Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, setelah menerima vaksin COVID-19 yang lepas, dalam kepala saya nie terfikir nak bercuti-cuti Malaysia… Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak pergi bercuti tapi disebabkan pandemik yang melanda di negara kita malah di seluruh dunia menyebabkan rancangan itu terpaksa ditunda sehingga keadaan menjadi reda…
Nak tahu kat mana saya nak pergi bercuti…? Di antara lokasi yang dalam perancangan saya adalah Kuala Lumpur…
Aikkk… Kuala Lumpur…? Peliknya.. Hihihi
Memandangkan KPI kerja saya, yang memerlukan pengisian kursus tahunan sebanyak 7 hari setahun dan Kuala Lumpur menjadi lokasi paling terkenal dalam menghadiri kursus.. Lepas tue, dah alang-alang nak pergi berkursus, saya akan mengambil cuti untuk jalan-jalan di kawasan Kuala Lumpur yang semakin meriah dengan bangunan yang cantik dan tempat yang menarik untuk dikunjungi.. Jadi untuk pergi berkursus saya perlu menginap dekat hotel dan saya pasti akan godek dekat Staycation KL sebagai panduan untuk memilih hotel yang mengikut bajet..
Antara pilihan hotel yang saya teringin sangat nak menginap adalah di Dorsett Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur..
Kenapa saya pilih hotel ini..?
Sebab yang utama adalah ianya dekat dengan lokasi Bukit Bintang, satu lokasi yang dikatakan 24 jam hidup, tak kira siang atau malam.. Hotel ini jugak menyediakan fasiliti yang menarik seperti kolam renang, bilik yang selesa, harga pun berpatutan walaupun dekorasinya tampak mewah dan yang paling penting adalah ianya menyediakan sarapan pagi… hihihi
Tengok nie… Cantik kan… Daripada balkoni nie kita akan nampak pemandangan terus Kuala Lumpur yang dikatakan 'hidup' seharian 24/7.
Bilik yang disediakan nie nampak mewah sangat dekorasinya, dan ada yang masih dalam bajet saya.. Hihi tak salah kan, sekali sekala nak tidur kat bilik yang nampak mewah tapi masih dalam bajet lagi.. Balkoni dia nampak ringkas jea dan yang paling penting dapat melihat pemandangan Kuala Lumpur dengan lebih jelas lagi…
Tadi kan saya ada cakap yang paling penting, ada sarapan pagi.. Tengok nie.. Wow, terasa macam pergi ke restoran yang mewah pulak kan.. Mesti kami suami isteri terawang-awangan takala sarapan pagi berdua, ditambah pulak dengan alunan muzik yang menenangkan…
Satu lagi yang saya suka adalah kolam renang dia nie.. Nampak seperti kolam renang tertutup, maksud saya taklah nampak seperti terbuka sangat kan.. Jadi, memang sesuai untuk wanita muslimah macam saya nie kalau teringin nak berenang…
Sebenarnya ada dua tiga buah hotel lagi dalam pemerhatian saya jika nak berkursus di Kuala Lumpur, semua maklumat ada dalam Staycation KL.. Nanti bila dah habis PKP, saya akan tengok semula hotel-hotel nie kat Staycation KL…
Okey, itu jika saya berkursus di Kuala Lumpur, kini tiba masa untuk saya lepaskan tekanan dan memerlukan percutian… Ada banyak sebenarnya tempat saya nak pegi…
Antaranya adalah Pulau Pinang…
Pulau Pinang memang terkenal dengan tempat-tempat yang menarik seperti Batu Feringghi, Bukit Bendera dan sebagainya… Jadi, memandangkan saya nak bercuti beberapa hari, dah tentulah kena cari Hotels In Penang… Kriteria yang sama perlu saya cari adalah, bilik yang selesa, fasiliti yang mencukupi (termasuk Wi-Fi) dan yang paling penting adalah penyediaan sarapan pagi..
Macam contoh, hotel yang saya tengah intai adalah Berjaya Penang Hotel, terletak di Georgetown, Pulau Pinang…
Fuhh, kalau dapat di tingkat atas nie, memang cantik sangat pemandangan terutamanya pemandangan laut yang berdekatan dengan hotel nie… Lepas tue hotel nie pulak dekat sangat dengan pusat beli belah yang terkenal, tak lain tak bukan pusat beli belah KOMTAR… hihihi..
Selain daripada itu, ada satu lagi lokasi yang menarik berdekatan dengan hotel ini. Lokasi yang saya maksudkan adalah Muzium Kolonial Pulau Pinang yang jaraknya cuma 438m daripada hotel ini..
Fasiliti yang disediakan pulak cukup selesa, dengan dekorasi yang menarik… Yang paling penting adalah hotel nie disediakan sarapan pagi... hihihi..
Hihi, satu lagi yang menarik di sini.. Tengok, kolam renangnya jugak nampak seperti tertutup dan tidak terbuka sangat.. Jadi memang sesuai sangat untuk seseorang wanita muslimah seperti saya.. Manalah tau kan, tetiba rasa nak berenang… hihihi
Itu baru satu hotel yang saya sedang intai-intai.. Ada banyak lagi hotel yang perlu saya intai, semuanya berada dalam Hotels In Penang…
Rasa macam tak sabar lagi nak pergi bercuti… Semoga pandemik ini cepat berakhir dan kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa semula..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Ala, rindunya nak p travel...
ReplyDeletetahun ni kpi hari kursus kami 3 hari je.. dh capai dh semuanya kursus online... hehehe... rindu kn nk travelling sambil berkursus
ReplyDeleteNampak mewah. Betul strategic pergi jalan-jalan sekitar KL.
ReplyDeleteAduh rindu pengalaman itu.
semoga covid ni cepat2lah habis, letih duduk terperuk dalam rumah jer kan..
ReplyDeleteTak sabar nak habis PKP nak jalan jalan.
ReplyDeleterindu zaman dulu2 masa boleh gi kursus di hotel kat negeri bersebelahan. skrg ni cukup berkursus di sek, PKG, PPD, JPN dan IPG aje. x dpt la nak mkn angin ke tepi pantai atau di atas bukit yg sejuk. huhuhu...
ReplyDeleteRindu nya nak pi jalan jalan, cepat cepatlah covid ni habis :(
ReplyDeleteBetullah.. Lama tak bercuti. Lepak-lepak di hotel sambil menikmati sarapan pagi yang sedap-sedap.
ReplyDeleterindu betul nak tido hotel. view dan bilik dia semua nampak comfy je.. :')
ReplyDeletekalau hotel tgh kota mmg menarik view dia lagi2 Kuala Lumpur..kan
ReplyDeletemoga dipermudahkan urusan bercuti shikin nnt..
tengah intai2 hotel dekat penang jugak ni. dapat je 2nd vaksin, hehehe memang berjalan lah cerita dia
ReplyDeleteCepat sembuh malaysia! Ahh rindu nyaaa Kuala Lumpur. Percaya tak sebelum malaysia announce Pkp 1.0 lokasi terakhir travel saya kuala lumpur!
ReplyDeleteNakkk bercutiii
ReplyDeleteHmm
Covid lagiii kann tapi kita doakan moga2 cpt lenyap covid di muka bumi ni
wahh saya pun teringin nak bercutii
ReplyDeleterindu nya nak jln2, staycation. huhu
ReplyDeleteRindu nak g jalan-jalan jugaaaa
ReplyDeleteTarot juga tidak sabar nak holiday, otak dah tepu lama sangat terkurung
ReplyDeletejemput join giveaway ini
https://tarotthefool.blogspot.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html
cepatlah covid habissss.....nak berjalan tanpa mask....
ReplyDeleteLama tak pergi travel mampu tengok gambar saja hmm sedih T.T
ReplyDelete