Assalamualaikum wbt..
Seperti yang kita tau, teknologi daripada negara matahari terbit iaitu negara Jepun sememangnya melangkaui zaman, idea pemikiran dan teknologi yang merek miliki amat mengagumkan kita...
Tapi di sebalik kecanggihan teknologi, tak semua inovasi yang mereka bangunkan boleh dipraktiskan, sebab ada di antaranya tidak sesuai dengan persekitaran kita dan tidak logika untuk dipraktiskan.. Walaupun begitu, ada di antara rekaan mereka n ie dikatakan amat unik dan rekaan ini telah disiarkan oleh Tokyo Times...
Apakah rekaan yang unik tue...? Jom kita teroka...
'Gincu' Jem - Selalunya kita makan roti bersama dengan jem, mesti akan menggunakan sudu ataupun pisau tapi pereka ini telah mencipta sebatang 'gincu' jem. Nampak seperti kelakar tapi sepertinya praktikal jika kita bercuti ke luar negara.. Tapi jangan pulak dipakai kat bibir yea...
Nak ambik gambar panorama secara keliling tapi takde kamera yang mempunyai keupayaan seperti yang kita nak..? Pereka ini telah mereka sbuah kamera yang dapat mengambil gambar panorama secara penuh, kiri dan kanan.. Pelik pulak kalau dapat milikinya, kan...?
Siapa yang rasa bila nak pakai eye drop, rasa macam takut-takut jea...? Haaa.. Seorang pereka nie telah menghasilkan corong khas untuk pakai eye drop kat mata, selesai masalah dah...
Bila kita penat, mesti kita rasa mengantuk, kan... Lebih-lebih lagi, bila kita nak balik ke rumah dengan menggunakan tren, rasa mengantuk seperti tak dapat ditahan-tahan kerana pergerakan tren tue sendiri.. Jangan risau.. Pereka ini telah menghasilkan idea kreatif untuk membolehkan awak tidur dalam tren.. Tapi risau pulak kalau-kalau kita tercekik... Awak rasa..?
Pernah rasa gatal-gatal kat bahagian belakang tapi awak tak sampai untuk menggaru...? Lepas tue tak jumpa pulak penggaru, mesti rasa miang-miang kan... Nak mintak tolong kawan untuk menggaru kat belakang kita pun tak dapat nak buat sebab kita tak reti nak bagitau bahagian mana yang gatal.. Tapi awak jangan risau, pereka baju nie telah mereka sehelai t-shirt yang ada rekaan grid di bahagian belakang. Uniknya grid nie telah dilukiskan nombor dan huruf, jadi awak boleh bagitau kat kawan tue, bahagian mana yang awak rasa gatal dengan menyebut nombor dan abjad tue... Lega bila dapat digaru kan...
Rasa penat sebab terpaksa bersihkan dan menggilap kasut yang kotor akibat hujan...? Hasil rekaan pereka kasut nie mungkin boleh membantu awak, tapi terfikir jugak, agak-agaknya praktikal tak rekaan nie...? Hihihi rasa macam nak tersadung jea...
Penat nak bersihkan lantai yang kotor..? Awak ada anak kecil..? Rekaan nie dapat menyelesaikan para ibu yang kepenatan untuk bersih lantai.. Pakaikan jea baby dengan rekaan baju nie, mesti lantai awak dah bersih... Tapi macam kejam pulak kan...
Alamak... Nak bersin tapi takde tuala..? Alamak, tandas nie takde tisu la pulak...? Jangan risau, tisu mudah alin nie dapat menyelesaikan masalah awak.. Hihi ada yang nak pakai ke..?
Selalunya kaum wanita dapat membawa payung kecil dan boleh diletakkan di dalam beg.. Tapi kaum lelaki pula, nak bawak payung kecil nie rasa macam tak praktikal pulak.. Jadi, pereka nie dah faham situasi yang sering dialami oleh kaum lelaki, jadi dia pun membuat rekaan kreatif dengan mencipta payung tali leher nie, kiranya 2 dalam 1 la.. Mudah kan...
Satu lagi inovasi untuk kaum lelaki.. Tali leher serba guna nie dapat memberi seribu manfaat kepada cik abang semua. Dengan adanya poket dalam tali leher nie, awak boleh muatkan apa saja di dalamnya, kad bank, lesen, duit malah kunci kereta pun boleh dimasukkan dalam situ.. Dah tak lupa dah benda-benda asas tue sebab suma dah ada dalam tali leher tue...
Sedap betul bila dapat makan mi atau maggie panas-panas kan.. Tapi kalu makan panas-panas, lidah mesti akan melecur... Nak tiup, rasa macam lambat pulak ditambah dengan rasa kelaparan yang amat... Tak perlu risau, kipas chopstick nie dapat membantu awak makan dengan lebih cepat lagi..Dahlah makanan akan menjadi cepat sejuk, awak pun rasa nyaman jea dengan adanya kipas tue kan..
Jadi camne dengan semua inovasi kreatif nie..? Ada yang boleh kita tiru tak..?
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, seronok rasanya bila rakan-rakan yang menjadi Top Commentator Bulan Ogos telah selamat menerima hadiah kecil daripada saya...
Kemudian, saya telah menerima pula hadiah yang comel daripada Rabiahtul Adawiyah atau lebih mesra dipanggil Rabia... Ianya adalah sebuah header blog yang comel, dibuat sendiri oleh Rabia..
Comel kan header blog nie..
Untuk pengetahuan awak, Rabia nie merupakan seorang guru kanak-kanak dan dia juga merupakan seorang tenaga pengajar untuk buat blog secara asas.. So sesiapa yang berminat nak belajar buat blog, awak boleh hubungi Rabia kerana bukan saja awak dapat ilmu yang disampaikan, malah Rabia juga menyediakan sijil penyertaan... Malah free of charge tau dia ajar kat peserta.. Satu lagi, jika awak dapat menjadi Top Commentator dalam blog, dia akan menghadiahkan header yang comel-comel seperti mana yang saya dapat nie... So, awak boleh komen banyak-banyak kat blog Rabia, mana tau dapat rezeki untuk header comel...
Terima kasih Rabia kerana awak bagi hadiah yang comel nie pada akak dan akak amat hargainya..
Assalamualaikum wbt..
Salam kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.. Semoga kita semua sama-sama menjaga keharmonian dan keamanan negara, ingatlah jasa-jasa nenek moyang dan orang-orang yang memerdekakan negara serta menjaga keamanan..
Jangan dipersia-siakan perjuangan mereka yang bertungkus lumus memerdekakan negara dan hargailah segala pengorbanan mereka demi negara yang tercinta..
Semoga negara kita juga dapat dilepaskan daripada belenggu pandemik yang melanda negara, semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi kita semua..
Jaga diri, jaga penjarakan sosial, pakai dua jenis pelitup muka dan sentiasa bersihkan tangan awak...
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau dan baca sejarah-sejarah lama nie...
Assalamualaikum wbt,
Okay, awak ingat lagi tak tentang entri ini...?
Saya ada cerita kat awak tentang camne nak buat sticker label kan....Inilah gajet baru saya...
Tadaaa...Inilah dia portable label printer jenama Niimbot B21. Yang bestnya tentang printer nie adalah ianya langsung tak pakai ink atau toner, tak payah pakai wayar bagai tue, cumanya pakai bateri jenis Lithium-polymer bersaiz 1200mAh dan printer nie menggunakan thermal technology...
Rekabentuknya seperti mini typewriter, saiznya yang kecik membolehkan kita boleh print label kat mana-mana jea dan hanya perlu on bluetooth saja untuk print..
Dalam channel Youtube, saya ada buat video unboxing dan cara guna printer nie supaya ianya lebih jelas lagi tentang cara nak buat label...
UNBOXING PARCEL AND REVIEW IT..!!
Saya memang happy kerana dapat gajet yang menjadi idaman saya, harganya pun kebetulan ianya tengah sales iaitu sekitar RM154.99 jika dibandingkan dengan harga yang sebenar iaitu RM399.00...
Saya beli gajet nie melalui Shopee, sebenarnya pengaruh daripada video TikTok tue, yang memaparkan seseorang menggunakan printer yang comel nie... hihihi adoiiii lemah betul iman diri ini.. Ooo beli kat mana..? Awak boleh tengok kat
Tapi ada jugak faedahnya, sebab awak kan tau saya ada buat bullet journal.. So, senanglah kerja saya sebenarnya sebab takyah nak gunting bagai lagi untuk buat label.. hihi punyalah pemalas... Awak tau tak, ada orang lain jugak yang terlebih excited daripada saya, tak lain tak bukan hubby saya.. Sebenarnya semalam dia mintak saya buatkan label harga untuk jualan durian dia tue, lepas tue saya pun tunjuklah gajet canggih nie.. Terus dia mintak saya ajarkan dan install aplikasi Niimbot supaya senang dia nak buat label nanti...
Amboii... Amboii... Lebih sudu daripada kuah nampak.. hihihi...
Assalamualaikum wbt..
Seperti yang awak semua tahu, antara kerja hakiki yang saya buat semasa BDR nie adalah membuat keratan akhbar dan kemudian upload kat blog library... Dari semasa ke semasa, artikel paper yang saya ambik makin lama makin banyak dalam simpanan..
Mulanya saya simpan dalam stor tapi biasalah bebudak bulus nie suka sangat main dalam area stor tue dan mereka memang suka sangat sepahkan paper kalau mereka dapat capai...
Masa tue saya duk fikir, camne nak simpan paper lama nie dengan cara yang lebih kemas... Pastu, saya pun godek-godek la kat Google untuk mencari sedikit idea.. Kemudian saya teringat pada shoe box storage yang saya beli baru-baru nie...
Sebenarnya shoe box tue saya terbeli lebih sebab ingat dalam rumah nie ada banyak kasut, ternyata sebenarnya tak banyak pun.. Hihihi tamak betul la masa beli tue.. Tapi tue la, saya duk fikir... Boleh tak shoe box tue dijadikan sebagai storage untuk paper lama tue...
HASILNYA...!
Inilah dia... Hihihi kemas tak..? Kemas tak...? Lepas tue, memandangkan ada sesetengah keratan menjadi sangat value kepada saya, so saya buatkan satu lagi iaitu storage paper for my journal.. Saya terpaksa buat label kerana takut hubby terambil paper untuk jurnal saya...
Haa... Tentang sticker label tue... Awak boleh baca di sini....
So, inilah projek D.I.Y. saya... Jadi takdelah bebudak bulus nie bermain dan menyepahkan paper nie lagi...
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...
Assalamualaikum wbt..
Terlebih dulu saya nak ucapkan TAHNIAH kepada kak Sheila kerana telah melahirkan seorang bayi lelaki pada beberapa hari yang lepas.. Jadi bersempena dengan hari lahir kak Sheila dan bayinya, kak Sheila mengadakan Birthday Giveaway...
Macam biasa, cukup mudah untuk join giveaway nie, awak klik pada banner kat atas nie dan ikutlah syarat mudah yang diberikan...
Tarikh giveaway nie berlangsung daripada 21 Ogos sehingga 21 September 2021...
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt...
Baru-baru nie pada 4hb Ogos 2021, Jabatan Pengangkutan Jalan telah membuat pengumuman kepada semua pemegang lesen memandu supaya membuat pembaharuan lesen sebelum 30 September 2021... Selepas 30 September 2021, aktiviti pematuhan daripada JPJ dan PDRM akan dilaksanakan...
Kemudian, pada 7hb Ogos yang lalu, Pos Malaysia telah membuat pengumuman pembukaan semua urusniaga secara temujanji dalam talian...
Kebetulan pulak, lesen memandu saya telah tamat tempoh pada tahun nie... Nak tahu kisah tragis...??
Pada mulanya saya cuba untuk membuat pembaharuan lesen melalui aplikasi MySikap JPJ, tapi bila nak klik dekat bayaran, ianya seperti tak dapat dilakukan.. Saya mencubanya berkali-kali tapi tak berjaya, lepas tue guna kaedah pembayaran secara kredit dan debit pun tak berjaya... Adoiiii frust gilerrr time tue...
Kemudian saya cuba pulak untuk menetapkan tarikh temujanji untuk pergi ke pejabat pos di Salak Tinggi, malangnya perkhidmatan tue tak dapat dilakukan buat masa nie...Frust lagi...
Lepas tue, saya mencuba nasib dekat pejabat pos Sepang tapi malang sungguh nasib saya, tarikh untuk bulan nie sehingga akhir bulan September dah penuh... Warrghhhhhh... Terus nak jadi Hulk Hogan...
Kalau ikutkan saya memang boleh ke JPJ Putrajaya untuk buat pembaharuan lesen, masalahnya adalah kaunter JPJ dibuka pada hari bekerja sahaja... Memandangkan saya masih lagi BDR sepenuhnya dan dalam pekeliling perkhidmatan JPA, sesiapa yang bekerja secara BDR, kami tak dibenarkan sama sekali untuk membuat kerja-kerja peribadi semasa dalam tempoh waktu BDR kerana waktu tue adalah sama seperti waktu bekerja hari biasa (Bekerja Dari Pejabat @ BDP).. Jadi, saya dah mula rasa panik disebabkan lesen memandu dah mati, walaupun diberi tempoh oleh JPJ untuk buat pembaharuan lesen...
Lepas tue, saya teringat kat dalam group whatsapp, ada seorang rakan kami yang memberi perkhidmatan untuk tolong buat pembaharuan lesen memandu, lalu saya pun hubungi beliau untuk pertanyaan...
Mulanya saya tak berapa yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan, sebab selama nie saya tak pernah lagi gagal untuk buat pembaharuan lesen... Tapi memandangkan situasi yang saya alami sekarang amat genting sangat-sangat jadi terpaksa guna perkhidmatan mereka..
Alhamdulillah, setelah bersembang dengan mereka lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan, saya pun bersetuju untuk memberi kebenaran kepada mereka bagi pembaharuan lesen.. Setelah memberi maklumat yang diperlukan dan membuat bayaran kepada mereka, saya tak perlu menunggu lebih lama... Pada 13hb Ogos, pihak Safriana Ventures menghantar mesej bergambar melalui whatsapp kepada saya yang mereka telah pun berjaya membuat pembaharuan lesen dan pada hari yang sama jugak mereka mengepos lesen tue ke alamat rumah saya...
Oh, ya... Lupa nak sebut... Kan tadi saya cakap yang saya tak berapa yakin dengan perkhidmatan mereka, kan...? Nak tahu kenapa...? Kerana tempat operasi mereka di Caltex Wakaf Aik, Pantai Senok, Tawang, Kelantan... Lepas tue, saya cuba husnuzon dan cuba bertanya kepada mereka tentang apa-apa maklumat yang menyakinkan saya untuk percayakan perkhidmatan mereka, dan mereka memberikan maklumat melalui facebook mereka... Lepas tue, saya cuba hubungi rakan-rakan yang lain dalam group whatsapp saya untuk bertanyakan perkhidmatan pihak Safriana di mana pihaknya juga ada dalam senarai group kami.. So, lepas tue, setelah ada rakan-rakan yang mengesahkan dan pernah guna perkhidmatan Safriana Ventures barulah saya percaya dan yakin dengan pihak Safriana Ventures..
Alhamdulillah, mereka dah membuktikan yang perkhidmatan mereka boleh dipercayai dan akhirnya saya menerima parcel berisi lesen memandu pada hari semalam iaitu 19hb Ogos 2021, guna Poslaju...
Lega hati nie bila dah dapat baharui lesen tanpa resah gelisah lagi.. Jadi, pada sesiapa yang belum memperbaharui lesen memandu dan tak dapat nak lakukannya sebagaimana sama dengan situasi saya, awak boleh cuba guna perkhidmatan Safriana Ventures ini, dan jangan risau dengan kehilangan lesen awak kerana ianya dilindungi insurans bergantung pada kurier yang ditawarkan.. Untuk awak yang berada di kawasan Kelantan juga, boleh guna perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Safriana Ventures...
Selain daripada perkhidmatan pembaharuan lesen, mereka juga memberi perkhidmatan pembaharuan cukai jalan kenderaan, perkhidmatan towing, semakan senaraihitam, perkhidmatan bayaran saman JPJ / PDRM / PBT dan perkhidmatan tukar hakmilik kenderaan persendirian...
Untuk maklumat lanjut awak boleh hubungi pihak Safriana Ventures ini...
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Safriana Ventures kerana memberi perkhidmatan yang terbaik kepada saya.. Saya mohon ampun dan maaf kerana mempunyai perasaan syak wasangka sebelum ini, maklumlah sekarang nie macam-macam perkara yang tak berapa baik berlaku dan saya cuma ambik pendekatan berhati-hati.. Tapi awak telah membuktikan bahawa prasangka saya salah selama ini, jadi minta maaf yea... hihihi jadi saya bagi sepuluh bintang kepada perkhidmatan Safriana Ventures...
Moral of the story, jangan ada perasaan prasangka yang bukan-bukan tanpa selidik terlebih dulu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons