Assalamualaikum wbt...
Baru-baru nie saya ternampak satu video kat Youtube di mana kat Makkah ada seseorang tengah bakar bukhoor atau bakhoor... Apakah yang dimaksudkan oleh bukhoor / bakhoor nie..?
APA ITU BAKHOOR / BUKHOOR
Bakhoor adalah merupakan serpihan kayu gaharu yang telah di rendam di dalam minyak wangi serta campuran bahan-bahan semula jadi yang lain seperti getah resin atau dikenali sebagai frankincense, kayu cendana dan pati minyak wangi. Bakhoor nie ada mempunyai pelbagai jenis rupa bentuk seperti dalam bentuk chip kayu, habuk kayu yang dimampat dan habuk kayu yang biasa.
Kini bakhoor juga mempunyai bauan yang pelbagai jenis seperti bauan strawberi, bauan kopi dan sebagainya...
Mesti ada di antara kita yang was-was dengan penggunaan bakhoor nie kerana mesti ada yang pernah dengar yang asap merupakan makanan jin dan tidak sepatutnya kita perasapkan rumah kita dengan asap yang sebegitu...
Video ini menerangkan awak tentang hukum kita guna bukhoor / bakhoor di dalam kehidupan kita...
Video ini juga memaparkan bagaimana bukhoor / bakhoor digunakan di Makkah...
Jadi, sebenarnya apa yang kita dengar selama ini adalah merupakan salah faham dari segi penggunaan bukhoor / bakhoor...
Saya sememangnya memang suka sangat pada wangian, maklumlah rumah saya nie ada kucing... hihihi faham-faham sajalah jika rumah mempunyai kucing, mesti akan ada bermacam-macam bau yang tak menyenangkan...
Kebetulan aritue saya tengok review dari rakan saya tentang bukhoor nie, dan terus saya cari produk nie kat shopee... Dulu sebelum pandemik melanda, saya memang suka bakar setanggi, beli kat Nilai... Lepas pandemik nie dan masih belum boleh merentas negeri, saya kehabisan stok setanggi kat rumah.. Ada masa jugak saya guna air humidifier dengan bauan yang menenangkan tapi kucing saya asyik berkerumun bekas air humidifier tue.. hihi biasalah budak yang suka explore kan...
Inilah produk yang saya maksudkan... Set bukhoor yang lengkap iaitu mabkhara (tempat pembakar), lighter, arang dan bakhoor pilihan (saya pilih bauan strawberi)... Lepas tue saya tambah lagi oud bakhoor iaitu Ezma Oud..
Serius saya cakap, bau dia memang menenangkan dan hubby pun suka bau dengan oud nie.. Saya teringat pada arwah Habib (datuk) saya dulu, yang arwah memang suka pasang bakhoor nie kalau berada dalam surau.. Dulu ingatkan dia bakar kemenyan tapi kini barulah saya faham yang sebenarnya dia guna bukhoor untuk mewangikan surau berkenaan.. Mungkin lah arwah masih lagi mengamalkan tradisi orang Arab memandangkan arwah Habib saya nie memang berasal daripada Yaman...
Jadi, saya nak hidupkan semula sunnah Nabi, iaitu mewangikan dalam rumah dan kawasan sekitarnya... Jom kita sama-sama hidupkan semula sunnah Nabi...
perkongsian menarik. first time dengar. bagus pakai Bukhoor, bau wangi, amalan sunnah pun dapat
ReplyDeleteAyah Aien suka pasang bau2 begini kat rumah. Bila hidu, mesti teringat masjid.
ReplyDeleteAngan nak dapatkan satu. Supaya sentiasa ingat ayah dan juga masjid, rumah Allah. :')
famous dah bukhoor ni dekat tiktok, hihi, ramai dah guna bukhoor letak dlm rumah, tempat nak bakar tu pun cantik bukan main, boleh jadi hiasan dalam rumah jugak kan..
ReplyDeleteoh ini sunnah ke? huhuhuh saya selalu tengok ayah saya buat. tak tahu pulak ianya sunnah nabi. saya pun kena apply dekat rumah saya jugaklah lepas ni
ReplyDeleteNice sharing kak shikin. Saya first time dengar dan tengok bukhoor ni, baru tahu sunnah nabi rupanya.
ReplyDeleteYa Allah pertama kali tahu pasal bukhoor. Ingat selalu di masjid sembur pewangi sahaja. Rupa ada alat khas.
ReplyDeleteMenarik juga ni. Baru tahu bukhoor ni sunah nabi...
ReplyDeleteOne of my wishlist. nak sangat bau bukhoor ni huu
ReplyDelete