Ibadah Puasa dan Anugerah

Wednesday, April 14, 2021


Assalamualaikum wbt...


عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Daripada Abu Shalih Az Zayyat bahawa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No:  1944) Status: Hadis Sahih

Oleh itu...

1.  Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.

2.  Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.

3.  Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan sama ada yang diucapkan atau yang ditulis dan ditularkan yang kotor, lucah dan buruk serta hina.

4.  Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.

5.  Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang menyenangkan, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.

6.  Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:

a.  Gembira ketika berbuka puasa
b.  Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya yang diterima.
  
Semoga  Ramadhan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Marilah kita semarakkan ibadah kita agar ia menjadi pemacu perubahan diri kita kepada yang lebih baik. Berusahalah melakukan amalan terbaik. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian dan seandainya  ini adalah bulan Ramadhan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



8 comments

  1. Salam Ramadhan.. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Selamat menjalani ibadah puasa pada kali ini.

    ReplyDelete
  3. Salam ramadhan al mubarak.
    Selamat menjalani ibadah puasa kak shikin dan keluarga! :)

    ReplyDelete
  4. Betul rasa seronok menunggu ketika berbuka. Alhamdulillah. Selamat berpuasa Shikin.

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa shikin..🥰jom follow blog Niena..

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan buat kak shikin :) terimakasih atas peringatan ini

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian.. Selamat menunaikan puasa ganti/sunat pula..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧