Assalamualaikum wbt...
Permulaan bulan Oktober, tak lama lagi kita bakal menghampiri pengakhiran tahun 2021 tapi perjalanan hidup kita masih jauh lagi... Doa saya agar kita semua selamat daripada segala kesusahan dan diberi kesenangan dan dilindungi oleh Allah SWT...
Hari nie juga genap 19 tahun saya berkhidmat dalam sektor awam, khususnya bidang kepustakawanan... Banyak getir manis dan pahit yang saya lalui sepanjang perkhidmatan ini... Nak tahu cerita bagaimana mula-mula saya dapat kerja yang boleh dikatakan menjadi idaman saya sekarang..
Walaupun saya bakal menginjak 20 tahun perkhidmatan, tapi saya rasa macam belum cukup matang lagi dalam perkhidmatan ini... Banyak lagi perkara baru yang perlu dipelajari, lebih-lebih lagi kita berada di zaman yang serba canggih dan moden..
Awak nak tau impian saya bila rumah saya bermula untuk membuat pengubahsuaian nanti..? Saya impikan satu tempat kecil di mana mini library dan workstation digabungkan menjadi satu... Harap-harap impian nie dapat jadi kenyataan, Insha Allah...
Oh, saya tak cerita lagi yea tentang pengubahsuaian rumah..? Sebenarnya saya baru saja submit permohonan loan dengan LPPSA, dan kini hanya tunggu keputusan sama ada lulus ataupun tak..? Tapi di sudut hati nie, memang mengharapkan kelulusan loan tue... Sepatutnya pengubahsuaian rumah saya dilakukan pada akhir tahun lepas, tapi memandangkan kita berada di fasa PKP, jadi rancangan untuk buat pengubahsuaian terpaksa ditangguhkan... Kini apabila kerajaan dah benarkan untuk sektor pembinaan, maka rancangan saya dapat dilakukan pada tahun ini... Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar....
Nanti saya update tentang pengubahsuaian rumah nanti...
In shaa Allah, semoga permohonan tu diluluskan yer. Aamiin. Btw tahniah yer
ReplyDeleteAlhamdulillah, Tahniah sudah 19 tahun berkidmat. Suka juga ada mini perpustakaan di rumah, moga impian sis tercapai inshaAllah Amin.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur nikmat. Tempoh perkhidmatan yang lama tu, syukur tempoh itulah bakti kita kepada negara dan keluarga keseluruhannya. Tahniah kak shikin, semoga berjaya dan terus cemerlang.
ReplyDeleteSeronok ada ruang mini perpustakaan dan tempat kerja. Semoga tercapai hasrat.
ReplyDeleteTahniah dah 19 tahun berkhidmat.
semoga sumenya berjalan lancar..
ReplyDeletesemoga impian kak shikin menjadi kenyataan.. amiin..!
Alhamdulillah...happy untuk akak...doakan saya dpt kejar kerjaya yg lebih baik utk sy...
ReplyDeleteLama Tu 18 tahun. Tahniah shikin semoga tercapai impian nanti
ReplyDeleteDulu masa sekolah-sekolah suka sangat jadi librarian sebab suka buku. Orang suruh kemas buku, kita pergi duduk celah-celah. Membaca sambil kemas. Kemas buku satu rak pun berjam sebab nampak buku best je baca hahahaha 😂
ReplyDeletesemoga yang diharapkan menjadi kenyataan..
ReplyDeletewahhh saya doakan semoga kak shikin punya ruang mini library dan kerja idaman nanti dapat diselesaikan. jangan lupa kongsi gambar bila dah siap nanti ya kak! ^_^
ReplyDelete