Assalamualaikum wbt..
Buah strawberi, amat sinonim dengan tempat percutian di Cameron Highlands.. Buahnya yang masam-masam manis nie selalu menjadi tumpuan kita takala kita bercuti di sana.. Tapi kini, buah strawberi dah boleh ditanam di tempat yang bukan bersuhu sejuk seperti Marang, Terengganu dan sebagainya...
Kebiasaan yang kita tahu buah strawberi ini adalah berwarna merah dan berbiji hitam tapi awak tau tak wujudnya buah strawberi yang berwarna putih yang mempunyai biji yang berwarna merah..?
Buah strawberi putih ini merupakan buah strawberi pertama yang dihasilkan oleh sebuah pusat penyelidikan daripada negara Jepun Miyoshi Agritech Co. dengan hasil kajian selama 20 tahun. Apa yang menarik tentang buah strawberi ini adalah bauannya seperti haruman kekasih pertama awak atau dalam bahasa Jepun 'Hatsukoi no kaori'...
Kebiasaannya kita tahu yang harga buah strawberi ini agak mahal jika bukan musimnya tapi buah strawberi putih nie boleh mencapai harga RM18 sebiji...
Wooohhhh... RM18 sebiji, harga kayangan betul...!!!
Kalau awak nak tahu, buah strawberi ini juga diraikan di negara Jepun malah di seluruh dunia juga.. Negara Jepun meraikan Hari Strawberi pada 5 Januari setiap tahun manakala Hari Strawberi Sedunia pula diraikan pada 27 Februari setiap tahun..
Hihi macam-macam kan...
comel je strawberry tu warna putih..
ReplyDeletewarna dia sweet..pastel gittew hehe
ReplyDeleteWah.. sweetnya.. tak pernah jumpa lagi.. teringin juga nak rasa nie.. hehehe
ReplyDeletesebiji RM18...memang kayangan first class sgt harganya
ReplyDelete