Panggung wayang yang tertinggi di dunia

Sunday, October 31, 2021


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, kebanyakan negeri kita telah memasuki Fasa 4 PKP dan kini kebanyakan kedai-kedai dah mula dibuka untuk orang awam.. Walau apapun, kita perlu menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan KKM, dan yang paling penting sentiasa pakai pelitup muka semasa keluar daripada rumah...

Sekarang niepun panggung wayang telah dibuka, jadi pada awak yang rindu pada suasana panggung wayang, bolehlah tempah tiket dan tontonlah filem yang awak suka.. 

Sebut pasal panggung wayang, ada satu panggung wayang mudah alih telah menjadi panggung wayang tertinggi di dunia, iaitu pada ketinggian altitud 3,524 meter dari aras laut... Panggung wayang yang terletak di Ladakh, India ini boleh memuatkan seramai 120 orang dengan suhu di dalamnya boleh diselaraskan mengikut keselesaan penonton. 

Menurut syarikat yang memperkenalkan panggung wayang ini, PictureTime Digiplex, inisiatif ini dilakukan bagi memberi peluang kepada penduduk di Ladakh untuk merasai pengalaman menonton wayang. Mengikut kata pemilik syarikat ini, Sushil Chaudhary, panggung wayang ini adalah merupakan panggung wayang mudah alih yang pertama di dunia dan mereka merancang untuk mendirikan lebih banyak panggung wayang mudah alih di wilayah ini serta tempat lain termasuklah di negeri Arunachal Pradesh. 

Wah, mesti orang-orang di sana berasa seronok apabila merasai pengalaman menonton wayang, yang mungkin pengalaman pertama kali bagi penduduk di situ... Hihihi macam saya sendiri, percaya atau tak, sepanjang hidup, saya belum pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang... hihihi awak pula camne..? Ada yang sama macam saya...?


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



5 comments

  1. Eh Shikin tidak pernah masuk ya? Akak pun lama tidak masuk panggung wayang.
    Tengok dalam gambar macam panggung wayang mudah alih.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak tengok wayang.. Kali terakhir rasanya menonton filem Jumanji.. penghujung 2019

    ReplyDelete
  3. Wah.. Seronoknya penduduk di kawasan pergunungan Ladakh diberi peluang merasa menonton wayang. Tempat sejuk, pastinya suhu dinaikkan. Berbeza dengan panggung di Malaysia

    ReplyDelete
  4. ammi pertama kali masuk panggung wayang umur 16 dengan arwah ayah & mama. Lepas tu kalau nak masuk pun bukan suka2..sapa pulak nak membayarnya.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧