Lengkap sudah divaksin | Vaksin CoronaVac Dos Kedua

Sunday, August 08, 2021


Assalamualaikum wbt...
Masih ingat tak cerita pengalaman saya ketika saya divaksin untuk dos pertama...?


Alhamdulillah, pada 2hb Ogos lepas, saya sudah melengkapi vaksin untuk dos kedua.. Untuk pengalaman kali kedua nie, giliran untuk divaksin lebih pantas daripada sebelumnya.. Pengalaman saya semasa untuk dos kedua nie, memang cukup pantas... 

HARI KEDUA DIVAKSINASI

Macam biasa, hubby akan menghantar saya untuk divaksin dan tempatnya adalah sama seperti untuk dos pertama iaitu di Movenpick Hotel And Convention Centre KLIA, HCO A.. Pada pukul 9.30 pagi, kitorang sampai di perkarangan masjid KLIA, setelah hubby drop saya di situ, saya pun terus menuju ke tempat vaksin.. 

Sama seperti sebelum ini, kita perlu scan suhu dan MySejahtera terlebih dulu, tapi memandangkan MySejahtera ada buat update system, saya perlu menjawab semula soalan untuk status COVID-19 pada icon COVID-19 Status. Ini kerana semua penerima vaksin perlu mengemaskini profil kita agar tiada simptom COVID-19. Setelah menunjukkan status profil kepada petugas, scan suhu dan MySejahtera, barulah saya dapat masuk ke dalam dewan HCO A. 

Tapi sebelum masuk ke dewan HCO A, petugas meminta semua penerima vaksin untuk menunjukkan borang persetujuan terima vaksin yang telah diisi sebelum ini. Jika mereka tak bawa borang yang telah diisi, mereka perlu mengisi semula borang persetujuan itu..

Nasib baik saya memang simpan borang itu dalam purse, bersama-sama dengan kad vaksin.. Setelah petugas mengecop borang persetujuan dan diberi nombor giliran, saya terus menuju ke tempat stesen 2. Tanpa sempat duduk, nombor saya terus terpampang kat skrin dan saya pun menuju ke kaunter 12. Di situ, petugas kaunter akan bertanya beberapa soalan seperti apakah saya mempunyai apa-apa simptom setelah dos pertama diberikan dan saya pun menjawabnya dengan tenang. Kemudian mereka menerangkan bahawa untuk dos kedua nie saya akan mempunyai simptom hampir sama dengan dos pertama dulu. Kemudian saya diminta terus ke kaunter di stesen 3 dan di situ saya perlu menunjukkan kad vaksin serta borang persetujuan. Kemudian tanpa menunggu lama, saya diberi tempat duduk yang dikhaskan untuk dos kedua.. Kali nie, kami tak perlu menunggu nombor giliran untuk dicucuk, sebaliknya perlu menunggu mana-mana tempat yang kosong setelah divaksin.. 

Lengkap sudah divaksin | Vaksin CoronaVac Dos Kedua

Setelah menunggu hampir 10 minit, saya di antara 6 orang telah diminta untuk ke bilik A3 dan A4. Setelah scan MySejahtera, saya perlu menunggu penerima vaksin yang sedang menerima vaksin dan dalam masa 5 minit, saya pun selesai divaksin. Kemudian saya perlu menunggu di ruang pemantauan sambil menyerahkan kad vaksin. Di situ, saya menunggu kira-kira 15 minit sebelum petugas menyerahkan semula kad vaksin dan sijil akan dipaparkan dalam MySejahtera.  


Alhamdulillah, masa untuk vaksin dos kedua nie mengambil masa kira-kira 30 minit jea.. Sijil pun telah dikeluarkan dalam MySejahtera.. 

KESAN SAMPINGAN UNTUK DOS KEDUA

Untuk kesan sampingan kali nie, ada beberapa kesan yang saya alami sama seperti dos pertama dan hingga kini saya masih merasainya.. Antaranya ;

  • Mengantuk yang amat ; masih berlanjutan hingga kini.
  • Rasa lapar yang berpanjangan ; pun sama masih berlanjutan.
  • Rasa gatal-gatal pada badan tapi tak menunjukkan ruam pada badan ; solusinya saya perlu selalu mandi.. Rasa gatal nie macam kena miang gitu.. Masih berlanjutan hingga kini.
  • Badan terasa panas, tapi suhu menunjukkan normal. Ianya panas dari dalam. Alhamdulillah, kini dah okey sikit.
  • Rasa lenguh pada bahu hingga ke tengkuk macam ada batu besar berada atas bahu ; Masih merasainya sekarang
  • Rasa haus macam dah lama tak minum air. Tekak pun rasa kering. Saya memang banyak minum air suam dan diselang seli dengan air sejuk untuk penyejukan badan. 
  • Mengalami pening yang ringan, Alhamdulillah kini dah okey sikit.
Itulah kesan sampingan yang saya alami sekarang. Ouh... Kenapa saya tak ambil gambar semasa dicucuk vaksin..? Hihihi sama seperti jawapan sebelumnya, saya memang paranoid dengan kawasan dan orang-orang di sekitar kerana varian baru nie lain macam sikit.. Lagi satu, saya percaya pada kecekapan petugas yang menjalankan vaksinasi tue.. So, saya tak perlu nak ambik gambar semasa vaksinasi, mungkin ada yang kata ianya sebagai bukti tapi macam saya katakan sebelum nie, saya percayakan pada petugas tue.. Cuma adalah saya ambik gambar berlatar belakang masjid KLIA.. hihi okey kan... 

Lengkap sudah divaksin | Vaksin CoronaVac Dos Kedua

Awak pulak bagaimana...? 

Hubby pula juga dah menerima dos kedua vaksin pada 6hb Ogos lepas, dan hingga kini dia belum apa-apa alami simptom kecuali di tempat cucuk tue mengalami sedikit bengkak.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



10 comments

  1. Alhamdulillah selesai sudah dengan selamat.

    ReplyDelete
  2. Fiza pula baru dapat first dos Pfizer. In Shaa Allah 21/8 baru dapat second dos. So far takde kesan sampingan yang teruk cuma sengal di bahagian suntikan je.

    ReplyDelete
  3. wah dah second dose dah?
    saya nanti awal bulan 9 baru complete second dose. insyaAllah semoga dilindungi dari wabak merbahaya ini buat kak shikin sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Boleh la nanti menikmati kelonggaran yang diberi untuk yang dah complete. Hehe. Saya masih tunggu tarikh 2nd dose. Ambil AZ maka lamalah tarikh nya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah setel dah cucuk dua dos vaksin ya kak shikin :)
    Saya pun tengah tunggu second dose ni 21/08 hehehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah selesai. Aien khamis depan baru dapat. Okay, stay safe stay healthy tau kak. Jaga diri walau dah second dose. Hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah selesai.. Cik TK sekeluarga pun dah settle. Nasib baik di tempat Cik TK vaksin tu tak ramai, jadi ada juga ambil gambar.

    ReplyDelete
  8. Tahniah shikin semoga sentiasa dilindungi dari wabak covid. Sama la akak pun ngantuk Dan badan rasa panas. Tapi mujur x de rasa nak makan sgt

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. tahniah kak shikin. boleh jenjalan pasni hehe

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧