Assalamualaikum wbt..
Sebelum nak mula perniagaan, kita perlu memastikan bahawa perniagaan kita itu didaftarkan di samping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi. Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.
LESEN DAN PERMIT
Lesen dan permit dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. Peniaga perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di lokasi yang ingin dijalankan perniagaan.
FRANCAIS
Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri iaitu dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais bukanlah satu 'bentuk' perniagaan tapi merupakan satu kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor). Sistem francais ini tertakluk di bawah Akta Francais 1998.
SISTEM FRANCAIS
Merujuk kepada perjanjian di antara dua atau lebih orang yang mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. Untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francais, peniaga perlu mendaftar dengan Pendaftar Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi.
PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN
Mempunyai pelan perniagaan adalah penting untuk perniagaan kita. Lebih baik lagi jika peniaga mempunyai pelan yang strategik. Sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini, apakah yang dimaksudkan dengan pelan perniagaan? Salah satu faktor kegagalan dalam peniagaan adalah kebanyakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan.
Pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pasaran, strategi dan perancangan keuntungan serta aliran wang tunai sebuah syarikat. Pelan ini juga akan membentangkan jangkaan peniagaan untuk jangka waktu tiga hingga lima tahun yang akan datang.
Ramai peniaga tersalah faham dalam aspek pelan perniagaan ini. Mereka berpendapat pelan perniagaan tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan yang mereka usahakan itu adalah kecil saja. Sebenarnya, tak kisahlah kecil ke besar ke perniagaan itu, pelan perniagaan perlu ada dan perlu dirancang dengan teliti dan teratur.
PERCUKAIAN
Di Malaysia, semua pendapatan syarikat atau individu yang diperolehi dikenakan cukai. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berfungsi untuk memberikan perkhidmatan penaksiran, pentadbiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai-cukai yang tertakluk di dalam bidang kuasa LHDN.
PENGURUSAN KEWANGAN
Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin-disiplin tertentu, untuk menguruskan dengan baik, sumber-sumber pendapatan, serta aset seseorang itu, supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah dan manfaat yang optimum. Ianya dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh menjamin pendapatan di masa hadapan. Dengan terurusnya kewangan seseorang itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan membuat komitmen kewangan yang mampu diselesaikan.
Semoga dengan panduan ini akan dapat memudahkan pada awak yang ingin menjalankan perniagaan..
good sharing. musim pandemik ni ramai yang dah mula berniaga. semoga entri ni dapat dijadikan panduan
ReplyDeleteSekarang ni rabia jd dropship shaklee
ReplyDeleteBulan jun daftar jd ahli
Cg rabia daftarkan belanja jd ahli tu
Rabia pun terus jd bisnes partner dgn cg rabia. Sebelum ni pun rabia consume produk shaklee . nnti2 kak berminat with any produk boleh wasap rabia ya
kite pengusaha seller online je sekrng ni, hihi..
ReplyDeleteKalau ada duit boleh buat francais. Tak payah pening kepala nk meniaga apa tp apa pun kena ada modal dan ilmu
ReplyDeletebab nak prepare business plan idea smeua tu memang bisa bikin pecah kepala nak buat.
ReplyDeleteNice sharing kak shikin, semoga perkongsian ni dapat bantu orang ramai yang nak mulakan perniagaan.
ReplyDeleteBagus share. Aien buat dropship main terjah ja. Haha
ReplyDeleteBusiness plan... Huhuuu memeningkannnn
ReplyDeleteBtw thanks for the sharing kak shikin, sebagai panduan mereka yang baru nak memulakan bisnes
ReplyDeleteGood sharing. Bagus ni sebab skrg ni ramai yg meniaga boleh refer sini
ReplyDeleteTerimakasih atas perkongsian ini kak shikin. semoga bermanfaat buat yang lain juga :)
ReplyDelete