Assalamualaikum wbt...
Rasanya belum terlambat kot saya nak ucap Selamat Tahun Baru 2022 pada awak semua.. Maaflah kerana kebelakangan nie saya tak dapat nak update jurnal nie.. Sehingga saat ini, saya mengalami demam selesema..
Sebenarnya kalau ikutkan saya dah baik daripada demam baru-baru nie tapi disebabkan terjangkit semula dengan hubby, jadi saya mengalami demam semula..
Itulah kehidupan kita, ada masanya kita menjadi sihat dan ada masanya kita menjadi sakit.. Ada juga yang mengalami masa-masa gembira dan ada masa-masa kita mengalami kesedihan atau kesusahan.. Apapun yang berlaku, sama ada perkara baik atau sebaliknya, kita perlu berbalik semula pada Yang Maha Esa..
Kenangan tahun 2021 memberi seribu pengalaman hidup samada yang manis dan yang pahit.. Pengalaman itulah yang mematangkan kehidupan kita.. Kenangan yang manis kita akan mengenangkan hingga ke akhir hayat dan kenangan pahit pula kita jadikan ianya sebagai pedoman kita agar kita tak tersilap langkah di kemudian hari...
Di kesempatan nie, saya nak ucapkan salam takziah pada awak yang terlibat dengan kejadian banjir baru-baru nie.. Memang satu Malaysia terkejut dengan kejadian yang tak disangka-sangka ini, walaupun kita dah mengetahui bahawa sememangnya di akhir tahun pasti akan berlaku hujan dan banjir kilat.. Tapi kejadian baru-baru nie telah mengejutkan kita semua dari lena sebenarnya, yang mungkin kita telah terlena dengan duniawi, walaupun bukan kesemua kita yang terlena..
Walaupun saya bukanlah seorang yang menjadi mangsa banjir tapi ada di kalangan kawan-kawan saya mengalaminya.. Walaupun rasa sedih saya tak sehebat dengan rasa sedih rakan-rakan yang mengalaminya tapi perasaan sedih itu tetap ada, apatah lagi apabila melihat harta benda musnah sama sekali dan terpaksa mulakan hidup yang baru... Saya pasti awak semua dapat menghadapinya dengan tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan baru nie.. Memang sedih bila melihat rumah mereka dipenuhi dengan lumpur dan ada juga rumah tue hanyut musnah sama sekali...
أُمَّ سَلَمَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
Daripada Ummul Mukminin, Ummu Salamah isteri Nabi SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian mengucapkan: “Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan yang lebih baik.” (HR Muslim No: 918) Status: Hadis Sahih.
Melalui hadis ini, kesimpulan yang kita dapat diperolehi adalah musibah adalah ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita dalam bentuk kesusahan, kesakitan, dukacita seperti kematian, banjir dan sebagainya. Oleh itu kita perlu bersabar terhadap segala musibah yang menimpa adalah tuntutan kepada setiap Muslim. Musibah yang menimpa seorang mukmin mempunyai banyak hikmahnya antaranya bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan pahala.
Seseorang Muslim yang menerima musibah seperti banjir, kemalangan, kesakitan dan sebagainya, disunatkan agar mengucapkan kalimah istirja dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ . اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
“Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya, Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini”.
Orang yang membaca kalimah istirja dan doa di atas apabila menerima musibah akan diberi gantian yang lebih baik antaranya pahala di sisi Allah diatas kesabarannya serta pengampunan dosa. Sebagai seseorang Muslim, kita perlu meyakini bahawa setiap yang berlaku terdapat di dalamnya hikmah tertentu.
Saya mendoakan agar di tahun nie kehidupan kita akan menjadi lebih baik lagi setelah semua ini terjadi.. Apa yang telah berlaku adalah semuanya ada hikmah yang tersurat dan yang tersirat serta perancangan yang Allah SWT telah merencanakan untuk hamba-hambaNya..
Perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.. Takala saya menaip jurnal ini, saya sebenarnya dilanda kesedihan.., saya kehilangan 6 ekor kucing secara serentak dan ada 4 ekor lagi berkeadaan lemah... Kematian 6 ekor kucing dan yang sakit tue adalah disebabkan virus parvo.. Kini kucing yang lemah itu saya dah asingkan mereka dalam sangkar yang berlainan, manakala sangkar kucing yang mereka duduki telah saya sanitasi semalam dengan menggunakan kloroks dicampur dengan air.. Kesemua kucing saya yang lemah dan yang sihat tue telah diberikan air rebusan rumput helikopter yang dikatakan sebagai ubat untuk virus maut bagi seekor kucing... Harap-harap mereka dapat bertahan dengan virus yang membawa maut ini.. Awak doakan-doakan keseleamatan mereka yea..
Selamat tahun baru kak. Semoga tahun 2022 ni lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Amin.
ReplyDeleteSelamat tahun baru Shikin..
ReplyDeleteBanyak kenangan yang kita lalui sepanjang 2021..
semoga tahun 2022 akan memberikan kebaikan dan kegembiraan buat semua..
sha doakan kucing-kucing shikin kembali sihat..
Selamat melangkah ke tahun baharu 2022
ReplyDeletemasih tak terlambat utk aida wish shikin HAPPY NEW YEAR.
ReplyDeletemoga thn ni thn yg berjaya utk kita bersama ye.