Review : Midori No Hibi (2004)

Monday, August 16, 2021


Assalamualaikum wbt...
Dah lama rasanya saya tak buat review drama kan.. Kali nie lain sikit daripada biasa, untuk kali nie buat julung kali saya review sebuah karya manga Jepun... Apakah karya itu..? Jom...

Midori No Hibi atau maksud di dalam bahasa Inggeris adalah Midori Days yang dikarang oleh Kazurou Inoue. Siri manga ini telah dikeluarkan pada tahun 2002 dan siri animasinya pula ditayangkan pada tahun 2004. Animasi ini mempunyai 13 episod yang mempunyai jalan cerita yang berlainan tapi saling kait rapat di antara episod ini..

Watak utama dalam siri ini adalah Seiji Sawamura yang berusia 17 tahun dan Midori Kasugano yang berusia 16 tahun. Ianya mengisahkan seorang gadis iaitu Midori yang meminati secara diam-diam dengan Seiji.. Seiji nie seorang pemuda yang suka bergaduh dengan orang-orang di sekelilingnya, senang citer watak Seiji nie adalah watak gangster.. Seiji sering bergaduh dengan budak-budak sekolah lain dan dia memang terkenal di seluruh Tokyo dengan panggilan Devils Right Hand kerana kekuatan tangan kanannya yang boleh menumbangkan lawan tanpa menggunakan apa-apa senjata.

Seiji nie sebenarnya sama saja dengan remaja yang lain, iaitu dia teringin nak memiliki seorang teman wanita.. Tapi dek kerana sifat buruknya itu, takde siapa pun yang ingin mendekati Seiji dan perkara itulah yang membuatkan dia terasa sunyi..

Satu hari, semasa Seiji sedang memikirkan kesunyian hidup, malah katanya hanya tangan kanannya yang menjadi teman hidupnya, secara tiba-tiba.......

TANGAN KANANNYA BERTUKAR MENJADI SEORANG BUDAK PEREMPUAN PERSIS SEBUAH ANAK PATUNG VENTRILOQUIST...!!!

DAN IANYA ADALAH MIDORI...!!!

Pada mulanya Seiji tak percaya apa yang berlaku dan masa tue lah, adegan soal siasat bermula... Midori sendiri tak tahu bagaimana ianya terjadi tapi dia berasa amat seronok sangat kerana dah lama dia memerhatikan Seiji dari jauh dan kini Seiji berada di depan matanya... Sejak itu, Seiji mula menerima hakikat bahawa tangan magis nya telah tiada dan telah digantikan dengan Midori.. 



Seiji dan Midori cuba untuk mendapatkan cara untuk memisahkan mereka berdua, tapi tak berjaya... Seiji juga berusaha untuk menyembunyikan Midori daripada orang kerana bimbang akan keselamatan Midori tue sendiri, tapi kakak Seiji iaitu Rin Sawamura dapat tahu tentang kewujudan Midori.. 

Melalui Rin jugak, Midori dapat tahu tentang kelakuan sebenar Seiji, di mana Seiji sebenarnya bukan budak jahat yang selalu mencari masalah atau mencari gaduh. Seiji sebenarnya cuba untuk menyelamatkan rakan-rakan yang dibuli oleh rakan-rakan yang lain dan itulah sifat sebenar Seiji... 

Apabila dari sehari ke sehari Midori dan Seiji bersama, maka timbullah bibit cinta antara mereka tapi Seiji terlalu ego untuk meluahkan perasaan pada Midori..

Hinggalah satu hari Midori hilang tanpa dikesan.. Tangan kanan Seiji kembali normal... Apakah yang terjadi sebenarnya pada Midori...? Adakah Seiji dapat berjumpa kembali dengan Midori atau sebaliknya...?



Walaupun siri nie berkisahkan percintaan remaja, tapi sebenarnya ada juga terselit beberapa pengajaran di sebalik jalan cerita nie.. Contohnya, Seiji nie nampak jea ganas dan suka memukul tapi sebenarnya dia mempertahankan rakannya yang kena buli dan dia sememangnya tak suka dengan pembuli... Seiji menjadi sedemikian kerana semasa dia kecik, dia selalu kena buli oleh rakan-rakan sebayanya.. Mujurlah kakaknya iaitu Rin yang mengajar untuk mempertahankan diri... Walaupun Seiji nie bersifat ganas tapi sebenarnya dia amat menghormati orang yang lebih tua daripadanya, dan dia amat sayangkan kakaknya walaupun kakaknya kuat membuli Seiji... Satu lagi sifat Seiji, dia takkan sesekali memukul seorang perempuan walaupun ada ketikanya beberapa orang perempuan cuba untuk memukul Seiji kerana balas dendam tapi Seiji tak pernah cuba untuk memukul kerana dia amat menghormati orang perempuan.. 

Untuk watak Midori nie pula, kalau diikutkan permulaan cerita Midori nie seorang gadis yang amat pemalu dan pendiam.. Tapi bila dia jumpa Seiji dalam bentuk persis ventriloquist, Midori menjadi lebih berkeyakinan untuk bercakap dengan orang... 

Pelbagai kisah lucu berlaku antara mereka berdua, antaranya Midori terpaksa menghabiskan satu kon aiskrim yang teramat besar baginya tapi bagi kita manusia normal, satu kon aiskrim tak cukup... hihihi.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



7 comments

  1. Hehe unik cerita tangan kanan jadi teman wanita. Menarik. Tengok di mana ya animasi ini?

    ReplyDelete
  2. Anime ni best!! Syu tengok cerita ni masa diploma dedulu.Suka sangat sountrack dia :)

    ReplyDelete
  3. Lama x layan anime manga. Kalau layan mmg best sebab jalan cerita diorg selalunya mmg mrnarik

    ReplyDelete
  4. Aaaaa nampak cam best je anime ni. hehhe mcm taste ika sangat ni nanti nak tengok la.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧