Assalamualaikum wbt..
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep belajar sendiri..? Ianya adalah proses di mana seseorang pelajar itu memperoleh ilmu pengetahuan baru secara sendiri. Proses pembelajaran sendiri ini sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada kehendak diri untuk mengembangkan kemahiran dan sikap yang membolehkan mereka memberikan yang terbaik.
Sumber bahan pembelajaran pula boleh didapati melalui pembacaan terutama buku teks, buku latihan, nota yang diberikan oleh pihak sekolah dan juga pelayar internet untuk mencari bahan rujukan agar minda bebas untuk berkembang dan kemampuan untuk belajar secara bebas.
Dengan beberapa tip ini mungkin dapat membantu para pelajar untuk membuat pembelajaran secara sendiri ini...
Guna gajet untuk belajar - Gajet yang ada digunakan secara bermanfaat. Pelajar boleh melayari internet untuk mencari bahan rujukan. Kesannya, pembelajaran kendiri ini akan menjadi lebih seronok. Penggunaan gajet ini dapat membantu perkembangan minda pelajar dan memudahkan sesi interaksi bersama rakan-rakan terutama ketika tempoh pandemik.
Mengikuti kelas tuisyen - Pelajar juga boleh mengikuti kelas tuisyen kerana di situ mereka berpeluang untuk mempelajari teknik dan teori baru dalam pembelajaran, ini kerana lain guru lain caranya. Sekurang-kurangnya pelajar dapat mengikuti suasana pembelajaran lain daripada kebiasaan serta mendapat kawan-kawan baru sehingga mereka mampu untuk mencapai objektif di dalam pembelajaran.
Sedia kelengkapan khas untuk anak-anak - Sebagai ibu bapa yang prihatin tentang kepentingan dalam menuntut ilmu di kalangan anak-anak, wajarlah untuk menyediakan semua kelengkapan khas untuk mereka. Antara kelengkapan yang boleh disediakan termasuklah bilik yang selesa, gajet dan bahan sokongan lain seperti buku rujukan atau buku latihan yang bersesuaian. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh membeli buku-buku secara dalam talian untuk anak-anak.
Belajar berkumpulan di rumah - Pelajar boleh mengadakan pembelajaran bersama adik beradik di rumah. Suasana sebegini akan dapat menyuburkan minat di kalangan anak-anak untuk menelaah pelajaran. Ibu bapa juga perlu sentiasa menyokong hasrat ini setiap kali anak-anak sedang belajar. Inilah yang dinamakan teknik dan kaedah terbaik daripada ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menempuh cabaran sukar sepanjang tempoh pandemik.
Belajar di perpustakaan - Belajar sendiri juga boleh dibuat di perpustakaan bersama rakan-rakan (ini adalah merujuk kepada situasi di luar tempoh pandemik). Sebagai contoh, pelajar boleh mencari tempat yang bersesuaian untuk belajar seperti di perpustakaan, pondok, perkarangan masjid ataupun taman riadah. Ini sekaligus akan mewujudkan kelainan suasana belajar dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan.
Semoga dengan tip ini dapat memberi manfaat pada semua yang belajar..
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, kebanyakan negeri kita telah memasuki Fasa 4 PKP dan kini kebanyakan kedai-kedai dah mula dibuka untuk orang awam.. Walau apapun, kita perlu menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan KKM, dan yang paling penting sentiasa pakai pelitup muka semasa keluar daripada rumah...
Sekarang niepun panggung wayang telah dibuka, jadi pada awak yang rindu pada suasana panggung wayang, bolehlah tempah tiket dan tontonlah filem yang awak suka..
Sebut pasal panggung wayang, ada satu panggung wayang mudah alih telah menjadi panggung wayang tertinggi di dunia, iaitu pada ketinggian altitud 3,524 meter dari aras laut... Panggung wayang yang terletak di Ladakh, India ini boleh memuatkan seramai 120 orang dengan suhu di dalamnya boleh diselaraskan mengikut keselesaan penonton.
Menurut syarikat yang memperkenalkan panggung wayang ini, PictureTime Digiplex, inisiatif ini dilakukan bagi memberi peluang kepada penduduk di Ladakh untuk merasai pengalaman menonton wayang. Mengikut kata pemilik syarikat ini, Sushil Chaudhary, panggung wayang ini adalah merupakan panggung wayang mudah alih yang pertama di dunia dan mereka merancang untuk mendirikan lebih banyak panggung wayang mudah alih di wilayah ini serta tempat lain termasuklah di negeri Arunachal Pradesh.
Wah, mesti orang-orang di sana berasa seronok apabila merasai pengalaman menonton wayang, yang mungkin pengalaman pertama kali bagi penduduk di situ... Hihihi macam saya sendiri, percaya atau tak, sepanjang hidup, saya belum pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang... hihihi awak pula camne..? Ada yang sama macam saya...?
Assalamualaikum wbt...
Mintak maaf banyak-banyak sebab dah lama saya tak update jurnal nie.. Oleh kerana kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dah memasuki Fasa 4, akhirnya berita yang telah lama saya tunggu telah tiba..
Baru-baru nie saya ada berkongsi cerita tentang pengubahsuaian rumah, tapi oleh kerana kita berada dalam fasa PKP, projek pengubahsuaian rumah terpaksa ditangguh buat sementara waktu.. Tapi apabila berita tentang kawasan saya telah memasuki fasa 4, akhirnya saya menerima berita yang menggembirakan.. Pada 20hb yang lepas, saya menerima satu sms daripada LPPSA yang mengatakan bahawa permohonan pinjaman pengubahsuaian rumah telah diluluskan, setelah 2 kali ianya dikuiri akibat tak cukup syarat...
Kini saya berada di fasa membuat surat perjanjian pembelian hartanah, surat perjanjian penjualan hartanah, surat hibah, borang gadaian dan lampiran (hak individu) dan lain-lain borang yang akan disediakan oleh peguam... Insha Allah,setelah saya selesai untuk tandatangan semua borang ini, maka akan bermulalah pengubahsuaian rumah...
Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya dapat merealisasikan impian untuk buat satu ruang workstation + mini library.. Ini adalah dua contoh yang berkenan di hati tapi tak tahu mana satu yang betul-betul sesuai...
Awak rasa yang mana satu?
Sebenarnya saya nak buat satu lagi ruang solat tapi memandangkan bajet tak mencukupi jadi saya perlu lupakan seketika hasrat ini.. Insha Allah satu hari nanti impian tue akan tercapai.. Kita tunggu dan lihat hasilnya..
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...
Assalamualaikum wbt...
Kisah seekor kucing yang bernama Aduka, yang suka sangat pada kotak.. Apabila ada parcel yang dibungkus dengan kotak, pasti dia akan masuk dalam kotak tue.. Bukan hanya satu, malah ada tiga buah kotak sekali dia nak masuk.. Bila ummie acah-acah nak buang kotak tue, Aduka pasti akan masuk dalam kotak yang dipegang oleh ummie..
Mula-mula tue memang nak buang kotak-kotak nie tapi ada sekali tue Aduka betul-betul marah bila saya cakap nak buang kotak... Dia punya suara tue nyaring sangat-sangat, kalah penyanyi opera, tapi tuelah tak sempat nak rakam gelagatnya... hihihi
Video nie saya saja sakat Aduka nie sebab geram dengan budak mok-mok nie... hihihi
Assalamualaikum wbt...
Wah, rasa macam lama saya tak update jurnal nie... Maaf yea awak-awak suma, sebab saya dah mula sibuk dengan masuk meeting online dan jugak kursus online.. Maklumlah nie dah bulan Oktober dan saya perlu kejar kesemua kerja dan kursus untuk SKT tahunan saya..
Okey, kisah di sebalik hadiah nie, saya pun sebenarnya tak menjangka nama saya akan naik sebagai pemenang... Pada 27 September yang lepas, saya mendapat komen daripada kak Sheila yang mengatakan saya menang GA..
Alhamdulillah.. Kemudian lepas saya bagi details pada kak Sheila, saya pun terlupa dengan hadiah nie disebabkan kesibukan bekerja di ofis..
Kemudian pada 4 Oktober yang lepas, saya menerima satu sms daripada kurier DHL, mengatakan ada parcel yang akan dihantar.. Saya pun menjadi pelik sebab saya takde beli barang online.. Kalau adapun penghantaran, saya letak alamat rumah... Bila sampai parcel tue, saya jadi pelik sebab parcel tue beralamat yang saya tak kenali..
Mula-mula cuak jugak sebab bila dibuka...
Jeng...Jeng... Jeng...
Ada sehelai tudung bawal Alexa berwarna biru yang begitu cantik dan design pun begitu eksklusif... Puaslah duk mikir, bila masa yang saya beli tudung bawal, lepas tue barulah teringat yang saya menang GA.. Hihihi adoiii, teruk betul ingatan saya masa tue... Oohh... Budak bulus nie, masa saya nak ambil gambar tudung nie, tetiba dia datang dan terus landing situ.. Jenuh nak suruh dia lari tapi dia buat derkkkk jea.. So, dapatlah model tak berbayar nie, hihihihi...
Apapun saya nak ucapkan terima kasih pada kak Sheila Inspire kerana memilih saya sebagai salah sorang pemenang... Saya doakan agar akak sekeluarga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..
Terima kasih kak Sheila..
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, seperti kebiasaan pada setiap bulan, saya akan mengumumkan nama-nama Top Commentator dalam jurnal saya..
Okey, TAHNIAH diucapkan kepada 10 nama yang bertuah... Saya nak ucapkan Selamat Kembali dalam carta bulanan saya kepada Kak Sha Mohamed, Shida Radzuan, Eza Boom Boom, Cik Cappuccino Latte dan Fatimah Nabila.
Memandangkan kesemua 10 orang calon ini pernah menjadi pemenang Top Commentator sebelum ini, saya akan buat undian supaya menjadi adil kepada semua...
So, inilah nama pemenangnya...
TAHNIAH diucapkan kepada nama yang terpilih.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah...
Seperti kebiasaan jugak, kesemua 10 orang Top Commentator pada bulan ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 31 Oktober 2021...
TAHNIAH DIUCAPKAN PADA AWAK SEMUA...!!
YOU ARE THE BEST OF THE BEST...!!! TERIMA KASIH KERANA SELALU SUPPORT SAYA..!!
Assalamualaikum wbt..
Sebenarnya nie adalah sebuah giveaway yang singkat, rakan blogger saya, iaitu Noor Maizan atau lebih dikenali sebagai Mai ada buat giveaway...
Ada sesiapa yang nak Standard Planner secara percuma..? Cantik kan standard planner nie.. Apa yang awak hanya perlu buat adalah awak perlu share post ini dekat mana-mana media sosial seperti Facebook dan Twitter, lepas tue tagged nama Noor Maizan...
TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 10.10.2021..
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt...
Permulaan bulan Oktober, tak lama lagi kita bakal menghampiri pengakhiran tahun 2021 tapi perjalanan hidup kita masih jauh lagi... Doa saya agar kita semua selamat daripada segala kesusahan dan diberi kesenangan dan dilindungi oleh Allah SWT...
Hari nie juga genap 19 tahun saya berkhidmat dalam sektor awam, khususnya bidang kepustakawanan... Banyak getir manis dan pahit yang saya lalui sepanjang perkhidmatan ini... Nak tahu cerita bagaimana mula-mula saya dapat kerja yang boleh dikatakan menjadi idaman saya sekarang..
Walaupun saya bakal menginjak 20 tahun perkhidmatan, tapi saya rasa macam belum cukup matang lagi dalam perkhidmatan ini... Banyak lagi perkara baru yang perlu dipelajari, lebih-lebih lagi kita berada di zaman yang serba canggih dan moden..
Awak nak tau impian saya bila rumah saya bermula untuk membuat pengubahsuaian nanti..? Saya impikan satu tempat kecil di mana mini library dan workstation digabungkan menjadi satu... Harap-harap impian nie dapat jadi kenyataan, Insha Allah...
Oh, saya tak cerita lagi yea tentang pengubahsuaian rumah..? Sebenarnya saya baru saja submit permohonan loan dengan LPPSA, dan kini hanya tunggu keputusan sama ada lulus ataupun tak..? Tapi di sudut hati nie, memang mengharapkan kelulusan loan tue... Sepatutnya pengubahsuaian rumah saya dilakukan pada akhir tahun lepas, tapi memandangkan kita berada di fasa PKP, jadi rancangan untuk buat pengubahsuaian terpaksa ditangguhkan... Kini apabila kerajaan dah benarkan untuk sektor pembinaan, maka rancangan saya dapat dilakukan pada tahun ini... Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar....
Nanti saya update tentang pengubahsuaian rumah nanti...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons