Assalamualaikum wbt....
Hari ini adalah hari ke 4 Syawal 1442H jadi rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, rakan taulan dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.. Walaupun kita beraya dalam suasana yang agak suram tapi kita boleh raikan dengan penuh keinsafan dan penuh ketaqwaan..
Di dalam kita meraikan hari kebesaran umat Islam, kita dapat dengar berita yang menyedihkan daripada saudara kita di sana, iaitu di P@!e$tin.. Sama-samalah kita berdoa agar saudara kita di sana dapat bantuan daripada Allah....
Okey, seperti kebiasaan bagi kami kelahiran Terengganu, hidangan juadah raya yang wajib ada pada setiap rumah adalah nasi dagang ataupun nasi minyak, di samping dengan hidangan ketupat daun palas bersama dengan nasi impit, kuah kacang, satay dan pelbagai jenis kuih muih.. Memandangkan tahun lepas kita beraya dalam keadaan PKP, sama seperti tahun ini, tahun lepas hidangan utama saya adalah nasi dagang dan ianya ditempah... hihihi ini kerana saya masih lagi failed untuk buat nasi dagang.. hahahaha buat malu jea kan.. So tahun ini saya decided untuk buat hidangan nasi minyak... Nasi minyak nie dihidangkan bersama-sama dengan lauk gulai daging, ayam masak merah dan acar timun.. Tapi kalu ikutkan acar timun tue tak berapa lengkap, sebab saya terlupa letak tomato... hihihi belasah jea la labu...
Memandangkan tahun nie kita tak dibenarkan untuk merentas daerah, so saya masak dengan kuantiti yang agak sedikit tapi boleh dikongsi hidangan ini dengan jiran tetangga..
Hihihi mesti awak perasan kan kenapa saya dengan hubby mengambil gambar hanya seekor kucing jea kan.. Sebenarnya masa nak ambik gambar tue, kitorang berperang dulu dengan mereka nie.. tapi hanya seekor nie jea yang mesra kamera, so inilah saja kucing yang dapat bergambar dengan kami...hihihi yang nie namanya Aduka...
Dan inilah serba sedikit gambar hari raya kami, tema tahun nie kuning oren..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #prayforpalestine
salam aidilfitri maaf zahir batin..
ReplyDeletestay safe yaa =)
jemput join GA di blog
https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
Kuning mustard!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf dipinta.
Salam syawal dari CCL .
ReplyDeleteCantik ootd pgi syawal tu
Selamat hari raya!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Shikin.. Cantik baju raya Shikin..
ReplyDeleteselamat hari raya....sweet!!!
ReplyDeleteSelamat hari raya kak shikin dan keluarga! :)
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeletealahai cutenya akak! cantik warna baju rayanya. umi saya pagi raya masak dua lauk je. Daging masak kicap, ayam masak kunyit. Pastu sempatlah buat kelupis, dapat free lemang dari pakcik. raya kedua baru beraya pakai baju raya.
ReplyDeleteSelamat Hari raya maaf zahir batin kak shikin sekeluarga!
Selamat hari raya kak shikin!!!! Masa raya hari tu kami masak pun tak banyak.. ada murtabak telur daging, rendang, lemang.. malam pulak dimsum. Tiba2 sesat ada dimsum. Hahaha!
ReplyDelete