Sepuluh Wasiat Rasulullah SAW

Tuesday, November 23, 2021


Assalamualaikum wbt...

عَنْ مُعَاذٍ قَالَ أَوْصَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَشْرِ كَلِمَاتٍ قَالَ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ شَيْئًا وَإِنْ قُتِلْتَ وَحُرِّقْتَ وَلَا تَعُقَّنَّ وَالِدَيْكَ وَإِنْ أَمَرَاكَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ وَلَا تَتْرُكَنَّ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَإِنَّ مَنْ تَرَكَ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَلَا تَشْرَبَنَّ خَمْرًا فَإِنَّهُ رَأْسُ كُلِّ فَاحِشَةٍ وَإِيَّاكَ وَالْمَعْصِيَةَ فَإِنَّ بِالْمَعْصِيَةِ حَلَّ سَخَطُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَإِيَّاكَ وَالْفِرَارَ مِنْ الزَّحْفِ وَإِنْ هَلَكَ النَّاسُ وَإِذَا أَصَابَ النَّاسَ مُوتَانٌ وَأَنْتَ فِيهِمْ فَاثْبُتْ وَأَنْفِقْ عَلَى عِيَالِكَ مِنْ طَوْلِكَ وَلَا تَرْفَعْ عَنْهُمْ عَصَاكَ أَدَبًا وَأَخِفْهُمْ فِي اللَّهِ

Daripada Mu'adz bin Jabal RA berkata; "Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara. Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar. Jangan kamu menderhakai kedua-dua ibu bapa kamu meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu. Janganlah kamu meninggalkan solat fardu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T. Jangan sekali-kali minun arak kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat. Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T. Jangan lari dari medan pertempuran walaupun semua rakan kamu telah terbunuh. Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu. Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah S.W.T." (HR Ahmad No: 21060)
 Status: Hadis Hassan


PENGAJARAN

Rasulullah SAW dalam hadis ini meninggalkan sepuluh wasiat berbentuk pesanan:

  • Tidak melakukan syirik walaupun engkau dibunuh.
  • Tidak menderhakai ibu bapa meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu.
  • Tidak meninggalkan solat fardhu dengan sengaja kerana dia terlepas daripada tanggungjawab Allah.
  • Tidak minum arak (sesuatu yang memabukkan) kerana ia punca segala maksiat
  • Tidak melakukan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah
  • Tidak lari dari medan perang walaupun semua rakan kamu telah terbunuh
  • Tidak berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak (kurantin) yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya
  • Berbelanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan
  • Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak (dalam mendidik jika mereka melakukan larangan) sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik.
  • Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah (tanamkan rasa takut kepada Allah dalam diri mereka).

Jadi, sama-samalah kita berusaha untuk memenuhi wasiat Rasulullah SAW ini dan semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



2 comments

  1. Moga dapat dibuat apa disuruh oleh Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
  2. TQ atas perkongsian syikin..sgguh bermanfaat dibaca!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧