Assalamualaikum wbt...
Rasanya nie kali pertama saya join giveaway daripada blogger Fariha Jafri.. So, saya nak ajak awak suma untuk sama-sama join dan support kawan kita nie..
Macam biasa kalu nak join, awak klik pada banner kat atas dan ikutlah syarat yang mudah... Antara syaratnya adalah ceritakan sedikit tentang 2 buah buku yang terbaik yang pernah kita baca... Kiranya macam sipnosis la...
Buku pertama yang saya rasa best untuk dibaca adalah KAPAL HAJI DALAM KENANGAN yang dikarang oleh Yahaya Awang. Buku ini menceritakan bagaimana orang-orang dulu pergi ke Makkah untuk menunaikan haji, dan apa yang lebih menariknya adalah dengan menggunakan kapal laut.. Saya teringat pada cerita Labu Labi di mana babak Haji Bakhil menerima kedatangan rombongan meminang daripada Labu dan wakilnya ada menyebut nama Haji Labu tapi Haji Bakhil terkejut dengan nama itu sebab seingat dia kapal haji baru nak belayar.. Berbalik pada kisah buku nie, penulis nie berkongsi cerita tentang bagaimana perjalanan bakal haji dan bakal hajjah untuk menunaikan rukun kelima ini, bagaimana perihnya mereka pada zaman itu yang bersusah payah mengumpul duit untuk ke sana.. Saya pun sekarang nie tengah mencari buku ini untuk dijadikan koleksi, sebab saya baca pun ianya adalah buku pinjaman library kat pejabat saya...
Buku kedua yang saya rasa memang best untuk dibaca adalah JANGAN GANGGU LENAKU yang dikarang oleh Haiza Najwa. Buku ini mengisahkan seorang wanita yang bernama Atira yang telah berkahwin dengan pilihan hatinya yang bernama Asfahul. Tapi oleh kerana dia selalu ditinggalkan oleh suaminya yang kerap outstation, menyebabkan Atira sering didatangi oleh makhluk jin yang menyerupai seperti suaminya dan makhluk itu sering muncul di dalam mimpi Atira... Atira yang kesunyian, berasa bahagia dengan 'Asfahul' yang menganggap 'Asfahul' itulah suaminya.. Maka ianya menjadi perebutan antara 'Asfahul' jelmaan dengan Asfahul yang sebenarnya.. Saya yang memang minat pada genre mistik nie sememangnya novel ini menjadi pilihan saya...
Okay, jom lah ramai-ramai join giveaway daripada Fariha Jafri..
Best of luck, folks...
Buku pertama itu buat akak tertarik untuk baca juga.
ReplyDeleteSemoga ada rezeki menang.
All the best kak shikin.
ReplyDeletegudluck kak shikin.. syu nk join jgk nnti..
ReplyDeletegoodluck kak shikin! =)
ReplyDeleteJangan Ganggu lenaku tu best..
ReplyDeleteAll the best Shikin..
Good luck shikin semoga Ada rezeki
ReplyDeleteGood luck!
ReplyDeletesinggah dari giveaway yg sama. goodluck :)
ReplyDeletehttps://www.tiarasaphire.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html
Goodluck kak
ReplyDeleteSenarai pemenang dah diumumkan untuk Giveaway ni :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi join dan support.