Hadiah wang RM138,000 sebagai tawaran menetap di Itali

Monday, August 02, 2021


Assalamualaikum wbt...
Awak masih ingat lagi tak pada cerita saya yang lepas...?


Ingat lagi tak cerita nie...? Jika di Utara Crotia menawarkan pembelian rumah yang cuma berharga RM63, lain pulak kisah di Itali..

Dekat sebuah perkampungan di Calabria, barat daya Itali, kaunselor negeri Gianluca Gallo telah menawarkan wang tunai sebanyak AS$33,000 bersamaan dengan RM138,000 pada sesiapa yang berhasrat untuk tinggal di perkampungan itu. Perkampungan yang didiami seramai 2,000 orang penduduk itu dikatakan nak menambah populasi yang semakin menurun sejak beberapa tahun yang lepas..

Tawaran untuk dalam tempoh tiga tahun itu membolehkan seseorang itu memilih untuk tinggal di kawasan berhampiran dengan laut atau gunung atau kedua-duanya sekali. Tapi ada syarat lain yang perlu mereka ikut jika nak tinggal di perkampungan itu.. Antaranya adalah ;
  • Berumur tidak lebih 40 tahun ; 
  • Perlu membuka perniagaan kecil sama ada perniagaan baru atau mengambil alih perniagaan sedia ada ;
  • Perlu tinggal di Calabria dalam tempoh 90 hari selepas menerima tawaran berkenaan ;
Tawaran ini diharap dapat menarik minat golongan muda yang bersemangat untuk menerokai peluang pekerjaan yang baru. Menurut kata Gallo lagi, pendapatan bulanan yang boleh diperolehi di situ adalah sekitar 800 euro hingga 1,000 euro iaitu sekitar RM3,800 sehingga RM4,900 untuk tempoh dua hingga tiga tahun. Sebagai alternatif, mereka akan diberikan peruntukan one-off pada sesiapa yang nak buka aktiviti sosial seperti pembukaan restoran, ladang dan kedai.

Beliau juga berkata, "Kami menyediakan data teknikal, pendapatan bulanan dan tempoh peruntukan termasuk penambahan penduduk sehingga 3,000 orang,"

Katanya lagi, tawaran itu diharapkan berjaya mendapat sambutan dan skim pertama itu akan berjaya. Pendekatan lebih bersasar akan digunakan untuk menghidupkan kembali komuniti berbanding penjualan rumah. 

Bakal penduduk juga boleh menikmati keunikan lokasi yang menawarkan bangunan yang tidak digunakan serta kemudahan internet berkelajuan tinggi.

Jadi, ada sesiapa yang nak pergi ke sana...? Pastikan awak berusia tak lebih 40 tahun tau... hihihi... banyak tue hadiah yang ditawarkan... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



12 comments

  1. Wahh menarik betul tawaran tu. Murah betul! Kena tunggu 40 tahun lah pulak kan.

    ReplyDelete
  2. wahhhh..beruntung sangat ni. ada ke yang nak berpindah ke Italy? :P

    ReplyDelete
  3. dah mcam gameshow pulak. tapi nak tunggu sempadan bukak, umur saya pun dah sampai 40 tahun. hihi.

    ReplyDelete
  4. huih dah la tempatnya pun cantik! beruntung betul..

    ReplyDelete
  5. Itali kalau dekat nk jugak heheh

    ReplyDelete
  6. bestnye. siap dpt offer lg utk duduk sana.

    ReplyDelete
  7. yesssss insyaAllah ada rezeki memang ambillah peluang ni. semoga border dibukak sebelum umur 40 huhuhuhuu

    ReplyDelete
  8. Tawaran dia agak menarik! Hahaha. Teringin jugakkkkk tapi itulah tunggu border bukak tak tahu lah bilanya hahaha.

    ReplyDelete
  9. Menarik! Lokasi cantik, tawaran best.

    ReplyDelete
  10. Mcm tu sekali menarik tawaran dia. Tapi.. mama dah 40 huhuu

    ReplyDelete
  11. Lokasi yang sangat cantik. menarik betul tawaran dia huu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧