Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, duit daripada BKC dah masuk dalam akaun, so dengan duit tue dapatlah saya membeli sedikit barang-barang basah...
Antaranya ikan siakap... Lepas tue, tekak nie teringin nak makan secara kukus...
Akhirnya terhasillah ikan siakap stim limau... Tapi saya tak guna sos ikan sebabnya memang takde stok kat rumah nie...
Alamak...!!! Lupa pulak tudung periuk kukus saya dah pecah dek bebudak bulus tolak dari rak... huhuhu camne nak masak...? In the end, saya dapat idea untuk masak ikan siakap stim limau guna kuali...
So, inilah cara saya masak ikan siakap stim limau...
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap - nak hilang hanyir ikan, basuh guna air perahan limau purut.
2 labu bawang - dihiris kasar
4cm halia - dihiris kasar
3 biji tomato - dibelah suka hati awak... hihi
2 tangkai cili merah - dihiris halus
2 tangkai cili padi - dihiris halus
3 biji limau nipis - diperah jusnya dan biji dibuang
3 cawan air
Sedikit perasa Maggie Cukup Rasa
Daun bawang - untuk hiasan taburan
CARA PENYEDIAAN
Mula-mula masukkan minyak masak, kemudian masukkan bawang dan halia. Tumiskan sehingga menjadi layu. Kemudian masukkan air dan kacau sebati. Masukkan hirisan cili dan kacau lagi. Kemudian masukkan ikan siakap, kacau sebati dan siramkan air rebusan ke atas ikan agar sebati dan sekata. Jangan kacau secara kasar kerana takut isi ikan jadi hancur. Kemudian masukkan air perahan limau dan kacau sebati. Masukkan hirisan tomato dan kacau sebati. Untuk percepatkan ikan masak, tutup kuali itu dan kecilkan api. Apabila mendidih, masukkan serbuk Maggie Cukup Rasa, kacau sebati dan siramkan air rebusan ke atas ikan agar menjadi sekata. Renehkan selama 3 minit dengan menggunakan api kecil. Setelah masak, angkat dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia dihidangkan dengan nasi panas.
VIDEO RESIPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU TANPA SOS IKAN
Selamat mencuba..!
Nampak sedap je..
ReplyDeleteLama tidak makan ikan siakap stim limau.
ReplyDeleteRasanya apabila tengok video Shikin senang guna kuali.
Sedap ni siakap masak steam.
ReplyDeleteNampak sedapp! Salah satu lauk favorite saya ni heheheh
ReplyDeleteSimple saja rupanya buat ikan steam ni. Tapi kalau ikan ada bau hanyir potong selera makan kan. Kena basuh betul2 dngan perahan limau
ReplyDeleteSedapnya resepi yang dikongsikan..
ReplyDeletesedapnya rs masam2.. kecur liur tgk.. hihi
ReplyDeletesedap ni! tq share resepi shikin :)
ReplyDeletesedapnya, ada pulak tomyam dgn telur dadar garing, fuh mcm maka di kedai thailand..
ReplyDeleteBoleh try ni. Hehe terima kasih berkongsi resipi kak shikin.
ReplyDeletemeriah colorful
ReplyDelete