Assalamualaikum wbt...
Segmen Blogger Syu Deris kembali lagi.. Jom join ramai-ramai..
Kali nie segmen yang dianjurkan agak menarik, iaitu mencari peribahasa dalam gambar nie...
1) Bagai anjing dengan kucing
2) Sediakan payung sebelum hujan
3) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
4) Laut mana tak berombak, bumi mana tak ditimpa hujan
5) Bagai katak di bawah tempurung
6) Bagai kura-kura dalam perahu
7) Hidung tinggi
8) Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
9) Cendawan tumbuh selepas hujan
Nak join segmen nie..? Macam biasa, awak klik pada banner kat atas sekali...
Segmen nie berlangsung daripda 23hb Jun sehingga 14hb Julai 2021...
Best of luck, folks..
Assalamualaikum wbt..
Gajet dapur nie sebenarnya dah lama saya nak beli... Memandangkan microwave saya telah lama rosak, saya nak ganti dengan yang baru... Tambahan pulak, masa tue, tiba waktu bulan Ramadhan, jadi saya perlukan microwave bagi menjimatkan masa saya untuk panaskan lauk... hihihi
Lepas tue, masa saya bersembang dengan member opis, maka terkeluarlah bab cerita saya nak beli air fryer sebagai gajet dapur saya yang baru.. Dia pun cakaplah dengan saya, daripada saya beli air fryer semata-mata, lebih baik cari gajet dapur yang 3 dalam 1 iaitu air fryer oven...
So, saya pun godek-godeklah kat shopee dan akhirnya saya telah jumpa yang sesuai...
Inilah dia gajet dapur saya, Giselle Air Fryer Oven...
Apa yang menariknya gajet nie...?
Spesifikasi gajet dapur ini adalah ianya mempunyai kapasiti 23L yang boleh memuatkan seekor ayam.. Menariknya di sini adalah gajet ini mempunyai 10 butang fungsi pelbagai guna iaitu :-
- French Fry
- Bagel
- Rotisseries
- Air Broil
- Air Roast
- Pizza
- Toast
- Bake
- Warm
- Dehyhrate
Gajet nie terlalu senang untuk digunakan sebabnya setiap butang nie ianya telah disetkan masa dan jugak suhu.. Sebagai contoh, kalau awak nak goreng kentang, cuma pusingkan butang function tue.. Kemudian, tekan butang start dan awak tunggulah sehingga kentang itu masak.. Fungsinya sama dengan air fryer yang biasa tue...
Kalau nak panaskan lauk pun boleh, cuma pusingkan butang function dan setkan kepada fungsi gambar pizza, awak dah boleh panaskan lauk, yang sama fungsi dengan microwave...
Nak buat buah-buahan kering...? Giselle Air Fryer Oven nie pun boleh buatkan untuk awak... Cuma pusingkan butang function fruits, awak dah boleh buat buah-buahan kering...
Nak defrost produk beku pun boleh jugak... Cuma pusingkan butang function defrost tue..
Nak tengok progress samada makanan tue dah masak ke belum..? Awak tekan jea butang mentol yang berada di bawah butang start tue, menariknya di sini adalah lampu ini akan menyala dalam tempoh satu minit sebelum ianya terpadam secara automatik..
Saya penah cuba untuk masak ayam bakar, dan hasilnya memang sedap... hihihi memudahkan kerja saya dan yang paling penting, tak perlu lagi nak tunggu samada ayam tue terkurang masak atau terlebih masak...
Nampak sedapkan...
Harga sebuah air fryer oven nie adalah RM799.00, dan ini belum termasuk aksesorinya.. Sebenarnya kalau ikutkan aksesori yang sedia ada dah mencukupi tapi saya tambah lagi dua aksesori iaitu rolling cage with rotisseries dan fish cage.. Kegunaan rolling cage nie amat sesuai untuk masak buah-buahan kering ataupun nak panggang kekacang... Fish cage pula boleh digunakan untuk masak ikang goreng, kepak ayam madu, ataupun makanan laut goreng...
Video yang saya paparkan ini adalah cara bagaimana masak fries...
Senang kan gajet dapur nie..
Assalamualaikum wbt...
Okay, nie segmen yang kedua saya join.. Jom kita sama-sama support dan join segmen yang dianjurkan oleh rakan saya nie...
Macam biasa, awak klik pada banner untuk join segmen...
Tarikh segmen ini berlangsung bermula 15/06/2021 sehingga 30/06/2021..
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt..
Hihihi sebenarnya kawan saya nie dah lama ajak saya join segmen nie.. Tapi disebabkan jadual kerja BDR saya terlalu padat, saya tak sempat nak join... Nie baru ada peluang..
So, ada masa lagi untuk join... Tarikh segmen nie berlangsung bermula 17/6/2021 sehingga 24/6/2021
Macam biasa, kalau awak sudi nak join, awak klik pada banner kat atas nie...
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt...
So, seperti yang kita tau, PKP 3.0 disambung lagi sehingga 28hb Jun dan kebanyakan daripada kita ada yang BDR dan ada yang BDP...
p/s. : BDR adalah Bekerja Dari Rumah, BDP adalah Bekerja Dari Pejabat
And apabila PM kita umum tentang penyambungan PKP nie, so kami dapatlah jadual baru dalam penugasan.. Saya masih lagi BDR sepenuhnya sehingga 28hb Jun nie, tapi bukan duduk saja-saja di rumah yea... Ada tugasan yang perlu diselesaikan..
Memandangkan saya bekerja dalam bidang library, so tugasan saya kat library masih belum selesai iaitu kami masih perlu buat cataloguing buku dalam sistem tapi memandangkan bebanan buku tue terlalu berat untuk dibawak balik (sesiapa yang kerja dalam bidang library mesti akan faham bila kita nak shelving buku, berat kan...). Jadi kami perlu memikirkan sendiri apa lagi tugasan lain yang boleh dibuat..
Salah satu tugasan saya dalam SKT tahunan (SKT = Sasaran Kerja Tahunan) adalah buat keratan akhbar, crop dan kemudian masuk keratan tue dalam blog library.. Bila dah BDR, memang sukar nak buat, so hari Isnin lepas, dengan kebenaran daripada pegawai atasan, saya masuk opis kejap untuk mengambil keratan akhbar dan terus scan di dalam thumbdrive.
Hihihi... Awak nampak kan betapa banyaknya saya perlu mencari artikel yang menarik untuk dimuatkan di dalam blog library...
Awak perasan tak saya ada buat wordless mengenai keratan akhbar lama.. Ada yang tanya mana saya dapat keratan akhbar lama tue... Sebenarnya keratan tue ada di dalam paper Utusan Malaysia, dan kalau awak perasan di bawah keratan akhbar tue ada dinyatakan jika nak dapatkan maklumat bahan-bahan arkib nie.. Nak tengok keratan yang saya sempat ambik, boleh klik kat bawah nie...
Insha Allah nanti saya akan upload lagi keratan yang tengah saya buat sekarang nie..
Okey, seperti yang saya bagitahu entri saya yang lepas, saya perlu hasilkan 5 lagi video pendek untuk task BDR.. Inilah video pendek yang saya hasilkan...
p/s : Sudi-sudikanlah subscribe dan like video pendek saya nie... hihihi
Okey, untuk task baru, saya perlu buat keratan akhbar sebanyak 100 keratan dan tambahan 2 lagi video pendek... phewwww... Doakan saya berjaya yea...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak pada awak semua kerana sudi lagi untuk terus singgah baca jurnal saya nie.. Walaupun saya tak dapat nak memberi komitmen yang jitu pada jurnal ini tapi saya akan pastikan setiap bulan sekurang-kurangnya satu atau dua entri akan dapat di publish untuk tatapan awak semua...
Seperti biasa, setiap bulan saya akan umumkan nama yang bertuah untuk masuk carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali...
Tahniah diucapkan pada 10 nama yang bertuah ini.. Ada 5 orang yang telah kembali masuk dalam carta bulanan.. Ewahh, dah macam carta lagu la pulak... hihihihi... SELAMAT KEMBALI saya ucapkan pada Kak Sha Mohamed, Cik TK, CCL a.k.a. CikCappuccinoLatte, Sii Nurul dan Shida Radzuan untuk masuk semula dalam carta saya..
Wah, ada nama baru lah yang masuk carta bulanan saya... Nama yang bertuah ini adalah...
TAHNIAH diucapkan pada nama yang disenaraikan.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah... p/s : Hadiah awak akan diposkan apabila PKP tamat, so saya mintak maaf terlebih dulu untuk kelewatan hantar hadiah...
Seperti kebiasaan, kesemua 10 orang yang bertuah ini akan dimasukkan di dalam bloglist khas sehingga 30 Jun 2021...
TAHNIAH DIUCAPKAN!!!
YOU ARE THE BEST OF THE BEST!!! TERIMA KASIH KERANA SELALU SUPPORT SAYA...!
Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya saya tak perasan dengan entri segmen yang saya sertai baru-baru nie.... Lepas tue, apabila salah sorang rakan saya buat review blog tentang blogger Faezah Mdnor, baru saya perasan yang saya penah sertai segmen yang dianjurkan oleh beliau...
Alhamdulillah, saya telah dipilih untuk menjadi pemenang segmen tue...
Terima kasih saya ucapkan pada blogger Faezah Mdnor a.k.a. Kekja kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang...
Assalamualaikum wbt...
Tengok pada tajuk cerita saya mesti awak dah bayangkan betapa sibuknya diri ini... hihihi okey nak dijadikan cerita....
Sebenarnya saya mula BDR atau istilah panjangnya 'Bekerja Dari Rumah' pada 18hb Mei yang lalu.. Pada mulanya saya mula BDR selang sehari dengan BDP a.k.a. 'Bekerja Dari Pejabat'... Kemudian pada 28hb Mei, diumumkan total lockdown dan semua pekerja sektor awam mula BDR 80 peratus..
Apabila dah diumum, maka jadual kami pun berubah dan bermulalah BDR kami hingga 14 Jun ini... So, bila BDR akan adalah task yang perlu kami buat semasa BDR... bukan duk saja-saja jea yea..
First step, saya siapkan task keratan akhbar dan dimasukkan dalam blog library... Memandangkan banyak jugak keratan akhbar yang sempat saya ambik sebelum BDR, so agak banyak kerja jugaklah nak edit semula keratan akhbar, bermula crop picture hinggalah edit ke dalam blog library...
Second step, saya pun mulakan task untuk hasilkan video untuk library... Ada 3 jenis video yang saya hasilkan dan telah dimasukkan dalam youtube channel library JBPM kami...
Tajuk yang pertama adalah Tips Penjagaan Dan Pengurusan Buku
Tajuk yang kedua adalah Tips Tabiat Membaca Di Rumah
Dan tajuk yang ketiga yang saya hasilkan adalah Tip Kedudukan Membaca
Sebenarnya ada lagi 5 video yang saya perlu siapkan dan masih lagi dalam pemprosesan untuk penghasilan video... Nanti saya upload dalam channel kami yea...
So, pada awak suma, sudi²kan lah subscribe channel library dan jangan lupa jugak channel Shikin Razali yea.. hihihi
Assalamualaikum wbt...
Assalamualaikum wbt..
Rakan saya Encik Fairus sekali lagi menganjurkan giveaway..
Jom sama-sama kita support dan join giveaway yang dianjurkan oleh beliau.. Syarat yang diberi pun cukup mudah..
Macam biasa, nak join awak klik pada banner kat atas nie..
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt..
Saya nak ajak awak untuk join giveaway yang dianjurkan oleh rakan saya nie..
Syarat yang diberikan amatlah mudah untuk diikuti..
Tarikh penyertaan adalah bermula 1 Jun sehingga 20 Jun 2021...
Macam biasa, nak join giveaway nie awak perlu klik pada banner kat atas..
Best of luck, folks..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons