Assalamualaikum wbt...
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih
Apabila Ramadhan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:
1. Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
2. Ramadhan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa).
3. Ramadhan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan, akan disediakan padanya dengan rahmah Allah syurga.
4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadhan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadhan, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.
5. Bulan Ramadhan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.
Ahlan Ya Ramadhan. Ramadhan Kareem. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian..
Selamat menyambut bulan Ramadan buat shikin dan keluarga
ReplyDeleteInsya Allah akan memperbanyakkan amal.
ReplyDeletesemoga ramadhan kali ini sempurna
ReplyDeleteDengan harapan ramdhan kalini baik baik sahaja dan sempurna hendaknya
ReplyDeleteSalam ramadhan kak shikin! Semoga ramadhan kalini lagi baik daripada sebelum ni :)
ReplyDeleteSemoga kita semua diberikan peluang untuk bertemu lagi Ramadan di tahun hadapan.. Aamiin..
ReplyDelete