Review : Survival Family (2016)

Sunday, September 05, 2021

Assalamualaikum wbt...
Asyik buat review filem omputih jea, jom baca pulak review filem Jepun pulak.. Filem ini telah ditayangkan pada tahun 2016 di bawah arahan Shinobu Yaguchi... So, apakah filem yang dimaksudkan..?


SURVIVAL FAMILY
Mengisahkan secara tiba-tiba seluruh Jepun malah seluruh dunia mengalami ketiadaan elektrik dan semua peralatan termasuklah kereta, kapal terbang dan malah bateri jam sekalipun tidak berfungsi. Seluruh penduduk Tokyo pada mulanya tidak berasa panik kerana pada anggapan mereka, kejadian ini mungkin berlaku hanyalah sementara. 

Tapi sangkaan mereka mula meleset setelah seminggu berlalu...

Ada di antara mereka mula berpindah ke tempat yang selamat dan ini termasuklah sebuah keluarga yang terdiri daripada Yoshiyuki Suzuki (lakonan Fumiyo Kohinata), Mitsue Suzuki (Eri Fukatsu), Kenji Suzuki (Yuki Izumisawa) dan Yui Suzuki (Wakana Aio).. Mereka terpaksa berpindah ke Kagoshima iaitu kediaman ayah Mitsue.. Pada mulanya Kenji dan Yui membantah untuk ke sana memandangkan mereka tak suka dengan suasana kampung. Tapi memandangkan bekalan makanan dan minuman mereka semakin habis dan tiada lagi sumber makanan yang dapat disalurkan oleh banyak pasaraya, akhirnya Kenji dan Yui menurut kata ibu bapa mereka...

Kalau diikutkan keluarga nie terlalu mengikut arus kemodenan tanpa mengetahui sedikit sebanyak perkara asas dalam kehidupan. Contohnya Mitsue terlalu bergantung kepada barangan elektrik sepenuhnya untuk membuat kerja-kerja rumah, Yoshiyuki pula selalu sibuk dengan kerja hingga dia mengabaikan keperluan keluarga, manakala Kenji dan Yui pula terlalu asyik dengan telefon. 

Misi pertama mereka untuk balik ke kampung adalah mereka harus menuju ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat.. Memandangkan semua kenderaan tak dapat digerakkan, mereka terpaksa menaiki basikal untuk ke sana.. Di dalam perjalanan, mereka sempat singgah ke kedai untuk membeli makanan dan minuman tapi dengan harga yang sangat mahal.. Setelah mereka sampai di perkarangan lapangan terbang, mereka dimaklumkan oleh petugas dan polis yang pesawat tak dapat diterbangkan kerana ketiadaan sumber tenaga.. Lalu keluarga Suzuki nie terpaksa mengayuh basikal sejauh 1,624km jaraknya dan memakan masa berbulan-bulan lamanya.. 

Semasa dalam perjalanan ke sana, keluarga ini mula telah belajar cara-cara untuk meneruskan kehidupan yang sebenar dan hubungan mereka juga menjadi lebih rapat lagi, sebab sebelum ini hubungan kekeluargaan boleh dikatakan agak renggang.. 

Adakah keluarga Suzuki dapat sampai ke Kagoshima..? Apakah sebenarnya yang berlaku yang menyebabkan seluruh dunia mengalami kehilangan sumber tenaga elektrik..?

Filem nie mempunyai banyak pengajaran walaupun ada diselitkan unsur-unsur komedi... Contohnya, sekarang nie kita semua terlalu asyik melihat gajet ataupun telefon hingga hubungan kekeluargaan menjadi renggang.. Buka mata jea, terus tengok telefon... Nak makan pun kita mengadap telefon, betul tak...? 

Jadi, di sebalik pengajaran yang tersirat, janganlah kita terlalu mengharapkan kemodenan hingga kita terlupa pada yang tradisi lama kerana di sebalik kemodenan itu sebenarnya tercetus idea daripada yang tradisi lama... Samalah juga dengan hubungan kekeluargaan, jangan disebabkan kita terlalu asyik pada gajet, kita lupa pada hubungan sebenar pada keluarga kita.. Sebab andainya seseorang itu tak peduli pada kita, sebenarnya kita sendiri yang menjadi penyebab pada kelakuan mereka...


Mengenai babak lucu pula, saya suka sangat tengok babak yang mereka menaiki kereta api menggunakan kuasa arang. Apabila kereta api tue menghampiri terowong, beberapa orang warga tua mengingatkan keluarga Suzuki untuk menutup tingkap tapi disebabkan mereka tak mendengar sangat dek bunyi kereta api yang kuat, mereka tak melakukan apa yang disuruh.. Lalu semasa kereta api lalu di dalam terowong, asap daripada serombong mula memasuki ruangan gerabak dan semua orang di dalamnya mula terbatuk-batuk.. Apabila kereta api mula melepasi terowong, semua penumpang tertawa terbahak-bahak.. Ini kerana wajah masing-masing semuanya tercalit dengan serbuk arang.. 

Memang seronok tengok filem nie sebab ianya mempunyai seribu satu pengajaran terutama dalam kehidupan kita...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



18 comments

  1. mcm best je filem ni. jauh nya mereka berbasikal..

    ReplyDelete
  2. Bagus juga tema diketengahkan.
    Tidak dapat bayang kayuh basikal sejauh lebih 1000 km!

    ReplyDelete
  3. bestny jalan cerita ni..nt boleh tgkkkk...tq shikin share...

    ReplyDelete
  4. Pernah layan sebelum ni. Menarik jalan ceritanya, mengenai bagaimana family ni survive dan sampai ke destinasi yang dituju. Juga bagaimana hubungan keluarga mereka menjadi lebih erat.

    ReplyDelete
  5. Saya suka filem kekeluargaan mcm ni..nanti saya cari...

    ReplyDelete
  6. xboleh byg kalo jd kat malaysia camni..
    sbb skrg mcm xleh idop tnpa gajet. haha

    best jgk jalan cerita ni.. nt ade masa blh layan..

    ReplyDelete
  7. Saya ada satu soalan untuk kak shikin dan sesiapa yang nampak komen ni.

    Korang prefer tak ada eletrik atau tak ada Air?

    Satu jeeeeeeee pilih.. :P

    ReplyDelete
  8. Menarik juga cerita ni .. rasa macam nak tgk lak

    ReplyDelete
  9. Pehh 1,624 km ye kayuh basikal, jauhhhh gila. Memang berbulan bulan baru sampai la huhuhu.

    ReplyDelete
  10. Macam best filem ni nanti tengok la jauh tu kayuh basikal,

    ReplyDelete
  11. Belum sempat lagi tengok filem ni. Kisah ceritanya menarik.

    ReplyDelete
  12. dah tgk citer ni shikin mmg best! byk pgajaran yang kita boleh ambil dalam citer ni..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧