Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan pekeliling mengenai bayaran gaji untuk semua penjawat awam dan bayaran pencen bagi warga pencen..
Dengan adanya tarikh ini, dapatlah kita merancang perbelanjaan bulanan agar segalanya dapat digunakan dengan sebaik mungkin, apatah lagi kita masih lagi diselubungi dengan wabak pandemik COVID-19...
Jadi rancanglah perbelanjaan awak semua dengan sebaik mungkin...
Tapi kalau ada yang perasan, tarikh pembayaran gaji bulanan agak berbeza jika dibandingkan sebelum ini, malah saya rasa ini adalah kali pertama dalam sejarah perkhidmatan awam diberi tarikh pembayaran gaji, iaitu ada beberapa bulan diberi tarikh pembayaran pada hari Jumaat... Mula-mula terfikir jugak jika ada kesilapan tarikh tue tapi ianya telah disahkan melalui laman web JANM..
Walau apapun tarikh yang diberikan, diharapkan kita dapat merancang perbelanjaan dengan lebih berhemah...
tq kak infonya
ReplyDeleteOktober dengan disember je awal.. Sha masa mula-mula tengok pun ingatkan silap..
ReplyDelete