Alhamdulillah, langkah pertama telah selesai..

Saturday, October 23, 2021


Assalamualaikum wbt...
Mintak maaf banyak-banyak sebab dah lama saya tak update jurnal nie.. Oleh kerana kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dah memasuki Fasa 4, akhirnya berita yang telah lama saya tunggu telah tiba..

Baru-baru nie saya ada berkongsi cerita tentang pengubahsuaian rumah, tapi oleh kerana kita berada dalam fasa PKP, projek pengubahsuaian rumah terpaksa ditangguh buat sementara waktu.. Tapi apabila berita tentang kawasan saya telah memasuki fasa 4, akhirnya saya menerima berita yang menggembirakan.. Pada 20hb yang lepas, saya menerima satu sms daripada LPPSA yang mengatakan bahawa permohonan pinjaman pengubahsuaian rumah telah diluluskan, setelah 2 kali ianya dikuiri akibat tak cukup syarat...

Kini saya berada di fasa membuat surat perjanjian pembelian hartanah, surat perjanjian penjualan hartanah, surat hibah, borang gadaian dan lampiran (hak individu) dan lain-lain borang yang akan disediakan oleh peguam... Insha Allah,setelah saya selesai untuk tandatangan semua borang ini, maka akan bermulalah pengubahsuaian rumah...

Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya dapat merealisasikan impian untuk buat satu ruang workstation + mini library.. Ini adalah dua contoh yang berkenan di hati tapi tak tahu mana satu yang betul-betul sesuai...



Awak rasa yang mana satu?

Sebenarnya saya nak buat satu lagi ruang solat tapi memandangkan bajet tak mencukupi  jadi saya perlu lupakan seketika hasrat ini.. Insha Allah satu hari nanti impian tue akan tercapai.. Kita tunggu dan lihat hasilnya..



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



13 comments

  1. Ya Allah dua-dua cantik. Tapi hati lebih berkenan nombor 2.

    ReplyDelete
  2. sama la kak shikin. syu pon bru hari ni dpt blogwalking, sibuk btol skang.

    btw, syu suka pilihan yg no 1 tu.

    ReplyDelete
  3. Dua-dua cantik. Nombor 1 tu ruangan kerja lebih luas. Nombor 2 pula pemandangan lebih luas. Boleh alihkan pandangan untuk tengok gambar di dinding sekali-sekala.

    ReplyDelete
  4. yamg atas nampak kemas hehrhe 👌

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah semoga urusan dipermudahkan utk start ubahsuai pula. saya akan biased pilih design 2 sbb minat hitam putih hehe. dan rasa lebih bebas sbb tak dikelilingi rak macam no 1 tu 🙈

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. akhirnyaaa!
    dua2 cantik tp sy lebih suka dgn gmbr no 1.. hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. moga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, dipermudahkan setelah dah beralih fasa ni. Semoga urusan kak utk reno berjalan dengan lancar.

    Aien pilih no 1. Nice je tengok.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. No.1 tu cantik kalau untuk konsep minimalis. No.2 tu sesuai dengan konsep professional

    ReplyDelete
  10. saya suka yg bawah tu...sebab x suka duduk dalam ruangan berkotak..rasa lemas

    ReplyDelete
  11. Gambar no 1 tu nampak lebih minimalis dan praktikal

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧