Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie, lebih-lebih lagi sejarah yang mungkin kita tak tahu selama nie pernah berlaku dalam negara kita..
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie, lebih-lebih lagi sejarah yang mungkin kita tak tahu selama nie pernah berlaku dalam negara kita..
Assalamualaikum wbt...
Jom kita baca sejarah yang berlaku di negara kita.. Rasa seronok kan, bila tau sejarah-sejarah lama nie, lebih-lebih lagi sejarah yang mungkin kita tak tahu selama nie pernah berlaku dalam negara kita..
Assalamualaikum wbt...
Tengok pada tajuk niepun mesti awak tertanya-tanya, ke mana hilangnya Shikin Razali..? Sebenarnya saya baru baik daripada mengalami sakit ulser kornea.. Saya mengalaminya pada 26hb Mei yang lalu dan hingga kini saya masih menerima rawatan susulan di hospital.. Mesti ada yang pelik kan, ada ke penyakit tue..?
Sebenarnya ulser kornea nie adalah merupakan radang kornea yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Ulser kornea nie boleh dikatakan salah satu penyakit yang agak serius dan jika lambat mendapatkan rawatan, risiko buta boleh terjadi. Jangkitan kuman yang masuk di dalam kornea adalah melalui luka atau kecederaan pada permukaan kornea. Mengikut kajian kajiselidik mata kebangsaan yang dibuat pada tahun 1996, ulser kornea nie adalah satu penyakit keempat penyebab kebutaan di Malaysia.
GEJALA DAN TANDA ULSER KORNEA
Terdapat pelbagai tanda dan gejala untuk penyakit ulser kornea seperti sakit mata yang teruk, mata rasa berpasir, mata menjadi merah dan bengkak, mata menjadi sangat sensitif pada cahaya dan penglihatan menjadi kabur. Gejala inilah yang terjadi pada mata saya baru-baru nie.. Pada mulanya mata saya menjadi merah dan saya menyangka yang saya mengalami sakit mata, tapi bila kena apa-apa cahaya, kepala saya berdenyut sakit.. Biasanya kalau kita mengalami sakit mata, pasti akan mengeluarkan tahi mata di sekitar mata, tapi ulser kornea nie takde gejala tue.. Sebaliknya mata mengeluarkan sejenis cecair seakan air nanah yang berwarna pucat dan terus melekat seperti gam.
Sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/ulser-kornea/
FAKTOR PENYEBAB ULSER KORNEA
Antara faktor penyebab terjadinya ulser kornea adalah pemakaian dan penjagaan kanta sentuh yang tidak mengikut arahan dan pematuhan yang ditetapkan, jangkitan pelbagai bakteria seperti Pseudomonas Aeruginosa, protozoa Acanthamoeba dan kulat adalah berkaitan dengan penggunaan kanta lekap ini. Selain daripada penggunaan kanta lekap, kecederaan kornea lain seperti kemasukan bendasing seperti habuk, debu, mata yang terlalu kering dan kekurangan vitamin A juga boleh jadi faktor penyebab terjadinya ulser kornea..
Sumber rujukan : https://hellodoktor.com/kesihatan-mata/penyakit-mata/ulser-korneal/
KRONOLOGI ULSER KORNEA
26hb Mei - Bila bangun pagi, mata dah menjadi bengkak dan merah. Mulanya fikir ianya akan surut, tapi saya mula tak pakai kanta lekap. Pergi kerja macam biasa. Tapi bila sampai di pejabat, mata menjadi semakin bengkak, berair, rasa seolah-olah ada pasir dalam mata dan sangat sensitif pada cahaya hingga menjadi sakit kepala. Balik kerja terus ke klinik swasta dan doktor memberi ubat tahan sakit serta ubat titis mata.
27hb Mei - Bangun pagi, mata terasa macam nak terkeluar, jadi saya pergi ke klinik kesihatan. Doktor mengatakan yang saya hanya sakit mata biasa dan diberi ubat titis sekali lagi. Memandangkan hari itu adalah hari Jumaat, jadi doktor menyarankan jika mata tidak pulih, saya perlu datang hari Isnin untuk rawatan susulan. Balik rumah, terus saya duduk di dalam gelap gelita. Pintu dan tingkap semuanya ditutup rapat kerana berasa sangat sensitif pada cahaya.. Bila kena cahaya, automatik kepala menjadi sakit seolah-olah migrain.
30hb Mei - Sekali lagi saya ke klinik kesihatan, doktor meminta saya dirujuk ke hospital Putrajaya memandangkan bengkak tidak surut. Sampai di hospital, saya terus diberi rawatan. Doktor mengesahkan saya mengalami ulser kornea dan terus mengambil sampel sedikit tisu pada kornea menggunakan kaedah swab konjuntiva. Sepatutnya saya perlu memberi bekas, cecair pencuci kanta serta kanta itu sendiri, tapi memandangkan saya dirujuk daripada klinik kesihatan, saya diminta untuk membawa barang yang dikehendaki pada hari esoknya untuk ujian makmal. Saya diberi tiga jenis ubat titis yang perlu dipakai 2 jam sekali. Ubat titis jenis pertama hanya boleh dipakai untuk tempoh dua jam pertama sahaja. Ubat titis yang kedua dan ketiga pula perlu dipakai dua jam beriktnya berselang-seli.
31hb Mei - Hari kedua saya pergi ke hospital, saya menghantar semua barang yang dikehendaki untuk ujian makmal. Sekali lagi, mata saya diperiksa dan doktor meminta saya untuk meneruskan ubat yang telah diberikan.
1hb Jun - Hari ketiga. Saya mengalami rasa pedih pada mata setiap kali saya menggunakan ubat titis yang ketiga. Sebenarnya ubat titis yang diberikan tue adalah sejenis ubat antibiotik dengan bauan yang sangat menyusuk hidung. Saya maklumkan pada doktor tentang perkara itu, dan doktor memberikan ubat antibiotik yang baru kerana menurut doktor, saya mengalami alahan pada ubat titis tue dan menyebabkan mata saya kembali bengkak dan merah. Jadi saya diberikan sebotol ubat titis yang baru di mana saya perlu memakainya untuk setiap 1 jam sekali. Doktor juga memaklumkan bahawa kesan lepuh ulser mula nampak pada permukaan mata putih dan bukannya pada permukaan anak mata hitam. Doktor menyatakan perkara ini amat jarang berlaku kerana pada kebiasaan kesan lepuh ulser berlaku pada anak mata hitam dan bukannya permukaan mata putih. Doktor memberi tarikh temujanji pada hari Jumaat iaitu pada 3hb Jun dan hanya diberi cuti sakit untuk hari ini saja...
2hb Jun - Saya kembali masuk pejabat tapi terpaksa mengambil cuti rehat kerana mata saya masih merah dan masih lagi terlalu sensitif pada cahaya. Saya meneruskan ubat titis yang diberikan oleh doktor. Apabila tengok dekat cermin, saya boleh nampak kesan lepuh ulser pada mata putih saya, sama keadaan seperti keadaan ulser mulut.
3hb Jun - Hari kelima, saya pergi ke hospital. Doktor mengesahkan mata saya mengalami perubahan yang positif di mana kesan lepuh ulser berkurangan tapi perlu meneruskan ubat titis pada mata. Sekali lagi saya diberi cuti sakit dan saya perlu datang lagi ke hospital pada 7hb Jun untuk rawatan susulan. Kali ini doktor memberi arahan untuk pemakaian ubat titis kepada 4 jam sekali. Saya bagitahu dengan doktor yang saya berasa mata saya terasa pedih dan tidak selesa, terasa seperti kesat. Doktor memaklumkan bahawa saya mungkin mengalami mata yang kering dan menyarankan saya untuk membeli airmata palsu (lubricant eye drops) kerana di farmasi hospital tidak menyediakan produk ini. Nasib baik dekat farmasi berdekatan hospital ada jual produk airmata palsu ini.. Doktor menyarankan saya untuk menggunakan airmata palsu ini untuk setiap 2 jam sekali.
7hb Jun - Hari keenam saya ke hospital. Doktor memaklumkan bahawa keputusan makmal yang dilakukan pada tisu kornea, serta barang-barang penggunaan kanta lekap adalah negatif. Jadi punca sebenar terjadinya ulser kornea adalah kerana mata saya terlalu kering akibat pemakaian kanta lekap dalam jangka masa yang lama.. Sepatutnya saya perlu memakai eye drops setiap 2 jam bagi melembapkan permukaan mata sekiranya saya memakai kanta lekap kerana tanpa kelembapan, kornea mata boleh mengalami kecederaan. Doktor menyarankan saya untuk meneruskan ubat titis yang diberikan, cuma dinaikkan kadar penggunaan kepada 6 jam sekali dan perlu ke hospital untuk pemeriksaan pada 10hb Jun.
10hb Jun - Hari ketujuh saya pergi ke hospital. Alhamdulillah, doktor memaklumkan bahawa kesan lepuh pada mata putih saya telah kembali normal, walaupun mengalami sedikit kemerahan tapi tak seteruk minggu yang lalu. Doktor juga memaklumkan bahawa disebabkan saya mengalami ulser kornea, permukaan mata saya megalami parut yang amat kecil dan ianya akan menjadi parut yang kekal. Walaupun permukaan mata telah berparut, tapi ianya tidak menjejaskan penglihatan saya.. Walaupun begitu, saya perlu meneruskan ubat titis yang diberikan oleh doktor dan perlu kembali ke hospital untuk pemeriksaan pada 15hb Jun.
15hb Jun - Hari kelapan saya ke hospital. Alhamdulillah, doktor menyatakan kesihatan mata saya hampir pulih sepenuhnya. Tapi saya dibekalkan ubat yang baru kerana saya memaklumkan pada doktor, setiap kali saya titis ubat yang diberikan sebelum ini, saya mengalami pedih mata. Doktor bagitahu mungkin ubat tue telah tamat tempoh dan akan dibekalkan ubat yang baru untuk tempoh dua minggu.. Cuma kali ini, doktor menaikkan lagi kadar penggunaan yang berbeza... Untuk minggu pertama, saya perlu menitiskan ubat mata pada kadar 3 kali sehari dan untuk tempoh minggu kedua, saya perlu menitiskan ubat mata pada kadar 2 kali sehari.. Sebenarnya ubat titis mata yang dibekalkan pada saya adalah merupakan ubat antibiotik. Saya perlu menggunakan ubat ini berterusan sehinggalah keadaan mata saya benar-benar pulih kerana menurut doktor, ubat antibiotik titis ini tidak boleh diberhentikan penggunaan secara mendadak, dikhuatiri ulser kornea akan kembali lagi pada permukaan mata. Untuk airmata palsu pula, saya disarankan untuk memakai dalam tempoh setengah jam sekali kerana doktor mendapati mata saya masih lagi berkeadaan kering. Ini kerana saya dah mula masuk kerja dan penggunaan komputer yang berterusan menjadi penyebab mata menjadi kering. Saya perlu kembali ke hospital untuk pemeriksaan pada 29hb Jun ini...
Jadi inilah kronologi yang dialami oleh saya baru-baru nie.. Awak doakan saya yea...
Assalamualaikum wbt..
Terlebih dulu, maaf saya ucapkan kerana lama tak bersiaran.. Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan pada awak semua yang selalu saja singgah ke jurnal saya, tanpa awak maka jurnal nie tak wujud.. Hihihi.. Seperti biasa, untuk menghargai kedatangan awak semua kat jurnal nie, saya akan terus mengekalkan carta bulanan Top Commentator..
Okey, TAHNIAH diucapkan kepada 10 nama yang berjaya masuk dalam carta bulanan dan nampaknya pada carta bulanan kali ini berubah hampir 100 peratus... Saya nak ucapkan selamat kembali dalam carta bulanan saya kepada Kak NA, N.K. Ashadi, Rabiahtul Adawiyah, Jannah Ramli, Ciktie dan Wak Warisan Petani.
Jadi inilah senarai yang bertuah dan terpilih..
TAHNIAH diucapkan kepada nama yang terpilih.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah... Untuk pemenang bulan Mac, April dan Mei, saya masih belum menerima maklumbalas daripada mereka.. Sekiranya ada maklumbalas, saya akan poskan bersekali dengan pemenang bulan ini..
Seperti kebiasaan jugak, kesemua 10 orang Top Commentator pada bulan ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 30 Jun 2022... Awak pun boleh juga singgah ke blog mereka, kenali mereka dan follow mereka kerana mereka semuanya blogger yang hebat belaka.. Memang tak rugi kenal dengan mereka.. Jom kita singgah...
NA | Sha Mohamed | N.K. Ashadi | Rabiahtul Adawiyah | Jannah Ramli | Fariha Jafri | Ciktie | Warisan Petani| Muhammad Naim Abdullah | Bola Katok
TAHNIAH DIUCAPKAN PADA AWAK SEMUA...!! YOU ARE THE BEST OF THE BEST...!!! TERIMA KASIH KERANA SELALU MENYOKONG SAYA..!!
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons