Assalamualaikum wbt,
Pada bulan lepas, badan bola sepak Eropah, UEFA telah menyenaraikan nama legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebagai penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman.
Senarai ini juga telah disahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan statistik semua 89 jaringan yang dijaringkan oleh Allahyarham dalam satu kenyataan di laman Twitter rasmi mereka.
Ini bermakna, Allahyarham yang lebih dikenali oleh peminat bola sepak sebagai Supermokh adalah merupakan penjaring gol yang ketiga tertinggi di dunia selepas bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dan legenda bola sepak Iran, Ali Daei yang berkongsi di tempat kedua dengan masing-masing berkongsi 109 jaringan.
Pada 24 Jun yang lalu, senarai yang dikeluarkan oleh UEFA ini telah mengesahkan bahawa Supermokh telah menghasilkan 89 jaringan dalam 142 perlawanan dari tahun 1972 sehingga tahun 1985. Berdasarkan rekod tersebut, Supermokh telah dikatakan memintas jaringan gol daripada legenda Hungary, Ferenc Puskas iaitu 84 gol dalam 85 perlawanan. Sebelum ini, jumlah perlawanan gol Allahyarham dikatakan menjadi perdebatan apabila ada yang mendakwa Allahyarham menjaringkan 86 jaringan gol daripada 131 perlawanan bersama dengan Harimau Malaya. Terdapat juga laporan yang mengatakan legenda bola sepak negara ini telah menjaringkan 85 gol buat skuad kebangsaan sepanjang kariernya.
Apapun, kita perlu merasa bangga kerana sudah ada nama anak Malaysia yang tercatat dalam sejarah bola sepak sepanjang zaman.. Harap-harap, akan ada lagi nama-nama anak Malaysia dapat dicatat dalam sejarah bola sepak...
Alhamdulillah arwah Mokhtar Dahari masuk dalam senarai penjaring terbanyak.
ReplyDeleteIn shaa Allah, moga moga akan datang ada nama anak anak Malaysia tercatat dalam sejarah bola sepak.
ReplyDeleteMenarik info ni..baru tahu shikin..tq sharing :)
ReplyDeleteharimau malaya dulu power2
ReplyDeleteya, harap2 selepas ni ada lagi pengganti atau pelapis yg boleh mengharumkan nama negara dalam sukan bola sepak!
ReplyDelete