Dapat birthday suprise dari hubby

Friday, August 13, 2021


Assalamualaikum wbt...
Sobb...sobb..sobb.. Terharu sangat-sangat..Hubby buat birthday suprise delivery...!! 

TAPI....


Hihihi sebenarnya tak suprise sangat-sangat sebab hubby terkantoi cakap ada orang hantar barang kat saya dan kebetulan saya ternampak dah orang yang buat delivery tue melalui tingkap...Hihihi masa tue saya nak tergelak dah tapi ditahannya ketawa tue, lagipun kebetulan masa tue saya baru selesai mandi.. Jadi saya suruh hubby ambikkan suprise delivery tue sebab kalu boleh saya nak hubby sendiri yang serahkan suprise tue kat saya..  

Hihihi berdosa kan... Gelakkan suami sendiri...


Apapun, saya terharu sangat-sangat dengan usahanya nak buat suprise delivery... Terima kasih bie kerana bagi suprise walaupun dah terkantoi... hihihi

Mana kek birthday..? Petang tadi hubby tanya saya nak kek apa, tapi saya cakap saya taknak kek, cuma nak KFC dengan wedges banyak-banyak, sebabnya saya memang suka makan wedges.. Kebetulan pulak dah lama kitorang tak makan KFC, so saya ambiklah peluang nie untuk minta hubby belikan... Hihihi maaf memang takde gambar KFC sebab masing-masing lapar, lepas tue hubby nak ke Sungkai untuk ambik buah durian...

Oh ya...! Hubby dengan kawan-kawannya sekarang nie giat menjual durian seperti durian kampung, durian IOI, durian tembaga dan durian untuk dibuat tempoyak...

Hubby dan kawan-kawannya akan pergi ke kebun durian dan deal terus dengan pekebun tanpa melalui peraih, jadi mereka dapat harga yang lebih murah daripada pekebun.. Sebaik saja durian nie sampai ke rumah, biasanya mereka akan longgokan durian nie kat beranda rumah supaya durian nie tak pecah... Mereka akan menjualnya pada hari esok dan kebiasaannya durian nie akan habis terjual dalam masa sehari jea.. 

Kiranya mereka nie akan pergi ke kebun pilihan mereka untuk membeli durian...


Hihihi tengok nie, banyakkan durian yang dilonggokkan depan rumah saya... Jenuh tau duk bau durian nie.. Memang hari-hari saya makan tapi taklah banyak.. Hanya dua biji sehari... Ahakssss, sebab hubby tau saya memang hantu durian... 



Tempoyak pun ada jugak, yang nie hubby sendiri yang perisi kan dan selalunya dialah yang buat sambal tempoyak... Sedap sangat-sangat sambal tempoyak hasil air tangan dia...

Untung sapa-sapa yang berjiran dengan saya, kan... hihihi..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



14 comments

  1. Aa sweetnyaaa. belum terlambat kann. happy birthday kak ikin. Semoga Allah sentiasa lindungi akak , suami dan keluarga. Semoga Allah berkati perkhawinan akak dan suami sampai syurga.

    Banyaknya durian. jenuh tu nak makan. Buat tempoyak pun best sebab boleh simpan lama kan.

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Shikin. Senyum-senyum selalu.

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya dpt suprise..
    kalo asben sy mmg xreti la dia buat suprise camni.. hihi..

    ReplyDelete
  4. Memang mabuk durian makan hari-hari.
    Selamat harijadi Shikin. Untung dapat suami romantik dan penuhi keinginan Shikin.
    Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin.

    ReplyDelete
  5. Meriahnyaaaaa durian..haha..happy birthday!! seronok dapat surprise :P

    ReplyDelete
  6. happy birthday kak shikin. sweet sgt. hehe.


    wahh byknya durian.. bleh mkn hari2..

    ReplyDelete
  7. Senyum lebar dapat surprise dari husband kann kann kak shikin :P

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday Kak Shikin. Oohh, durian ni la.dikerjakan dak monyet tu.. Banyak gilerr....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak 💗 Happy birthday to youu. Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki . Diberi kesihatan yg baik. Semoga dipermudahkan segala urusan kak . Semoga kehidupan kak diberkati oleh Allah swt . Semogaa berjaya dunia akhirat 🤲🏻 Semoga berjaya dgn business . Semoga sales meletopp letoppp . Ikhlas dari rabia 🥰

    ReplyDelete
  10. Happy birthday kak shikin! Tempoyak sedap, boleh tahan bertahun-tahun..

    ReplyDelete
  11. Hehe happy belated birthday kak shikin!! Bestnya dapat suprise dari husband! Romantik husband kak shikin!

    Haha sama! Kaalu kfc paling suka wedges! Tak lupa juga mashed potato!

    Bestnya durian!!!!

    ReplyDelete
  12. Aww so sweet. Happy birthday shikin semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa disayangi Allah. Nak doyan 2 bijik ahaks

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Lahir Kak Shikin :) Semoga terus sukse dan yang baik baik saja buat akak. Bestnya dapat suprise dari husband hee. Andddd tempoyak tu fuhh terliur kalau teringat

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧