Kisah seram mistik | Realiti atau ilusi..?

Monday, February 14, 2022


Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya saya sendiri pun tak pasti samada ianya adalah realiti atau cuma ilusi... Kisah nie baru saja berlaku pada hari Jumaat lepas, sewaktu saya nak pulang daripada tempat kerja...

Kisahnya begini...

Saya sememangnya akan balik lambat pada hari bekerja, ini kerana saya tak suka nak menghadap jalan yang sesak... Tambahan pulak, saya selalu mengalami microsleep masa memandu yang terlalu panjang dan memenatkan.. Jadi, demi keselamatan diri, saya akan balik selepas waktu maghrib.. 

Nak dijadikan cerita, pada hari kejadian, saya balik agak lambat, iaitu dalam sekitar jam 8.30 malam tapi sebenarnya masih ada lagi yang bekerja, memandangkan opis saya nie hanya bersebelahan dengan Balai Bomba Dan Penyelamat Presint 9, Putrajaya.. 

Selepas saya punch card, saya pun turun ke aras B1 untuk ke tempat letak kereta dan kawasan tue adalah kawasan lapang yang biasa, ada cahaya lampu yang terang daripada tempat binaan dan jugak kawasan tempat letak kereta tue sendiri.. 

Setelah saya start enjin kereta, secara tiba-tiba saya terasa nak mengambil gambar di depan saya... Hajat di dalam hati saya nie, saya nak buat status di dalam whatsapp untuk menikmati cahaya malam... Kemudian, saya pun mengambil gambar pemandangan di depan saya nie dengan menggunakan kamera telefon dengan mode biasa... 

Masa saya nak upload di dalam status, tiba-tiba saya terasa nampak sesuatu pada sekitar kawasan pokok di dalam gambar.. Saya cuba zoom pada gambar tue dan saya berasa tak puas hati.. Jadi saya pun sekali lagi mengambil gambar pemandangan di depan kereta saya dan kali nie saya menggunakan mode malam untuk kelihatan lebih jelas...

GAMBAR PERTAMA

Apa yang saya tertangkap di dalam gambar pertama tue, kali nie lebih jelas di dalam gambar kedua...

GAMBAR KEDUA

Setelah saya mengambil gambar tue, secara tiba-tiba ada seekor kucing jalanan yang sememangnya selalu berada di dalam kawasan opis saya nie, naik di atas dashboard depan dan kucing tue merenung ke arah depan.. Gaya kucing tue seolah-olah cuba melindungi saya, lantas saya pun membaca ayat Kursi beserta dengan selawat.. Setelah habis saya membacanya, saya pun secara spontan berkata, "duduk jea kat situ, dan jangan ikut aku balik.. Kau jugak makhluk Allah seperti aku, dan aku hanya takut pada Allah SWT.." Pada kucing tuepun saya berkata dengan spontan, "ummie takde apa-apa, kamu turun lah dari kereta nie, Insha Allah, Allah akan jaga ummie,".. Sabaik saja saya berkata demikian, kucing tue memandang pada saya, mengiau dan mula turun dari kereta.. 

Kemudian, saya pun mula memandu keluar daripada petak dan sekali lagi saya melihat ke arah pokok tue dan ianya telah menghilang... 

Adakah awak pun nampak apa yang saya nampak...?

Adakah ianya realiti ataupun ilusi...?


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧