Cucu tertua Almarhum Tokku Paloh meninggal dunia

Monday, September 27, 2021


Assalamualaikum wbt,
Sepatutnya entri nie dah keluar pada bulan Ogos yang lepas, tapi saya terlepas pandang sebabnya ianya tersimpan dalam draf.. 

‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...
‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِهاوَاعْفُ عَنْها
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."

‎ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Cucu tertua Almarhum Tokku Paloh iaitu Tuan Lok Lok Syed Saggaf telah meninggal dunia pada hari Selasa, 17 Ogos yang lalu pada usia 103 tahun.. Allahyarhamah Tuan Lok Lok Syed Saggaf adalah merupakan generasi ketiga Tokku Paloh..

Allahyarhamah Tuan Lok Lok atau lebih dikenali dalam keluarga saya sebagai Hubabah Lok memang amat baik, lembut orangnya dan suka sangat mengukir senyuman.. Saya teringat masa kecil-kecil dulu, ummie selalu bawak kami untuk menziarahi arwah Hubabah Lok di rumahnya yang terletak di Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu.. Menurut ummie, kami mempunyai pertalian darah dengan Allahyarham Tokku Paloh, tapi saya pun tak ingat sejauh mana pertalian tue.. Tapi tuelah, ingat-ingat lupa sebab masa ziarah pun zaman kecil-kecil dulu, bila saya dah merantau nie, selalu tak sempat nak ziarah sanak saudara yang ramai... Insha Allah, bila semuanya dah pulih sediakala, saya akan ziarah semua sanak saudara.. 

Kenapa panggil nama Hubabah..? Saya pun memang takde jawapannya sebab arwah nenek saya pun memang dipanggil Babah, manakalah arwah atok pulak kami semua panggil Habib... Yang lain-lain sanak saudara pula, ada yang kami panggil sebagai tok ummie (bagi nenek saudara), tok long (bagi atok saudara).. Untuk panggilan mak saudara pula, kami memanggil sebagai panggilan 'Bib' di depan, sebagai contoh ummie saya sendiri, anak-anak saudaranya memanggilnya dengan panggilan BibTon.. Untuk panggilan pak saudara pula, kami memanggil panggilan 'Ami' di depan, sebagai contoh pak saudara saya, dipanggil AmiYassin... Itulah serba sikit keterangan tentang nama..

Semoga roh arwah dan semua yang telah meninggalkan kita dicucuri rahmat... Sedih dan sayu jea rasa di hati nie... Semoga Allah merahmati dan menempatkan semua Allahyarham dan Allahyarhamah di dalam kalangan orang-orang mukmin... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



7 comments

  1. semoga arwah ditempatkan di gologan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  2. Salam takziah. Semoga roh arwah dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah. Moga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wa Inna ilaihi rojiun. Salaam takziah

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧