Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...
Assalamualaikum wbt...
عَنْ مُعَاذٍ قَالَ أَوْصَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَشْرِ كَلِمَاتٍ قَالَ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ شَيْئًا وَإِنْ قُتِلْتَ وَحُرِّقْتَ وَلَا تَعُقَّنَّ وَالِدَيْكَ وَإِنْ أَمَرَاكَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ وَلَا تَتْرُكَنَّ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَإِنَّ مَنْ تَرَكَ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَلَا تَشْرَبَنَّ خَمْرًا فَإِنَّهُ رَأْسُ كُلِّ فَاحِشَةٍ وَإِيَّاكَ وَالْمَعْصِيَةَ فَإِنَّ بِالْمَعْصِيَةِ حَلَّ سَخَطُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَإِيَّاكَ وَالْفِرَارَ مِنْ الزَّحْفِ وَإِنْ هَلَكَ النَّاسُ وَإِذَا أَصَابَ النَّاسَ مُوتَانٌ وَأَنْتَ فِيهِمْ فَاثْبُتْ وَأَنْفِقْ عَلَى عِيَالِكَ مِنْ طَوْلِكَ وَلَا تَرْفَعْ عَنْهُمْ عَصَاكَ أَدَبًا وَأَخِفْهُمْ فِي اللَّهِ
Daripada Mu'adz bin Jabal RA berkata; "Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara. Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar. Jangan kamu menderhakai kedua-dua ibu bapa kamu meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu. Janganlah kamu meninggalkan solat fardu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T. Jangan sekali-kali minun arak kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat. Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T. Jangan lari dari medan pertempuran walaupun semua rakan kamu telah terbunuh. Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu. Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah S.W.T." (HR Ahmad No: 21060)
Status: Hadis Hassan
PENGAJARAN
Rasulullah SAW dalam hadis ini meninggalkan sepuluh wasiat berbentuk pesanan:
- Tidak melakukan syirik walaupun engkau dibunuh.
- Tidak menderhakai ibu bapa meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu.
- Tidak meninggalkan solat fardhu dengan sengaja kerana dia terlepas daripada tanggungjawab Allah.
- Tidak minum arak (sesuatu yang memabukkan) kerana ia punca segala maksiat
- Tidak melakukan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah
- Tidak lari dari medan perang walaupun semua rakan kamu telah terbunuh
- Tidak berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak (kurantin) yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya
- Berbelanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan
- Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak (dalam mendidik jika mereka melakukan larangan) sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik.
- Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah (tanamkan rasa takut kepada Allah dalam diri mereka).
Jadi, sama-samalah kita berusaha untuk memenuhi wasiat Rasulullah SAW ini dan semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT...
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...
Assalamualaikum wbt...
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ جِئْتُ أُبَايِعُكَ عَلَى الْهِجْرَةِ وَتَرَكْتُ أَبَوَيَّ يَبْكِيَانِ فَقَالَ ارْجِعْ عَلَيْهِمَا فَأَضْحِكْهُمَا كَمَا أَبْكَيْتَهُمَا
Daripada Abdullah bin 'Amr RA, ia berkata; terdapat seorang laki-laki yang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata; aku datang membaiah engkau untuk berhijrah, dan aku telah meninggalkan kedua orang tua ku dalam keadaan menangis. Kemudian baginda bersabda: "Kembalilah kepada mereka berdua dan buatlah mereka tertawa sebagaimana engkau membuat mereka menangis!" (HR Abu Daud: 2166)
Status: Hadis Sahih
PENGAJARAN
1. Kewajipan anak ialah sentiasa mengembirakan kedua ibu bapanya
2. Lakukan sesuatu yang sentiasa membuatkan kedua orang tua kita gembira
3. Tidak ada hadiah yang berharga melainkan sesuatu yang membuatkan kedua ibu bapa gembira di dunia dan gembira di syurga.
Bagi setiap anak yang masih memiliki kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya, buatlah sesuatu yang mengembirakan kedua mereka.
Assalamualaikum wbt...
Lama betul saya tak bersiaran kat jurnal nie.. Maklumlah bila dah nak hujung tahun nie, pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan, tambahan pula dengan projek renovation rumah bakal dilaksanakan tak lama lagi..
Okey, awak dah baca dah cerita saya yang nie...?
Dalam cerita tue saya ada menyebut mengenai premium planner yang saya dah beli dengan Mai sebelum nie... Akhirnya parcel yang ditunggu-tunggu telah sampai pada hari Khamis lepas (18hb November)... Premium planner yang menjadi pilihan saya adalah bercorak Autumn...
Nak tengok apakah yang berada dalam kotak parcel tue...? Jom tengok video nie...
Hihihi, camne..? Cantik tak premium planner yang saya beli nie...? Perbezaan antara standard planner dengan premium planner nie adalah terletak pada planner tue sendiri... Yang standard planner nie, kulit depannya adalah berbentuk soft-cover dan berbentuk buku biasa, manakala premium planner pula kulit depannya adalah berbentuk hard-cover dan ring-bind.. Memang best ada planner nie.. Untuk awak yang masih mencari planner yang cute dan senang digunakan, awak boleh hubungi
Hihi, tak sabar rasanya nak guna planner yang baru nie..
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...
Assalamualaikum wbt...
Okey, untuk permulaan cerita.. Pada zaman dahulu... Hihihi... Gurau-gurau.. Okey, nie buat-buat muka serius okey... Awak masih ingat lagi tak pada entri nie...
Sebenarnya saya takde target pun nak menang hadiah nie, just more than support to my lovely sister Noor Maizan a.k.a. Mai and her business.. Sebabnya sebelum tue saya dah beli premium planner dekat Mai... Tapi tuelah, dah nama pun rezeki, kan...
Mai hantar whatsapp pada saya pada 22 Oktober lepas dan mengatakan saya telah terpilih untuk menang GA yang dia buat.. Kemudian Mai suruh saya pilih design planner yang berkenan di hati.. Tapi kalau ikutkan hati, semuanya cantik-cantik... Adoiii... Jadi, mana satu pilihan saya...? Jom kita tengok video ini...
Cantik tak...?
Okey, sambung cerita tadi, suprise parcel nie selamat sampai pada 11 November yang lalu, melalui Ninjavan... Planner yang telah saya menang nie adalah jenis standard planner.. Tapi tuelah, baru hari nie saya berkesempatan untuk bukak parcel dan buat review..
Pada awak yang tengah cari planner untuk tahun 2022, nak cari planner yang cantik dan comel, awk boleh hubungi Noor Maizan, Insha Allah pasti awak akan teruja untuk memilikinya... Macam saya pun masih lagi menunggu premium planner yang telah saya beli dengan Mai baru-baru ini.. Insha Allah bila dan sampai nanti, akan saya buat review tentang premium planner tue...
Terima kasih akak ucapkan pada Mai kerana telah memilih akak sebagai pemenang.. Akak doakan bisnes awak sentiasa berkembang maju dan semoga kehidupan awak sekeluarga dilindungi, diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT... Terima kasih sekali lagi...
Assalamualaikum wbt..
Untuk permulaan cerita, maaf sangat-sangat kerana saya lambat mengumumkan nama-nama yang bertuah untuk masuk carta Top Commentator Jurnal Shikin Razali pada bulan ini.. Sebab utama adalah saya dah mula masuk kerja secara penuh dan banyak benda yang perlu diselesaikan... Apapun saya tak lupa untuk buat pengumuman...
Okey, TAHNIAH diucapkan kepada 10 nama yang berjaya masuk dalam carta bulanan... Saya nak ucapkan Selamat Kembali dalam carta bulanan saya kepada Warisan Petani, Kak Azian Khalil, Farhana Jafri, Syazni Rahim dan Rabiahtul Adawiyah.
Wah, ada nama baru dalam carta ini.. Siapakah yang bertuah untuk menerima hadiah bulanan daripada saya...? Pemenang yang bertuah ini adalah....
TAHNIAH diucapkan kepada nama yang terpilih.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah... Untuk pemenang bulan Oktober yang lepas, hadiah awak akan diposkan bersama dengan pemenang bulan ini.. Maaf di atas kelewatan hadiah awak tue... hihihi..
TAHNIAH DIUCAPKAN PADA AWAK SEMUA...!!
YOU ARE THE BEST OF THE BEST...!!! TERIMA KASIH KERANA SELALU SUPPORT SAYA..!!
Assalamualaikum wbt...
This is the first giveaway for this month... Jom join giveaway yang dianjurkan oleh blogger Lady Dini...
Tarikh penyertaan adalah bermula 12 November sehingga 18 November 2021..
So, ada masa lagi untuk join... Macam biasa, nak join giveaway nie, awak klik pada banner di atas dan ikutlah syarat yang mudah untuk diikuti.. Jom, sama-sama kita saling support antara satu sama lain...
Best of luck, folks...
Assalamulaikum wbt...
Inilah kali pertama saya buat review filem daripada negara jiran kita, Thailand.. Filem ini diberi judul Dorm atau dalam bahasa Thailand adalah Dek hor, ditayangkan pada tahun 2006 dan ianya adalah filem seram....
DORM a.k.a. DEK HOR
Mengisahkan seorang pelajar yang bernama Ton Chatree (lakonan Charlie Trairat) yang telah dihantar ke sekolah berasrama oleh ayahnya. Menurut ayahnya, Chatree terpaksa dihantar ke sekolah berasrama ekoran daripada dia selalu tak buat kerja sekolah dan asyik menonton tv sepanjang masa. Sampai saja di sekolah Chatree ditemani oleh guru besar Ms. Pranee (Chintara Sukapatana) dan Chatree diperkenalkan kepada rakan-rakan kelasnya dan kemudian dia mengambil tempat duduk.
Kemudian, Chatree diperkenalkan oleh lima orang sekawan iaitu Peng, Nui, Sarote, Toei dan Pok. Sebagaimana yang selalu budak-budak asrama buat, mereka berlima menceritakan kisah-kisah seram yang berlaku di asrama mereka, termasuklah cerita tentang seorang wanita muda hamil yang mati bunuh diri dan satu lagi kisah yang popular di kalangan pelajar asrama adalah seorang budak lelaki yang mati lemas di dalam kolam sekolah mereka. Sebenarnya lima sekawan nie cuma nak mengusik Chatree dengan kisah-kisah sebegitu dan mereka lebih kuat mengusik Chatree ingin pergi ke tandas..
Apabila lima sekawan nie berjaya mengusik Chatree, dia berasa sangat sedih dan mula mengenangkan keluarganya. Tapi Chatree tak mahu balik ke rumah kerana ada satu rahsia yang dia sembunyikan.. Kemudian, semasa Chatree mengelamun, dia didatangi oleh seorang pelajar lain iaitu Vichien (Sirachuch Chienthaworn) dan akhirnya mereka berdua menjadi kawan rapat.
Pada satu hari semasa semua pelajar sedang menikmati makan malam, Chatree mendapati Vichien tidak ada di mana-mana dan setelah dia menyiasat, akhirnya dia mendapati satu rahsia besar yang melibatkan Vichien.
Rahsia itu adalah Vichien sebenarnya adalah roh hantu budak yang lemas yang kisahnya diperkatakan di seluruh sekolah..!!
Pada mulanya Chatree menjadi takut kerana selama ini dia berkawan dengan hantu tapi lama kelamaan dia berasa kasihan pada roh Vichien yang terperangkap di kawasan sekolah. Apakah yang menyebabkan roh Vichien terperangkap di situ..? Dapatkah Chatree membantu rakannya untuk pergi ke alam roh..?
Walaupun kisah ini adalah kisah seram tapi sebenarnya ianya takdelah seram mana pun, sebab dalam filem ini ada pelbagai babak kelakar yang diselitkan. Sebagai contoh, Vichien bertanya pada Chatree yang pertama kali Chatree terkencing di atas katil dan secara kebetulan anjing-anjing yang berada di kawasan sekolah menyalak. Rupa-rupanya semua itu adalah kerja Vichien dan mereka berdua ketawa bersama-sama. Filem ini berkisahkan tentang persahabatan, jika ada sahabat kita dalam kesusahan, kitalah yang patut memberikan bantuan kerana nilai sebuah persahabatan ini tak terbatas..
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons