang berjaya memasuki carta bulanan saya.. Dan owwhh ada dua nama baru lah kat dalam carta bulanan saya.. Well, dua nama ini adalah pemenang bertuah untuk menerima hadiah kecil daripada saya... Siapakah yang bertuah itu...?
TAHNIAH diucapkan pada nama yang disenaraikan.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah..
Seperti biasa jugak, kesemua 10 orang yang berjaya memasuki carta bulanan ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 30 April 2021...
Tahniah diucapkan..!!
You are the best of the best...!
Terima kasih kerana selalu support saya..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons