Assalamualaikum wbt...
Sempena dengan sukan Olimpik yang sedang berlangsung, saya nak ajak awak untuk baca sejarah sukan Olimpik yang pernah dilakar di negara kita... Saya nak ucapkan tahniah pada atlet-atlet yang sudah mendapat pingat emas dalam sukan Olimpik dan teruskan perjuangan awak semua...
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita...
Assalamualaikum wbt,
Ada sesiapa yang suka dan makan buah pisang...? Biasanya yang kita selalu nampak warna pisang berwarna kuning tapi awak tau tak wujudnya buah pisang yang berwarna biru...
Haa..? Warna biru..?
Nampak macam mustahil tapi ianya memang wujud..
Pisang Biru nie lebih dikenali sebagai The Blue Java Banana nie dikatakan di tanam negara Asia Tenggara dan diperluaskan tanamannya di sekitar negara-negara lain seperti Fiji, Hawaii, Australia dan Filipina..
Dahlah unik dengan warna yang berwarna biru, malah rasanya juga dikatakan unik, rasanya yang begitu manis dan dikatakan juga ianya memiliki rasa sama seperti vanila. Disebabkan rasa yang unik nie, Pisang Biru telah dikomersialkan sebagai aiskrim dan smoothie.
Pokok Pisang Biru nie boleh bertumbuh sehingga ketinggian 6 meter dan buahnya pula boleh membesar sehingga18cm sehingga 23cm. Warna pisang nie akan menjadi biru ketika buah muda tapi apabila buah pisang ini menjadi matang, warnanya akan bertukar menjadi kuning pucat...
Subhanallah, betapa uniknya ciptaan Allah, kan.. Inilah kali pertama saya tau mengenai pisang yang berwarna biru nie...
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, setelah menerima vaksin COVID-19 yang lepas, dalam kepala saya nie terfikir nak bercuti-cuti Malaysia… Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak pergi bercuti tapi disebabkan pandemik yang melanda di negara kita malah di seluruh dunia menyebabkan rancangan itu terpaksa ditunda sehingga keadaan menjadi reda…
Nak tahu kat mana saya nak pergi bercuti…? Di antara lokasi yang dalam perancangan saya adalah Kuala Lumpur…
Aikkk… Kuala Lumpur…? Peliknya.. Hihihi
Memandangkan KPI kerja saya, yang memerlukan pengisian kursus tahunan sebanyak 7 hari setahun dan Kuala Lumpur menjadi lokasi paling terkenal dalam menghadiri kursus.. Lepas tue, dah alang-alang nak pergi berkursus, saya akan mengambil cuti untuk jalan-jalan di kawasan Kuala Lumpur yang semakin meriah dengan bangunan yang cantik dan tempat yang menarik untuk dikunjungi.. Jadi untuk pergi berkursus saya perlu menginap dekat hotel dan saya pasti akan godek dekat Staycation KL sebagai panduan untuk memilih hotel yang mengikut bajet..
Antara pilihan hotel yang saya teringin sangat nak menginap adalah di Dorsett Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur..
Kenapa saya pilih hotel ini..?
Sebab yang utama adalah ianya dekat dengan lokasi Bukit Bintang, satu lokasi yang dikatakan 24 jam hidup, tak kira siang atau malam.. Hotel ini jugak menyediakan fasiliti yang menarik seperti kolam renang, bilik yang selesa, harga pun berpatutan walaupun dekorasinya tampak mewah dan yang paling penting adalah ianya menyediakan sarapan pagi… hihihi
Tengok nie… Cantik kan… Daripada balkoni nie kita akan nampak pemandangan terus Kuala Lumpur yang dikatakan 'hidup' seharian 24/7.
Bilik yang disediakan nie nampak mewah sangat dekorasinya, dan ada yang masih dalam bajet saya.. Hihi tak salah kan, sekali sekala nak tidur kat bilik yang nampak mewah tapi masih dalam bajet lagi.. Balkoni dia nampak ringkas jea dan yang paling penting dapat melihat pemandangan Kuala Lumpur dengan lebih jelas lagi…
Tadi kan saya ada cakap yang paling penting, ada sarapan pagi.. Tengok nie.. Wow, terasa macam pergi ke restoran yang mewah pulak kan.. Mesti kami suami isteri terawang-awangan takala sarapan pagi berdua, ditambah pulak dengan alunan muzik yang menenangkan…
Satu lagi yang saya suka adalah kolam renang dia nie.. Nampak seperti kolam renang tertutup, maksud saya taklah nampak seperti terbuka sangat kan.. Jadi, memang sesuai untuk wanita muslimah macam saya nie kalau teringin nak berenang…
Sebenarnya ada dua tiga buah hotel lagi dalam pemerhatian saya jika nak berkursus di Kuala Lumpur, semua maklumat ada dalam Staycation KL.. Nanti bila dah habis PKP, saya akan tengok semula hotel-hotel nie kat Staycation KL…
Okey, itu jika saya berkursus di Kuala Lumpur, kini tiba masa untuk saya lepaskan tekanan dan memerlukan percutian… Ada banyak sebenarnya tempat saya nak pegi…
Antaranya adalah Pulau Pinang…
Pulau Pinang memang terkenal dengan tempat-tempat yang menarik seperti Batu Feringghi, Bukit Bendera dan sebagainya… Jadi, memandangkan saya nak bercuti beberapa hari, dah tentulah kena cari Hotels In Penang… Kriteria yang sama perlu saya cari adalah, bilik yang selesa, fasiliti yang mencukupi (termasuk Wi-Fi) dan yang paling penting adalah penyediaan sarapan pagi..
Macam contoh, hotel yang saya tengah intai adalah Berjaya Penang Hotel, terletak di Georgetown, Pulau Pinang…
Fuhh, kalau dapat di tingkat atas nie, memang cantik sangat pemandangan terutamanya pemandangan laut yang berdekatan dengan hotel nie… Lepas tue hotel nie pulak dekat sangat dengan pusat beli belah yang terkenal, tak lain tak bukan pusat beli belah KOMTAR… hihihi..
Selain daripada itu, ada satu lagi lokasi yang menarik berdekatan dengan hotel ini. Lokasi yang saya maksudkan adalah Muzium Kolonial Pulau Pinang yang jaraknya cuma 438m daripada hotel ini..
Fasiliti yang disediakan pulak cukup selesa, dengan dekorasi yang menarik… Yang paling penting adalah hotel nie disediakan sarapan pagi... hihihi..
Hihi, satu lagi yang menarik di sini.. Tengok, kolam renangnya jugak nampak seperti tertutup dan tidak terbuka sangat.. Jadi memang sesuai sangat untuk seseorang wanita muslimah seperti saya.. Manalah tau kan, tetiba rasa nak berenang… hihihi
Itu baru satu hotel yang saya sedang intai-intai.. Ada banyak lagi hotel yang perlu saya intai, semuanya berada dalam Hotels In Penang…
Rasa macam tak sabar lagi nak pergi bercuti… Semoga pandemik ini cepat berakhir dan kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa semula..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Wahhh.. Sekali lagi, adik comey kita AO buat segmen lah.. Kali nie hadiah yang ditawarkan agak menarik jugak...
Jom join ramai-ramai segmen yang dianjurkan oleh AO kita nie...
Tarikh segmen nie berlangsung bermula 21 Julai sehingga 11 Ogos 2021..
Jadi, jangan lepaskan peluang ini...Jom join...
Macam biasa, untuk join segmen nie, awak klik pada banner kat atas...
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, setelah menanti lama daripada MySejahtera, akhirnya yang dinanti-nanti muncul jugak akhirnya iaitu tarikh untuk divaksinasi...
Perasaan menunggu tue...?
Macam kita menunggu results exam tue, jadi macam tue jugaklah perasaan saya ketika menunggu.. Apatah lagi bila melihat rakan-rakan opis dah mula ramai divaksinasi, rasa berdebar-debar untuk menunggu tarikh tue semakin memuncak.. Lepas tue, ada rakan saya bagitau yang saya perlu kemaskini alamat rumah, dan mungkin selepas tue, akan muncul tarikh untuk divaksinasi..
Selang dua hari saya akan mengemaskini alamat rumah dan ianya berhasil.. Pada 10hb Julai, saya telah mendapat satu SMS untuk menyemak MySejahtera Saya mendapat tarikh temujanji untuk divaksinasi dos pertama pada 12hb Julai lepas dan tempat vaksin tue Alhamdulillah dapat dekat dengan rumah iaitu di Movenpick Hotel And Convention Centre KLIA, Kompleks TH Sepang...
HARI PERTAMA DIVAKSINASI
Jam 8.00 pagi, setelah saya mendaftar kehadiran kerja untuk BDR saya, saya pun mula bersiap-siap untuk ke tempat PPV dengan ditemani oleh hubby.. Memandangkan masa temujanji saya bermula pada pukul 10 pagi, tapi kita disarankan untuk pergi ke PPV lebih awal bagi mengelak daripada kesesakan orang ramai... Jadi, dalam pukul 9.15 pagi, kami berdua pun bergerak daripada rumah, menuju ke tempat PPV..
Dalam pukul 9.40 pagi, kami pun sampai di perkarangan tempat PPV dan hubby saya menunggu di dalam kereta sementara saya menuju tempat pendaftaran...
Setelah scan QR-code serta scan suhu badan, saya mula menuju tempat yang telah ditetapkan iaitu di HCO A, saya diminta oleh petugas PPV di stesen 1 untuk mengisi borang kebenaran untuk vaksinasi.. Selesai isi borang, saya diberi nombor giliran dan tak sampai 2 minit, nombor giliran saya muncul di skrin dan saya diminta untuk menuju ke stesen 2.. Dekat stesen 2 ini, saya diberi penerangan dan pertanyaan umum daripada petugas PPV, seperti adakah saya pernah dijangkiti atau mempunyai kontak rapat, kerja di mana dan sebagainya... Saya juga diminta untuk memberi kad pengenalan serta perlu menunjukkan tarikh temujanji vaksinasi dalam MySejahtera, kemudian scan QR-Code yang disediakan.. Setelah itu, saya diminta untuk pergi ke stesen 3 untuk berjumpa dengan doktor dan saya diberi nombor giliran yang baru..
Sama seperti stesen 2 tadi, tak sampai 3 minit saya duduk, nombor giliran saya muncul di skrin dan saya pun bergerak menuju ke kaunter 1... Dekat kaunter 1 nie, doktor yang bertugas akan bertanya pada kita, sama ada kita ada alergi apa-apa ataupun penyakit yang kita alami, kemudian dia akan menerangkan vaksin yang mana sesuai untuk diberikan kepada kita.. Macam saya, memandangkan saya tak mengalami apa-apa alergi, saya disarankan oleh doktor untuk mendapatkan vaksin CoronaVac atau lebih dikenali oleh orang kita sebagai Sinovac... Doktor juga memberi penerangan kesan sampingan setelah kita mendapat vaksin yang ditetapkan, macam Sinovac nie, kesan sampingan yang kita akan alami adalah bengkak pada tempat suntikan, demam, sakit / lenguh pada lengan, pening kepala, loya, mungkin mengalami kegatalan pada tempat suntikan dan mungkin mengalami ruam pada badan... Doktor juga ada memberi nasihat kepada saya supaya jika saya mengalami demam dalam masa 48 jam seterusnya, saya perlu segera mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran...
Setelah berpuas hati dengan penerangan daripada doktor, saya terus menuju ke stesen 4 iaitu tempat suntikan vaksinasi dengan nombor giliran yang sama di stesen 3.. Masa ditunggu tak terlalu lama, iaitu dalam sekitar 10 minit, nombor giliran saya mula muncul di skrin iaitu bilik 2.. Di dalam bilik itu, saya diminta oleh jururawat yang bertugas untuk scan QR-Code dan sekali lagi memberi penerangan ringkas tentang vaksin yang saya bakal diterima.. Proses suntikan ini berlangsung tak lama, dalam sekitar 3 minit dan saya pun selesai disuntik..
Rasa sakit tak...?
Mungkin disebabkan ubat bius yang diberikan, jadi saya tak merasa apa-apa kesakitan, Alhamdulillah jururawat pun baik orangnya... hihihi... Siap suruh selawat lagi dan masa nak cucuk pun dia baca Bismillah...
Mungkin disebabkan ubat bius yang diberikan, jadi saya tak merasa apa-apa kesakitan, Alhamdulillah jururawat pun baik orangnya... hihihi... Siap suruh selawat lagi dan masa nak cucuk pun dia baca Bismillah...
Setelah dicucuk, saya terus menuju ke stesen 5 iaitu stesen terakhir.. Dekat stesen tue, saya perlu menyerahkan borang persetujuan tadi dan saya diminta untuk duduk berehat selama 15 ke 30 minit di tempat yang disediakan.. Tujuannnya adalah untuk pemantauan bagi memastikan tiada alahan berlaku setelah disuntik vaksin..
Dah berehat selama 30 minit dan takde apa-apa alahan, nama akan dipanggil oleh petugas PPV dan saya diberi kad vaksin serta borang persetujuan tadi dan akhirnya selesai lah untuk suntikan dos yang pertama...
Bagi dos yang kedua pulak, tarikh vaksinasi seterusnya adalah pada 2hb Ogos depan, masa yang sama dan tempat yang sama...
KESAN SAMPINGAN SELEPAS DISUNTIK VAKSIN
Dah sampai kat rumah, saya terus berehat, makan dan makan panadol...Alhamdulillah, saya tak mengalami demam atau panas badan.. Tapi kesan sampingan yang lain berlaku pada saya iaitu...
- Rasa mengantuk yang amat, tak kira siang dan malam... Berlaku selama 10 hari selepas vaksin...
- Rasa lapar berpanjangan.. Pun berlaku selama 10 hari selepas vaksin...
- Lenguh pada lengan hingga ke leher.. Rasa macam ada batu besar yang diletakkan kat bahu saya, berlaku selama 5 hari selepas vaksin...
- Pening kepala yang ringan... Pun berlaku selama 5 hari selepas vaksin
- Rasa gatal-gatal yang ringan pada seluruh badan termasuk kat tempat cucuk... Uihh masa tue, rasa nak garu-garu jea tapi doktor dah pesan supaya jangan garu, cuma boleh usap jea.. huhuhu seksa sangat...
Itulah pengalaman saya untuk dos pertama bagi vaksin CoronoVac... Awak pulak camne..?
Pada yang masih belum menerima tarikh vaksin, awak sabar yea.. Insha Allah nanti akan dipanggil jugak untuk vaksin.. Sama-samalah kita berdoa agar kita selama daripada kesusahan ini... Aamiin...
P/S : Mesti awak tertanya-tanya, saya tak ambik gambar ke untuk kenangan...? Jawapannya adalah tak, sebab yang utama, terlalu ramai untuk ambik gambar masa tue, jadi untuk elak daripada bersesak-sesak, saya tak mahu ambik risiko.. Jadi saya putuskan untuk terus balik setelah selesai vaksin...
Hubby saya pun dah selesai cucuk vaksin untuk dos pertama, iaitu pada 16hb Julai lepas, di tempat yang sama dengan saya..
Assalamualaikum wbt...Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Haa, nie ada satu lagi sikap yang baik setelah lama membuat pinjaman daripada perpustakaan... Awak masih ingat lagi tak pada entri nie...?
PULANG BUKU PERPUSTAKAAN SETELAH 63 TAHUN BERLALU
PULANG BUKU PERPUSTAKAAN SETELAH 63 TAHUN BERLALU
Satu lagi kisah tentang pemulangan buku perpustakaan setelah 70 tahun berlalu..
Sebuah perpustakaan di Michigan telah menerima semula sebuah buku yang dipinjam oleh seorang wanita pada tahun 1940-an. Mengikut salah sorang kakitangan The Ann Arbor District Of Library berkata, pihaknya menerima buku itu yang bertajuk Social Studies In The Public Schools Of Ann Arbor, Michigan Grades Three To Six.
Buku ini telah dipinjam oleh seorang wanita yang bernama Mary Rowland Fischer yang bekerja sebagai seorang guru seni. Bagaimanapun dia terlupa nak memulangkan buku tersebut sampailah dia bersara.
Kemudian, menantu Fischer, iaitu Kari Magill telah menjumpai buku ini dalam simpanan ibu mertuanya dan dia memutuskan untuk memulangkan buku tersebut dengan disertakan sepucuk surat permohonan maaf. Menurut surat itu, dia menyatakan kelewatan tentang pemulangan buku itu dan sebabnya adalah ibu mertuanya terlalu sibuk dengan membuat persiapan hari perkahwinannya sehingga dia terlupa akan kewujudan buku itu. Magill juga meminta pihak perpustakaan dapat mempertimbangkan agar tidak dikenakan denda terhadap mendiang ibu mertuanya itu memandangkan ibu mertuanya telah meninggal dunia pada tahun 1967.
Perpustakaan itu memaklumkan di dalam laman Facebook bahawa pihaknya tidak akan mengenakan apa-apa sebarang denda di atas kelewatan itu, bahkan mereka berterima kasih kerana Magill telah mengembalikan buku tersebut..
Satu lagi sikap tanggungjawab yang harus kita contohi dan diterapkan oleh anak-anak kita.. Semoga kita semua dapat menjadi insan yang lebih bertanggungjawab..
Dah pinjam, sila pulangkan... Dah pinjam, sila bayar balik... hihihi
Assalamualaikum wbt..
Saya rasa semua orang pernah tengok filem Hollywood yang menjadi fenomena terhangat pada tahun 1997 dan hingga kini filem ini masih menjadi tontonan oleh semua orang...
Filem yang diadaptasi oleh kisah sebenar kapal Titanic yang tenggelam di dasar lautan Atlantik Utara pada 15 April 1912 ini banyak menceritakan kisah suka dan duka tentang penumpang dan anak kapal..
Fakta yang menarik tentang filem ini adalah...
Masa tayangan 2 jam 40 minit yang ditayangkan dalam filem Titanic nie adalah masa sebenar yang diambil oleh kapal Titanic ketika tenggelam di lautan. Dalam babak kapal yang melanggar bongkah ais berdurasi 37 saat jugak adalah tempoh masa yang asal tentang kejadian tersebut.
Bayangkan dalam masa 2 jam 40 minit kapal nak tenggelam, dengan jumlah penumpang yang begitu ramai, sudah tentu akan menimbulkan suasana panik, apatah lagi dengan suhu air laut yang begitu sejuk sekali... Kita yang mandi air sejuk bila musim hujan pun dah terketar-ketar dan berkira-kira nak mandi ke tak, apatah lagi nak membayangkan suasana ketika itu..
Assalamualaikum wbt,
Pada bulan lepas, badan bola sepak Eropah, UEFA telah menyenaraikan nama legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebagai penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman.
Senarai ini juga telah disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan statistik semua 89 jaringan yang dijaringkan oleh Allahyarham dalam satu kenyataan di laman Twitter rasmi mereka.
Ini bermakna, Allahyarham yang lebih dikenali oleh peminat bola sepak sebagai Supermokh adalah merupakan penjaring gol yang ketiga tertinggi di dunia selepas bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dan legenda bola sepak Iran, Ali Daei yang berkongsi di tempat kedua dengan masing-masing berkongsi 109 jaringan.
Pada 24 Jun yang lalu, senarai yang dikeluarkan oleh UEFA ini telah mengesahkan bahawa Supermokh telah menghasilkan 89 jaringan dalam 142 perlawanan dari tahun 1972 sehingga tahun 1985. Berdasarkan rekod tersebut, Supermokh telah dikatakan memintas jaringan gol daripada legenda Hungary, Ferenc Puskas iaitu 84 gol dalam 85 perlawanan. Sebelum ini, jumlah perlawanan gol Allahyarham dikatakan menjadi perdebatan apabila ada yang mendakwa Allahyarham menjaringkan 86 jaringan gol daripada 131 perlawanan bersama dengan Harimau Malaya. Terdapat juga laporan yang mengatakan legenda bola sepak negara ini telah menjaringkan 85 gol buat skuad kebangsaan sepanjang kariernya.
Apapun, kita perlu merasa bangga kerana sudah ada nama anak Malaysia yang tercatat dalam sejarah bola sepak sepanjang zaman.. Harap-harap, akan ada lagi nama-nama anak Malaysia dapat dicatat dalam sejarah bola sepak...
Assalamualaikum wbt...Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons